Posts

Showing posts from March, 2010

Makan dan Diet Cara Sunnah

Saya membuat sedikit kajian tentang makan dan diet yang berkesan, sihat dan tidak perlu berbelanja lebih. Banyak juga saya temui cara dan info ilmiah berkenaan perkara ini. Namun demikian, saya lebih tertarik cara sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul saw. Ia ringkas tapi ilmiah. Hasil daripada kajian tersebut dapatlah saya merumuskannya seperti berikut. 1. Aturkan cara pemakanan. a) Sarapan: Makan makanan yang berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan aktiviti harian. b) Makan tengah hari: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. c) Makan malam: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Makan malam penting kerana ia akan melambatkan proses penuaan dan dapat menghasilkan tidur yang nyenyak. Rasul saw menganjurkan makan malam walaupun dengan hanya sebiji kurma. 2. Ikut saranan Rasul saw. a) Mempelbagaikan jenis makanan yang bersifat panas dan sejuk. Sebagai contoh: Buah rutob dan tembikai. Ra

Makanan Berkhasiat Warga Tua Sihat

Makan perlu dengan bijak. Untuk terus sihat kita perlu amalkan tabiat makan yang baik. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Di sini saya mahu berkongsi tentang cadangan pemakanan yang baik bagi warga tua. Cadangan ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun kita masih lagi muda, namun kita juga akan menempuhi zaman emas ini jika dipanjangkan usia. Badan sihat otak cerdas, Allah pun suka. Dengan kesihatan yang baik, maka ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Oleh itu, mudah-mudahan tip ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Contoh sajian sehari untuk warga tua sihat: 1. Sarapan: 1 cawan bubur nasi, 1 cawan sudu makan ikan bilis tumbuk dan 1/2 cawan minuman bersusu. 2. Minum pagi: 1 keping roti mil penuh, 1 sudu teh jem, 1 biji pisang dan 1 cawan minuman bersusu. 3. Makan tengahari: 1 cawan nasi, 1 ketul ayam masak kari, 1/2 caw

Hidup Sihat Tanpa Ubat

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:- Meminum air sekurang-kurangnya 30 mililiter per kilogram berat badan anda. Air amat penting untuk badan . Allah berfirman yang bermaksud: ‘Aku jadikan setiap sesuatu yang hidup itu daripada air.’ (Al-Anbiya’: 30). Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk yang hidup. Manusia sendiri dibentuk oleh 70 peratus air. Mencontohi cara minum Rasul saw. Caranya ialah minum secara bertahap. Manfaat utama minum secara bertahap dan perlahan-lahan adalah penyerapan air menjadi bertambah baik. Pastikan anda mendapat gizi seimbang iaitu menggabungkan karbohidrat, lemak, protein, sayur- sayuran, buah-buahan dan susu. Ini kerana pemakanan seimbang merupakan asas kesihatan. Jangan makan sehingga kenyang. Ini sama seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasul saw iaitu bangun sebelum kenyang. Jangan tinggalkan makan malam.

Jom Pakat Jadi Ahli Allah

َعَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ للهِ أَهْلِيْنَ مِنَ النَّاسِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: أَهْلُ القُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ. رواه النسائي Dari Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia.’ Para sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka ya Rasulullah?.’ Baginda saw menjawab: ‘Mereka ialah ahli al Quran, mereka itulah yang merupakan ahli-ahli Allah dan orang-orang-Nya yang istimewa. (Hadith riwayat An Nasai) Fadhilat amal: Berdasarkan kepada hadith di atas jelas memberitahu kepada kita bahawa bergelar ahli quran itu merupakan ni’mat yang amat besar. Dengan mendapat gelaran ini, seseorang itu telah menjadi ahli-ahli Allah dan manusia yang istimewa di sisi-Nya. Apakah maksud bagi gelaran ‘ahli al Quran’? Ahli al Quran ialah mereka yang sentiasa sibuk membaca al Quran dan mempunyai hubungan yang istime

Berblog; Langkah pertama belajar menulis dan berkongsi ilmu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Salam perkenalan S aya dengan rendah diri memperkenalkan blog saya yang amat sederhana ini. Saya akur bahawa saya bukan penulis ter kenal, tidak juga bijak bermain kata-kata sehingga mampu menarik perhatian pembaca. Namun di atas kesedaran dan kebimbangan terhadap perihal bekalan hidup saya selepas mati, maka saya gagahkan diri ini mewujudkan blog sebagai medan dakwah saya di alam maya. Saya mengharapkan agar perkongsian ilmu sedikit dari saya ini dapat memberi manfaat kepada umat yang dicintai Rasul saw ini. Bak kata hukama': 'Jika kamu tidak mampu melakukan semua perkara, maka jangan dibiarkan semuanya'. Kalau diikutkan rasa terhutang budinya saya kepada Rasul saw yang membawa Islam ini, sudah tentu usaha ini amatlah kecil dan sedikit. Walaupun demikian, bak kata tadi kalau saya hanya mampu melakukan ini sebagai tanda cinta dan terima kasih saya kepada Rasul saw maka saya akan lakukan ia dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah