Pahala & Covid19
Pahala Dalam Menghadapi Musibah.
1. Pahala bagi yang meninggal dunia.
Kenapa perlu ada rasa malu jika ayah, ibu, adik, kakak, abang, sanak saudara atau orang kampung anda meninggal dunia disebabkan Covid19? Salah besar jika anda malu. Kenapa? Mari baca hadis ini;
"Orang yang mati syahid itu lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
~ HR al-Bukhari.
Mereka mendapat ganjaran mati syahid iaitu syahid akhirat. Mahu apa lagi? Anda sepatutnya rasa bangga & bersyukur, bukan malu.
Kita beriman bahawa semua yang hidup pasti akan mati. Dan mereka itu dipilih Allah mati disebabkan wabak & mendapat husnul khatimah. Bukan sembarangan mereka itu.
Andai minta mati itu diperbolehkan, sudahku minta mati sebab Covid19 memandangkan besarnya pahala mati seperti itu. Namun minta mati tidak dibenarkan dalam Islam. Jadi anda tidak perlulah berdoa agar Covid19 ziarah rumah anda ya.
2. Pahala bagi yang hidup.
Apapun ada cara lain untuk mendapat pahala seperti mati syahid ini. Bagaimanakah?
Jawapannya adalah STAY AT HOME .
Namun anda perlu perhatikan syarat-syaratnya yang disebut di dalam hadis di bawah ini;
1. Berada di dalam rumah.
2. Dengan sabar.
3. Mengharapkan pahala daripada Allah.
4. Meyaqini bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan taqdir yang Allah telah tetapkan.
Jika kita hidup sekalipun, insya Allah kita akan mendapat pahala yang besar ini di sisi Allah, amin. Dengan itu, fahamilah syarat-syaratnya & patuhilah ia dengan baik.
~ Ditulis ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diteruskan buat kali ke3 bermula dari 15 April hingga 28 April 2020.
Comments
Post a Comment