Posts

Showing posts with the label Jom Kita Amal

SEPULUH Kelebihan Solat Malam

  1. Dekat dengan Allah. 2. Menghapuskan dosa-dosa. 3. Terhindar dari dosa. 4. Dijauhkan dari penyakit (yang dapat mengganggu ibadah). 5. Itulah sebuah kemuliaan bagi seorang mu'min. 6. Mengusir/menolak dari jin. 7. Tanda dicintai Allah. 8. Masuk syurga tanpa hisab. 9. Mendapat pahala yang besar. 10. Tercapai apa yang diinginkan & terselamat dari apa yang menakutkan. Dipetik dari kuliah KH Muhammad Bakhiet hafizahullah di sini; https://www.youtube.com/watch?v=o7sNkW1GFTU

6 Hal Penting

Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis. Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini; 1. Tetaplah berada di rumah anda. Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda. "Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka". 2. Miliki lidah anda. Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah ...

5 Amalan Rutin Setiap Hari

Setiap hari AMALKAN 5 perkara ini; 1. Solat sunat (di siang hari & malamnya). 2. Membaca Al-Quran. 3. Menuntut ilmu.  4. Zikir & salawat. 5. Tafakkur. LIMA amalan di atas ini adalah saranan daripada Imam Abdullah al-Haddad rahimahullah. Semua amalan ini mampu dilakukan oleh SEMUA orang samada dia kaya, miskin, tua, muda, sihat atau sakit.

10 Manfaat Sedekah

Sedekah yang dikeluarkan ketika kita masih hidup, sihat dan dalam keadaan kita juga memerlukannya itu LEBIH BAIK dari sedekah yang dikeluarkan selepas kita meninggal dunia (jadi wasiat) atau hampir ajal atau sedang sakit. 1 dirham (sedikit) yang disedekahkan ketika masih hidup itu jauh lebih baik dari 100 dirham (banyak) ketika sudah meninggal dunia (wasiat). Renungkanlah ... 10 manfaat sedekah, 5 manfaatnya diperoleh di dunia & 5 lagi di akhirat. # 5 manfaat di dunia; 1. Membersihkan harta. 2. Membersihkan badan dari dosa. 3. Menolak penyakit & bala bencana. 4. Mengembirakan hati orang Islam. 5. Hartanya berkat & rezekinya luas. # 5 manfaat di akhirat; 1. Mendapat naungan dari panas yang bersangatan. 2. Hisab menjadi mudah & ringan. 3. Timbangan amal kebajikan menjadi berat. 4. Lurus atas Titian Sirat. 5. Menambahkan darjatnya di dalam syurga. Rujukan dari pengajian KH Muhammad Bakhiet di sini; https://www.youtube.com/watch?v=F03r7E...

Pahala & Covid19

Image
Pahala Dalam Menghadapi Musibah. 1. Pahala bagi yang meninggal dunia. Kenapa perlu ada rasa malu jika ayah, ibu, adik, kakak, abang, sanak saudara atau orang kampung anda meninggal dunia disebabkan Covid19? Salah besar jika anda malu. Kenapa? Mari baca hadis ini; "Orang yang mati syahid itu lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” ~ HR al-Bukhari. Mereka mendapat ganjaran mati syahid iaitu syahid akhirat. Mahu apa lagi? Anda sepatutnya rasa bangga & bersyukur, bukan malu. Kita beriman bahawa semua yang hidup pasti akan mati. Dan mereka itu dipilih Allah mati disebabkan wabak & mendapat husnul khatimah. Bukan sembarangan mereka itu. Andai minta mati itu diperbolehkan, sudahku minta mati sebab Covid19 memandangkan besarnya pahala mati seperti itu. Namun minta mati tidak dibenarkan dalam Islam. Jadi anda tidak perlulah berdoa agar Covid19 ziarah ruma...

Bertanya Dengan Tujuan Mengingatkan

Image
Anak: Ayah, nak tidur ni kena baca apa? Ayah: Ish, ayah kan dah ajar. Anak: Yelah, tapi saya kan masih bayi lagi. Ingatan mana kuat. Ayah: Penatlah ayah macam ni. Berapa kali ayah nak kena ajar ni baru boleh ingat? Anak: Ayah kan ayah. Memang tugas ayah mengajar saya sampai saya jadi macam ayah pula. Peace no war ayah ツ". Ayah: Kamu ni memang pandai ツ. Mai ayah ajar semula. Doa sebelum tidur & doa bangun tidur juga. ========================== =========== Doa sebelum tidur; بسمك اللهم أحيا وأموت Bismikallahumma ahyaa wa amuutu. Dengan nama-Mu ya Allah ya Tuhanku, aku hidup & aku mati. Doa bangkit tidur; الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilaihin nusyuur. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami. Kepada-Nya jualah tempat kembali. ========================== ============ Anak: TQ ayah. Saaaayang ayah. Sebenarnya saya sudah hafaz & amalkan. Saya cuma ...

