Posts

Showing posts from September, 2011

Aku mahu jadi manusia bahagia. Kamu?

Image
♥ Sahabat, jom jadi manusia (◕‿◕). Betul, jadi manusia yang bahagia hatinya & mulia peribadinya. Nak? Jom ah. Saya serius, ni buktinya---> ツ. ✿ ܓ Sayyiduna Ali kw berkata: ✔ ~ Jadilah kamu manusia paling BAIK di sisi Allah. ✔ ~ Jadilah kamu manusia paling BURUK di dalam pandanganmu sendiri. ✔ ~ Jadilah kamu manusia BIASA di hadapan orang lain. Sukar? Ya, sudah tentu (◠‿  ◠). Siapa yang berusaha, dia berjaya. Aja² faiti=) < Rasulullah صلى الله عليه وسلم dipuji Allah kerana AKHLAKnya yang tersangat mulia. Allahu Robbi. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Niat ke Majlis Maulid

Sahaja aku hadir Majlis Maulid ini adalah kerana mahu:-  (ni saya yang tambah hehe) Hadir majlis untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Hadir ke majlis di mana para ulama' gemar menghadirinya. Mendengar sirah tentang Rasul صلى الله عليه وسلم. Hadir majlis yang ada peringatan di dalamnya dan mendapat petunjuk darinya. Melaksanakan/mengikuti setiap apa yang didengar tentang keperibadian Rasul صلى الله عليه وسلم. Menyibukkan waktu dan mengisinya dengan kebaikan. Memperamaikan bilangan orang-orang yang mencari kebenaran-ahli haq-. Mendapatkan rezeki daripada Allah anugerah akhlak Rasul صلى الله عليه وسلم dan sifat-sifat Baginda صلى الله عليه وسلم. Menunaikan sebahagian apa yang sepatutnya (wajib) dipersembahkan buat Rasul صلى الله عليه وسلم. Mendapatkan penghormatan daripada Allah agar terpilih diri ini untuk melihat Rasul صلى الله عليه وسلم. Terjemahan dari kitab: كتاب النيات لمحمد بن علوي العيدروس -Selamat beramal. Semuanya kher insyaAllah -dc=)

Bukan Semua Bida'ah Itu Dholalah

Image
✿ ܓ Pernahkah anda membaca kisah awal pengumpulan Al-Quran di zaman S.Abu Bakr ra? Tahukah anda apa kata S.Zaid bin Thabit apabila beliau diberi amanah oleh S.Abu Bakr untuk kerja ini? S.Zaid berkata: "Adakah kamu mahu lakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasul صلى الله عليه وسلم sebelumnya? Jawab S.Abu Bakr: "InsyaAllah, perkara ini baik." ~ Kenapa saya kongsikan ini dengan anda? * Kerana hari ini ramai yang pandai mengungkap kalam---> "Kenapa mahu sambut Maulid sedangkan ia tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم? Ini bida'ah namanya." Maka saya jawab dengan mengambil barakah dari kalam S.Abu Bakr: "InsyaAllah, perkara ini baik." ツ. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Di samping banyak dalil² yang menunjukkan bahawa apa yang tidak dilakukan di zaman Rasul صلى الله عليه وسلم itu bukan bermakna ianya bida'ah yang sesat. Selama mana ada sandaran dalil dari Al-Quran atau Sunnah, maka ia diterima di dalam Isla

Hilangkan resahmu dengan tangisan

Image
✿ ܓSahabat, kamu resah? Ya, aku juga T_T. Tindakan---> Perlu mencari tempat² yang diturunkan rahmat Allah; solat, membaca Al-Quran, hadir majlis² ilmu & zikr, berdamping/ziarah orang² yang soleh & bertaqwa dll perkara yang baik. ~ Pasti kamu tertanya bukan, apa perlu dicari semua itu? ♥ Ya sahabatku. WAJIB mencarinya. Perkara² yang baik itu dapat melembutkan hatimu & ia mudah disentuh rahmat Ilahi. Kamu akan menangis. Dengan tangisan itu kamu akan tenang & resahmu hilang. * Bukankah jika kamu lapar, kamu cari makanan. Jika dahaga, kamu cari minuman. Jika kamu mahu tahu sesuatu, kamu belajar. Maka jika kamu mahu menangis kerana-Nya, cari tempat² yang Allah turunkan rahmat padanya. Rahmat Allah tidak terpisah dari kebaikan & ketaatan. Yakinlah dengan rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang. Namun... ♥ Jika kamu masih belum mampu juga menangis walaupun sudah berada di kondisi itu, ku terus menasihatimu dengan kaedah yang disebut Rasul صلى

Sebuah kerinduan...

Image
✿ ܓ Sangat indah, Allahu Robbi T_T ♥ Wahai Rasulallah, betapa ku harap dapat bersama denganmu sentiasa Apalah gunanya mata ini andai tidak diizinkan melihat dirimu yang mulia ♥ Siang dan Malam dirimu terbayang di fikiran Hati ini mengharapkan belaianmu wahai sebaik-baik kejadian ♥ Rasa rindu itu benar menyakitkan, sungguh perpisahan ini tak lagi tertahan Keindahanmu tiada tandingan, peribadimu contoh kemuliaan ♥ Memiliki dirimu sebagai Tuan bagiku adalah suatu kebanggan Tak dapat bersamamu kelak di Syurga adalah azab yang paling menyeksakan ♥ Wahai Rahmat bagi Seluruh Alam, pujian ini tak sekali-kali mampu membuktikan Keagungan kedudukanmu yang tak terungkap dengan perkataan, walau dakwatnya adalah lautan ♥ Semoga hidup ini selamanya dengan kecintaan terhadapmu wahai Rasul Pilihan Dengan sebabmu hati yang mati beroleh kehidupan, bertambah teguhnya iman ♥ Walaupun di dalam lahad yg diselubungi kegelapan tetap aku kan gembira menantikan Hanya dengan membayangkan

Shollu a'la An-Nabiyy...

ا للُّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا تُحِبُّ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ وَصَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا أَمَرْتَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ Ya Allah kurniakanlah selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya, tambahkanlah selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya, tambahkanlah selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang Engkau telah perintahkan untuk berselawat kepadanya. ✿ Jom berselawat tanda cinta buat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan tanda terima kasih buatnya ツ.

Bersyukurlah...

Image
✿ ܓ Siapapun kamu, pasti punyai kelebihan & keistimewaannya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. ~ Kamu pasti merasa gembira di atas kelebihan yang ada pada dirimu, hartamu, keluargamu & apa² yang berkaitan dengan kehidupanmu, kanツ. Apakah kamu mensyukurinya??? * Bagaimana? Saya kongsikan apa yang saya jumpa ok (◕‿◕). ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesiapa yang diberi ni'mat oleh Allah 1 ni'mat samada (berupa ni'mat) keluarga, harta atau anaknya lalu dia membaca> مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ (Apa yang berlaku itu mengikut apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan kecuali dengan Allah), maka dia tidak akan berhadapan dengan bahaya malapetaka kecuali maut." Hadis ini daripada S.Anas b Malik ra. ✔ Oleh itu, apabila kamu bertemu dengan orang yang lebih susah daripada dirimu maka bacalah doa itu & bersyukurlah kamu tidak dijadikan sepertinya. Selamat beramal ~ツ.

Adakah kamu TAKUT???

Image
T.A.K.U.T ✿ Ya, semua orang melaluinya. Semua makhluk yang bernyawa akan dihantui dengan perasaan takut. Takut sakit, takut hilang harta, takut anak² tiada masa depan, takut tak lulus exam, takut tak dapat kerja dll jenis takut yang direkacipta. Ya, takut. ~ Tapi kebanyakan yang kita takut itu masih dikira jauh daripada diri kita atau kadang² ia belum pasti lagi akan berlaku seperti yang kita takutkan. Masih waham, masih kesamaran, masih jauh. Namun apa yang amat hampir dan pasti berlaku sering kita lupa untuk takut kepadanya iaitu M.A.T.I. Allahu Robbi. ✿ ܓ Jalan pulang ini adalah benar dan pasti. Hamba-Mu ini takut dengan bekalan persiapan untuk di bawa pulang ke sana, apakah sudah mencukupi? Takut tidak dapat melihat zat-Mu ya Allah. Takut tidak dapat bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. T.A.K.U.T =( ♥ Make Me Strong ya Allah...

Peluh Rasulullah saw Itu Wangi

Image
❀ ܓ Sayyiduna Anas bin Malik ra berkata: "Pada suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وسلم datang ke rumah kami, kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم tidur seketika sebelum Zohor sehingga berpeluh. Lalu ibuku datang membawa sebuah bekas kaca dan duduk menadah peluh Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mengalir. Baginda صلى الله عليه وسلم terjaga lantas bertanya: "Wahai Ummu Sulaim, apa yang kau lakukan ini?" Ummu Sulaim menjawab: "Peluh ini kami jadikannya sebagai wangian kami dan ia adalah wangian yang paling harum baunya wahai Rasulullah." ♥ ~ Riwayat Imam Muslim rahimahuLLAh. >>> Jika kamu kehilangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam dirimu, ayuh JEJAKILAH Baginda صلى الله عليه وسلم mulai sekarang. Jangan berlengah sahabat! ◕‿  ◕ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Hujan dan Abu Nawas

Image
Nama pun---> "Abu Nawas", geleng kepala sambil ◕‿  ◕ >>> Walauapapun cerita tentang hujan, saya tetap cintakan ♥ hujan ツ. Ia sangat friendly dengan saya. Saya tidak pernah demam kerananya, malah setiap titisannya yang terkena kepala saya, subhanaAllah nyaman terasa ツ. Allah berkata: "Dan Kami menurunkan dari langit air yang barakah." ~ Qaf: 9. ♥ Seharian bersama anak² saudara, seronok alhamdulillah ツ. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Jom baca cerita tentang Abu Nawas & Hujan (^‿^)... ~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~:: ♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥: :~~::♥:~ Pada suatu hari. Hujan. Melalui tingkap rumah, Abu Nawas melihat jirannya sedang tergesa-gesa berlari masuk ke dalam rumahnya untuk berlindung daripada hujan. Lalu Abu Nawas menegur: Wahai jiranku! mengapa kau melarikan diri daripada 'rahmat ALLAH'? Si jiran hanya terdiam tak terkata apa-apa. Keesokan hari. Hujan juga. Kali ni, jirannya pula ternampak Abu Nawas tergesa-gesa berlari masuk

1, 2, 3 Senyuuum ツ

Image
❀ ܓ Apabila HATI bersedih, semua anggota akan turut bersedih, kan. >>> Mata akan mengeluarkan airnya tanda turut terasa. >>> Fikiran terganggu & runsing memikirkan tentang halnya. >>> Kaki & tangan tidak mampu melakukan apa². >>> Mulut hanya membisu tanpa kata. >>> Mata hanya melihat tanpa makna. >>> Telinga hanya mendengar tanpa memahaminya. >>> Perut tidak melayan nafsu makannya. Aiskrim pun ditolaknya hihi. Semuanya gara² HATI yang berduka...T_T "Wahai HATI, kuatkanlah dirimu untuk kawan² di sekelilingmu. Jangan biarkan sedih di hatimu itu berpanjangan tidak menentu. Kamu penentu kestabilan kawan²mu yang lain. Bukankah kamu HATI YANG BAIK akan dipilih Allah untuk bertemu dengan-Nya kelak??? Oleh itu, kawan²mu bergantung kepadamu untuk sebuah PERTEMUAN YANG AGUNG itu. So, jangan sedih. Sapu airmatamu & senyuuuuuuum sepertiku ---> ◕ ‿ ◕." ~ dc ツ. P/S: Jaaaap, kalau kamu te

Hati Terbaik

Image
♥ HATI<--- tempat jatuhnya pandangan Ilahi, ♥ HATI<--- taman yang indah terbina rapi, ♥ HATI<--- tempat beroleh faham yang hakiki, ♥ HATI<--- dari mata jatuh ke hati, ♥ HATI<--- raja segala anggota yang harus ditaati. >>> HATI simbol yang mengandungi makna tersembunyi. ❀ ܓ Sayyiduna Ali kw berkata: Tanda HATI yang TERBAIK itu ada 3 jenis: ✔ 1. Hati yang PALING KUAT dalam AGAMA. ✔ 2. Hati yang PALING BERSIH dalam YAQIN. ✔ 3. Hati yang PALING LEMBUT terhadap SAUDARA mu'minnya. ♥ Muhasabah hati <---> Soal hati ♥.

Abdullah bin Mubarak & Seorang Hamba Soleh

Image
✿ ܓ Ketika Mekah mengalami kemarau, para penduduknya melakukan solat istisqa' (solat mohon hujan) & meminta agar Abdullah bin Mubarak berdoa. Abdullah pun berdoa, namun hujan tidak juga turun. Lantas seorang hamba abdi pun berdoa, hujan terus turun. Setelah kejadian ini, Abdullah mencarinya & mahu membelinya. Abdullah ke kedai tuan punya hamba itu. Tuan: Kenapakah ulama' hebat sepe rtimu mahukan hamba pemalas sepertinya. Eloklah tuan mencari hamba yang lain sahaja. Dia tidak melakukan apa² kerja kecuali hanya makan, minum & beribadat. Kami pun dah bosan dengan perangainya sehingga kami membiarkannya sahaja. Abdullah: Aku tetap mahu membelinya juga. Tuan: Saya bagi majjanan (free) je kepadamu. Abdullah: Aku tidak mahukannya secara percuma. Berapakan harga yang kamu belinya ketika dahulu? Tuan: 250... (saya tidak pasti dirham atau dinar). Abdullah: Baiklah, aku membelinya dengan harga 500.... Abdullah pun membawa pulang hamba itu & dil