Posts

Showing posts from 2011

Musafir ke Bogor ---> TALAQQI

Image
Syeikh Nuruddin Al-Banjari  Pesantren milik Syeikh Nuruddin   Rumah Syeikh Nuruddin dari bahagian bawah Pejabat Kolam ikan Rumah Tetamu Depan pintu bilik tetamu Kawasan di dalam Pesantren ~ Foto dewan talaqqi saya masukkan akan datang insyaAllah  (◕‿◕). ❀ ܓ >> Di sinilah "Jaulah Ilmiah Aiskrim" saya kali ini, alhamdulillah ツ. InsyaAllah, tanggal 01122011 bersamaan 6 Muharram 1433H bermulalah permusafiran TALAQQI ILMU saya ke Bogor. Semoga usaha ini diredhai Allah, amin. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Azam Baru Saya...

Image
Apa azam anda pada 1 Muharram 1433H ini???. Saya? ツ. Bismillah... ❀ ܓ Azam tahun baru saya ---> mencari APA sahaja, mendekati SIAPA sahaja & berusaha KE MANA sahaja <--- asalkan semua itu membawa diri ini kepada HUSNUL KHATIMAH (pengakhiran yang baik). Kerana husnul khatimah itulah bukti REDHA ALLAH diperolehi. اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة، آمين Ya Allah, akhirkanlah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, amin. Aja² faiti ツ.

Muharram & Hijrah Rasul saw = "Kaitan Bersempena"

Image
Sahabat, hari ini Ahad 27/11/11 adalah 1 Muharram 1433H. Oleh itu, saya mahu ceritakan beberapa perkara mengenainya ツ; 1. HIJRAH Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlaku pada bulan Rabiu'l Awwal bukan bulan Muharram. 2. Kenapa diketengahkan peristiwa HIJRAH di dalam bulan MUHARRAM? >>> Kerana... ~ Bulan MUHARRAM ---> bulan yang dipilih sebagai bulan PERTAMA dari 12 bulan untuk taqwim Islam. >>> Manakala... ~ Tahun berlaku HIJRAH ---> tahun yang dipilih sebagai tahun PERTAMA untuk taqwim Islam. So, 2 perkara ini ada KAITAN. PERTAMA + PERTAMA = seolah ²   menjadi 1 CERITA ツ. 3. Jika ada di kalangan kita yang tidak tahu pun hal ini bukan sebab salah fakta sejarah, tapi salah peribadi. Di sekolah sekalipun tidak diajar fakta yang salah ini; Hijrah berlaku di bulan Muharram. Namun kita sebenarnya yang tidak ingat fakta yang benar. So, salahkan diri kita sendiri. * Diceritakan PERISTIWA HIJRAH di dalam BULAN MUHARRAM hanyalah BERSEMPENAAN

"Pegangan" Masyarakat Di Dalam Beramal

Image
~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ Ulama' Pewaris Nabi ~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ Sahabat, macam ni. Saya mahu sentuh tentang I'TIQAD (pegangan) masyarakat dalam beramal. Betul atau tidak KEBANYAKAN masyarakat kita... ~ Mengamalkan sesuatu amalan hanya ---> TAHU & YAQIN bahawa ianya amalan yang ada di dalam Islam, ~ BUKAN mengamalkannya sebagai ---> inilah SUNNAH yang dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Betul kan? Dan inilah PENGALAMAN saya mengajar. ❀ ܓ Hanya SEGELINTIR sahaja yang SENTIASA mencari & mengenalpasti adakah ini SUNNAH Kekasih -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- atau tidak. Kerana dia akan lakukannya bersama ILMU TAHUNYA itu. Mereka dikenali sebagai MUHIBBIN bukan tukang membida'ahkan orang lain. Kedua² golongan di atas tidak salah di dalam pegangan beramal. Menjadi salah apabila; * Mengamalkan sesuatu amalan dengan I'TIQAD bahawa ia amalan yang dilakukan oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, padahal yang sebenarnya tidak demikian. K