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.

Image
  Warkah buat pendakwah. ❀ ܓ Moto seorang pendakwah---> "Kami seperti doktor, bukan seperti penghukum." ♥ DAKWAH manusia mengenal Allah, mentaati-Nya & mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah TUGAS SEMUA MANUSIA BERAKAL & MUSLIM. ♥ Dakwahlah setakat kemampuanmu, setakat ilmumu & setaraf dengan orang yang diseru olehmu. Namun jangan dilupa untuk sentiasa UPGRADE kualiti diri & dakwah dengan BELAJAR menuntut ILMU AKHIRAT tanpa jemu. ♥ Pandanglah kawanmu yang diseru itu seperti pandangan seorang doktor kepada pesakitnya bukan pandangan penghukum terhadap penjenayah. ♥ Doktor akan berusaha habis²an menyelamatkan pesakit. Manakala penghukum akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan penjenayah ke penjara. ♥ Membetulkan kawanmu yang salah itu dengan cara lembut. Walaupun kadangkala perlukan juga ketegasan namun biarlah ketegasan yang tidak keras tapi menampakkan jati diri & pendirian. Pandanglah dia sebagai kaw...

Zikir Sayyidah Fatimah ra...

Image
Sayyidah Fatimah diajar oleh Ayahandanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم zikir untuk diamalkan sebelum tidur. Ia lebih baik dari mendapatkan seorang khadim & segala-galanya.    33 kali -----> سُبْحَانَ اللهِ   33 kali -----> الحَمْدُ للهِ  34 kali -----> اللهُ أَكْبَرُ Zikir ini masyhur namun berapa ramaikah yang mengamalkannya? Muhasabah diri sendiri...

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Image
Sejauh-jauh mata memandang, Sedalam-dalam hati merasakan, Hanya setitik debu yang tertuang, Dalam syair pujian... Lepas hati memandang laut-Mu, Terheran diri pada langit-Mu, Berjuta kata tak cukup untuk, Melukis indah-Mu... * Tafakkur by Opick. Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri... Doa ketika melihat langit;  رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَقنَا عَذَابَ النَّارِ  Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. ~ Al-Imran: 191. --------------------------------------------------------------------------------------- Cerita tentang langit & bintangnya... Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yan...

Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...

Image
Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:        اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu ² rahmat-Mu buatku).  Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:  اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam). ~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah. •• ► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki. ★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya. Ketika masuk; بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ الل...

Jom ke taman syurga ツ

Image
Menghadiri majlis zikir SAMA tuntutannya dengan suruhan agar berzikir. Majlis yang membesarkan nama Allah, menceritakan tentang perintah & larangan-Nya. Majlis seperti ini diumpamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai taman syurga. Allahu Allah, indahnya ツ . Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah صلى لله عليه وسلم berkata: “Jika kamu melalui taman² syurga, maka singgahlah/bersenang² di dalamnya.” Sahabat bertanya: “Di manakah terdapatnya taman² syurga itu di dunia ini?” Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: “Taman² syurga itu terdapat di dalam majlis² zikir.” Apakah kelebihan yang ada di dalam majlis² zikir/ilmu ini? Saya himpunkannya di sini tanpa menyebut hadis² yang saya ambil darinya. Antaranya; ✔ Para MALAIKAT akan mengelilingi bulatan majlis tersebut. ✔ Mereka yang hadir majlis itu akan diselubungi dengan RAHMAT ALLAH, tiada siapapun yang akan mendapat kecelakaan apabila duduk bersama mer...

Amal & sebarkan ilmu...

Image
♥ ✉♥ Buat sahabatku yang dapat hadir ke majlis² ilmu dengan mudah tanpa hala ngan, BERSYUKURLAH. ✿ Amalkan ilmu itu & sebarkan kepada yang lainnya. Berhati² dengan musuh yang sering mendatangi ahli ilmu iaitu ujub, riya' & takabbur. ♥ ✉♥ Buat sahabatku yang tidak berpeluang ke majlis ilmu keran a halangan, tanamkan niat & azam sungguh² di hatimu untuk turut terpilih bersama golongan yang beruntung. ✿ Niat kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu dikumpulkan kelak bersam a Rasulullah صلى الله عليه وسلم & kaum muslimin yang lain. ✿ Jika di hatimu timbul kecemburuan melihat sahabat² lain ke majlis ilmu, itu tandanya hatimu masih hidup. Mohon & mohon pada Allah agar dimudahkan jalan buatmu menuju-Nya. Don't be sad, Allah knows. •• ► Siapapun kita, atas nama Isla m & Iman kita bersaudara. Diibaratkan seperti jasad. Sakit satu anggota, anggota lain turut terasa. Saling mendoakan agar kita semua ditempatkan di tempat yang bahagia di ...

Manusia itu Pasti Mati...

Image
Sahabat, IKATKAN setiap ILMU yang kamu dengar dari majlis ta'lim dengan PEN & KERTAS. Ia HARTAMU. Ingat! HARTAMU yang sangat besar nilainya... Dan turutilah apa yang dinasihatkan oleh Habib Omar Benhafidz ini. Moga bermanfaat buatmu...

Isikan kantung amalmu dengan amalan soleh...

Image
Wahai diri, jika kamu tidak mampu untuk mengisi bekas amalanmu dengan amalan soleh, maka jangan penuhkan ia dengan maksiat kepada Tuhanmu. Allah berkata di dalam surah Hud: 114: "Sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan." أستغفر الله العظيم Muhasabah diri...

Senyum Sunnah itu Senyum Ibadah ツ

Image
  “♥ ~ ❀~ ♥” “♥ ~ ❀~ ♥” Jumu'ah Mubarakah ツ “♥ ~ ❀~ ♥”“♥ ~ ❀~ ♥” Daripada Sayyidina Abu Darda' ra berkata: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak akan berbicara suatu perkara melainkan (Baginda صلى الله عليه وسلم akan berbicara) sambil tersenyum." ~ Riwayat Imam Ahmad rahimahullah. >>> Allahu Allah, indahnya ---> "senyum, sunnah, senyum ibadah ツ." * Melihat wajah² i'trah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini pun telah membuatkan diri ini turut tersenyum, apatah lagi jika wajah Baginda صلى الله عليه وسلم. Tiada kata yang mampu untuk diungkapkan ツ. ❀ ܓ Ya Allah, kenalkan kepada kami wajah Baginda صلى الله عليه وسلم di sana kelak & kumpulkanlah kami bersamanya, amin. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Zikir Pagi

Banyaknya pahala yang Allah sediakan buat hamba²-Nya. Allahu Robbi T_T ♥ Sahabat yang dikasihi kerana Allah, jom amalkan zikir ini SETIAP PAGI 100 kali; لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala puji. DIA Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. ~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah. >>> Ganjarannya seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis baginya 10 kebajikan, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan akan dilindungi dirinya dari gangguan syaitan sehingga ke petang.

Zikir Diampunkan Dosa

Image
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Janji Allah || Di dalam Sohih Bukhari sesiapa yang membaca zikir di bawah ini (*) 100 kali setiap hari, maka Allah akan mengampuni dosa²nya walaupun dosanya itu sebanyak buih di lautan. Benarlah bahawa Allah Maha Pengampun. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ * Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

Tepuk Peha Kiri

Saya belajar daripada Hubabah Fathimah As Saggaf; >>> Ketika berdiri untuk menunaikan solat & sebelum berniat, bacalah surah An-Nas. Apabila sampai sahaja pada perkataan الْخَنَّاسِ, maka tepuk peha sebelah kiri 3x kemudian selesaikan bacaan surah itu. Biasanya syaitan suka berada di situ (peha kiri).

Zikir Mudah

Bila terima ni'mat = الحمد لله . Bila terima musibah = إنا لله وإنا إليه راجعون . Bila melihat keindahan = سبحان الله . Bila tiada kekuatan = لا حول ولا قوة إلا بالله .  Bila ingat Allah = لا إله إلا الله . Bila ingat Rasul saw = اللهم صل وسلم عليه . Bila melakukan dosa = أستغفر الله . Bila dibantu orang = جزاك الله خير الجزاء . Bila bersalah terhadap seseorang = آسفة .  Bila sukakan seseorang = أنا أحبك .  Bila berjanji = إن شاء الله .  Bila bersin = الحمدلله >>> bila mendengar ucapan itu sebutlah = يرحمك الله >>> bila mendengar ucapan itu ucapkanlah = يهدينا ويهديكم الله ويصلح بالكم .  Bila melihat sesuatu yang tidak elok = أعوذ بالله من ذلك .