Amal & sebarkan ilmu...
✿ Amalkan ilmu itu & sebarkan kepada yang lainnya. Berhati² dengan musuh yang sering mendatangi ahli ilmu iaitu ujub, riya' & takabbur.
♥✉♥ Buat sahabatku yang tidak berpeluang ke majlis ilmu kerana halangan, tanamkan niat & azam sungguh² di hatimu untuk turut terpilih bersama golongan yang beruntung.
✿ Niat kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu dikumpulkan kelak bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم & kaum muslimin yang lain.
✿ Jika di hatimu timbul kecemburuan melihat sahabat² lain ke majlis ilmu, itu tandanya hatimu masih hidup. Mohon & mohon pada Allah agar dimudahkan jalan buatmu menuju-Nya. Don't be sad, Allah knows.
••► Siapapun kita, atas nama Islam & Iman kita bersaudara. Diibaratkan seperti jasad. Sakit satu anggota, anggota lain turut terasa. Saling mendoakan agar kita semua ditempatkan di tempat yang bahagia di samping Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana hanya di situ redha Allah berada.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Comments
Post a Comment