Senyum Sunnah itu Senyum Ibadah ツ

Image
  “♥ ~ ❀~ ♥” “♥ ~ ❀~ ♥” Jumu'ah Mubarakah ツ “♥ ~ ❀~ ♥”“♥ ~ ❀~ ♥” Daripada Sayyidina Abu Darda' ra berkata: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak akan berbicara suatu perkara melainkan (Baginda صلى الله عليه وسلم akan berbicara) sambil tersenyum." ~ Riwayat Imam Ahmad rahimahullah. >>> Allahu Allah, indahnya ---> "senyum, sunnah, senyum ibadah ツ." * Melihat wajah² i'trah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini pun telah membuatkan diri ini turut tersenyum, apatah lagi jika wajah Baginda صلى الله عليه وسلم. Tiada kata yang mampu untuk diungkapkan ツ. ❀ ܓ Ya Allah, kenalkan kepada kami wajah Baginda صلى الله عليه وسلم di sana kelak & kumpulkanlah kami bersamanya, amin. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

5 Bukti Allah Tidak Mahu Mengazabkan Hamba-Nya

~ Sayyiduna Ali kw berkata: "Allah tidak mahu mengazabkan hamba²-Nya tetapi hamba²-Nya sendiri yang mahu diri mereka diazab." ~ Sahabat² yang lain kehairanan & bertanya: "Wahai Ali, kenapa kamu berkata demikian?". ~ Sayyiduna Ali kw menjawab: "Ada 5 sebab kenapa aku berkata demikian; ✔ ❀>> 1. Allah mengutuskan seorang Rasul sebagai penunjuk jalan menuju redha-Nya. Dia memberi khabar gembira & peringatan. * Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA tidak akan mengutuskan Rasul-Nya, bahkan dibiarkan sahaja mereka di dalam kesesatan. ✔ ❀>> 2. Amalan sunat lebih banyak dari amalan wajib. * Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA akan memberatkan mereka dengan memperbanyakkan amalan wajib hatta mereka tidak mampu melakukannya. Namun itu tidak berlaku, perintah yang wajib hanya sedikit. Contoh; puasa wajib hanya berlaku 1bulan (Ramadhan) sahaja di dalam tempoh 1tahun. ✔ ❀>> 3. Perkara halal lebih banyak

Amalan Di Bulan Muharram

Image
Muharram semakin hampir... 1 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011 ♫ 1 Muharram detik permulaan, ♫ Perkiraan tahun Islam Hijrah, ♫ Perpindahan Nabi & umat Islam , ♫ Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. ♫ Atas keyakinan & Iman yang teguh, ♫ Kaum Muhajirin & ِAnsor bersatu, ♫ Rela berkorban harta & nyawa, ♫ Demi menegakkan Islam tercinta. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم >>> Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram; ☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa. ☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'. ☑ Menyapu kepala anak yatim. ☑ Bercelak mata pada waktu malam. ☑ Menambah perbelanjaan keluarga. ☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ * Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong. Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

Allah Maha Kaya, Kita Fuqara'

Image
Hadis Qudsi: "Harta itu adalah hartaku, dan kamu itu adalah hambaku." المال مالي وأنت عبدي   Apa yang kita miliki adalah hak mutlak Allah. Allah itu Maha Kaya. DIA tidak berhajat kepada harta kita kerana harta kita itu hak mutlak-Nya. So, apa yang Allah mahukan daripada kita? ❀ ܓ Allah tidak mahu harta kita tetapi Allah mahu lihat pahala dari harta yang diberikan-Nya kepada kita. >>> 4 jenis harta; - 1. Sumbernya HARAM & dibelanjakan pada tempat yang HARAM maka ---> HARAM . - 2. Sumbernya HARAM & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HARAM . - 3. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang HARAM maka ---> HARAM . ✔ 4. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HALAL. BERUSAHALAH hanya untuk yang HALALAN TOYYIBAN. Selamat berusaha ツ. Sumber: Kuliah ceramah Ust Kamal Asyaari - Mencari Redha Allah.

Solat Jama' Tanpa Musafir, Bolehkah?

Image
Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah menjama'kan/menggabungkan 2 solat; solat Zuhur & Asar (8rakaat) dan solat Maghrib & Isya' (7rakaat) tanpa musafir & qasar. Ia berlaku di Madinah. Terdapat 2 pandangan ulama' terhadap hal ini. 1. Jama' itu berlaku bertujuan untuk memberitahu tempoh & kadar waktu untuk solat Zuhur & Asar, begitu juga kadar waktu untuk solat Maghrib & Isya'. >>> Rasulullah صلى الله عليه وسلم solat Zuhur di penghujung waktunya. Apabila selesai solat, masuk waktu Asar & terus tunaikannya. Begitu juga solat Maghrib & Isya'.   Oleh itu, jama' jenis ini tidak boleh diamalkan tanpa dhorurah. Ia hanya bertujuan pemberitahuan tempoh waktu solat dalam bentuk perbuatan. 2. Dibolehkan untuk jama' seperti ini, akan tetapi tidak boleh dijadikan kebiasaan. Adanya ruang seperti ini adalah untuk tidak menyusahkan umat. >>> Sangat penting untuk dinilai sebagai kebiasaan & bukan kebiasaan pada di

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Image
  Solat Tiang Agama   ~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ JENIS WAKTU SOLAT ~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ ✔ 1. Waktu Fadhilah (waktu utama). >>> Tempohnya: 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan. * Muslim yang menunaikan solat pada masa ini bukan sekadar mendapat pahala solat bahkan ditambah bonus pahala waktu fadhilah. Allahu Allah ツ. ✔ 2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang). >>> Tempohnya: Bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain. ✔ 3. Waktu Mubah (waktu harus). >>> Tempohnya: Sekadar cukup untuk tunaikan solat fardhu sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu solat yang lain. - 4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah). >>> Tempohnya: Belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain. - 5. Waktu Haram. >>> Tempohnya: Solat di dalam waktu solat yang lain -qadha. Solat Zuhur di dalam waktu solat Asar. Nota ringkas pengajian di Madras Nur bersam

Benar itu Jelas, Maka Pastikannya

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا ، أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pembohong apabila dia bercakap segala apa yang didengarinya." ~ Hadis riwayat Imam Muslim rahimahullah. >>> Oleh itu, PASTIKAN terlebih dahulu "kebenaran" sesuatu isu sebelum menyebarkannya. Jangan bercakap di atas cakap² manusia sahaja اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wahyu itu Cahaya

Image
Majlis ilmu bersama Habib Umar Benhafidz hafidzahullah. ✔- Rasul صلى الله عليه وسلم datang dengan satu tujuan untuk membawa manusia keseluruhannya keluar dari kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran. Wahyu itu adalah cahaya yang menyuluh akal. Manusia perlukan cahaya dalam hidup di dunia ini untuk memandu dan menunjukkan jalan pulang yang selamat bertemu Tuhan. ✔- Muslim menggunakan AKAL sebagai 'alat' untuk mendapat bimbingan ke jalan yang diredhai Allah, mengawal nafsu dan cuba membersihkan dosa noda di hatinya kerana orang yang mengotorkan nafsu dan jiwanya ialah orang yang RUGI. Manakala kafir pula menjadikan akal sebagai alat untuk berkhidmat kepada diri dan nafsunya semata-mata. ✔- Menceritakan kisah pengorbanan dan cinta Rasul صلى الله عليه وسلم kepada umat; ❀>> Rasul صلى الله عليه وسلم jika disakiti, ianya merupakan penyakitian yang melebihi segala macam penyakitian yang pernah menimpa selainnya. ❀>> Jika diberikan harta, ia akan dibahagikan segera

Perang Ahzab - Semangat Setia Kawan

Image
Kali pertama Semenanjung Arab menyaksikan tentera musuh dapat dikumpulkan seramai 10 ribu orang ialah di dalam Peperangan Ahzab. Tahukah anda siapa DALANG dalam peperangan ini? Siapa yang MENGHASUT agar bangsa arab bersatu menentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Islam? SIAPA? Mereka ialah bangsa ---->YAHUDI. >>> Dendam mereka digazetkan di dalam surah Al-Maidah ayat 82. Allah berkata: "Kamu pasti akan mendapati orang yang paling memusuhi Islam adalah orang² yahudi & orang² musyrikin." Perang ini SANGAT SERIUS, tapi saya sangat teruja dengan kalam Sayyiduna Sa'ad bin Mua'z ra kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. "Demi Allah, sesungguhnya kami tidak berhajatkan ini (*), demi Allah kita tidak akan memberi kepada mereka kecuali mata pedang sahaja. Sehingga Allah menghukumkan antara kita dan mereka." Allahu akbar ツ. ♥ Kalamnya membuatkan wajah Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia itu memancarkan cahaya tanda sen

Ulama' Pewaris Nabi saw ツ

Image
 ❀ ܓ Melihat foto ini membuatkan saya happy, Allahu Allah indahnya ツ. Semoga saya & anda dipilih Allah untuk mencintai para ulama' yang berpegang dengan manhaj Salafussolleh sehingga ke akhir hayat, amin. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mencintai mereka bukan bermakna mentaqdiskan (menjadikan mereka insan yang suci tanpa dosa) ---> TIDAK SAMA SEKALI. ♥ Mereka telah mengajar diri ini agar TAQQARRUB (mendekatkan diri) kepada Allah, mencintai SUNNAH Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menghidupkan MAHABBAH FILLAH sesama umat Islam. Mereka bukan ahli bida'ah tetapi merekalah ULAMA' PEWARIS NABI ツ. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Cinta itu Rasa

Image
 Sedikit dengan CINTA itu... Lebih BERMAKNA dari... Banyak tanpa RASA.

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

Image
Yaman ---> Antara negara yang saya mahu ke sana. Doakan agar hasrat saya ini tercapai, amin (◠‿  ◠). ☆ Muhajirin & Ansor ---> Para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang saya cinta sampai bila², dunia akhirat. ☆ Muhajirin ---> Datang dari Mekah. ☆ Ansor ---> Penduduk Madinah & gabungan 2 kaum; Aus & Khazraj. >>> Anda tahu kan semua info di atas ツ. Namun pasti ada di kalangan anda yang masih belum tahu asal usul penduduk pertama di Mekah & kaum Ansor itu. Siapakah kaum Jurhum, Aus & Khazraj? ♥ Dengan berbesar hati saya menjawabnya (-‿-) ---> Mereka asal penduduk Yaman. Berhijrah setelah berlaku empangan pecah di tempat mereka. ❀ ܓ Kaum Jurhum melalui kawasan yang berdekatan dengan Mekah. Mereka bertemu dengan Siti Hajar & Nabi Ismail as yang masih bayi di saat itu. Mereka adalah kaum yang SANGAT BAIK. ❀ ܓ Kaum Aus & Khazraj ke Madinah. Dulu di kenali sebagai Yathrib. 2 kaum ini menjadi Ansor & mereka j

Zikir Pagi

Banyaknya pahala yang Allah sediakan buat hamba²-Nya. Allahu Robbi T_T ♥ Sahabat yang dikasihi kerana Allah, jom amalkan zikir ini SETIAP PAGI 100 kali; لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala puji. DIA Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. ~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah. >>> Ganjarannya seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis baginya 10 kebajikan, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan akan dilindungi dirinya dari gangguan syaitan sehingga ke petang.

Safiyyah Binti Abd Muttolib Srikandi Islam

Image
♥ Kisah wanita muslimah yang berani ツ. Dalam peperangan Ahzab, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membawa tenteranya keluar dari Kota Madinah. Yang ada di dalam Kota hanyalah wanita, kanak² & yang tidak layak untuk berperang. >> 10 ribu orang bakal serang Madinah, bayangkan T_T. Di dalam Kota Madinah seorang lelaki Bani Yahudi Bani Quraizah (kaum ini telah mengisytiharkan perang terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم) berlegar² di sekitar kubu yang dihuni oleh kaum wanita & kanak². Dia seorang pengintip. Safiyyah binti Abdul Muttolib mengarahkan Hasan bin Thabit membunuhnya kerana bimbang rahsia pertahanan di dalam Kota dibocori kepada musuh. Jika apa² berlaku terhadap mereka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat di luar Kota tidak sempat datang menyelamatkan. >> Allahu Robbi, keadaan yang sangat getir T_T. Hasan menjawab: "Demi Allah, engkau sendiri pun tahu bahawa aku bukan seorang yang mahir membunuh." >> Belia

Menjadi Umat Muhammad saw Itu Ni'mat

Image
~ Sangat benar di sebalik pembacaan atau apa sahaja yang berkaitan diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu terdapatnya rahmat Allah. Antara "rasa" bahagia & bersyukurnya saya dalam hidup ini ialah---> saya terpilih menjadi salah seorang daripada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم. >>> Anda juga WAJIB mensyukurinya kerana ia adalah ni'mat daripada Allah. Ia adalah ni'mat yang WAJIB disyukuri. Bersyu kurlah... سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Perlu Memotivasikan Diri ツ

Image
Hidup perlu berwawasan tinggi. Jika rebah cepat² bangkit semula. Mu'min itu ialah orang yang bermotivasi. Ungkapkanlah kata² berbaur semangat pada diri. InsyaAllah itu antara usaha yang boleh menjadi. Buktinya, saya sendiri ツ. >>> Dalam Peperangan Ahzab, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membawa keluar 3ribu para sahabatnya dengan mengambil posisi dekat bukit Sal' iaitu bukit yang terletak di belakan g kota Madinah. Bayangkan tentera musyrikin yang datang menyerang berjumlah 10ribu orang. Tanpa pertolongan Allah, ranaplah Islam & umat keseluruhan. Tahukah anda apa slogan yang dilaungkan oleh tentera Islam??? "هم لا يُنصَرون" Mereka (kafir) tidak akan peroleh kemenangan. Perang Ahzab sangat strategi & hebat. Jika anda mampu membeli Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم oleh Sami bin Abdullah Al-Maghluts, maka belilah. Anda mampu melihat gambaran peristiwa melalui foto²nya. Harganya hanya rm150 <--- sangat ber

Cinta itu Setia

Image
♥ Kisah cinta luarbiasa, CINTA itu SETIA. Diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas, katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar untuk menggali parit dan didapatinya kaum Muhajirin & Ansor awal² pagi yang dingin sudah pun bekerja menggali. Mereka tidak memiliki khadam untuk kerja² itu. * Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat mereka yang sedang menanggung keletihan & kelaparan, Baginda صلى الل ه عليه وسلم pun berkata: "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunkanlah orang² Ansor & Muhajirin." * Kemudian Ansor & Muhajirin menjawab kata² Baginda صلى الله عليه وسلم itu: "Kamilah orang yang berjanji setia dengan Muhammad, untuk berjihad sampai bila² selagi kami masih ada." اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ~ Kisah di dalam Peperangan Ahzab, peperangan getir.

Sirah Pemulih Semangat

Image
Aku kebingungan, Aku keresahan, Jiwa tanpa rasa, Hilang entah ke mana, Aku mencari ketenangan, Mencari kekuatan untuk bangkit semula, Kerana mu'min itu seorang yang bermotivasi tinggi, Lemahnya mu'min memberi peluang besar kepada syaitan menemani, Dan akhirnya ku temui apa yang aku cari, alhamdulillah ツ, Hatiku terubat kini. Aku temui CINTA SEBENAR di dalam sirah hidup Baginda صلى الله عليه وسلم. Sejarah hidup yang memaparkan kisah cinta yang sangat indah; cinta seorang hamba Allah, cinta seorang Nabi, cinta seorang suami, cinta seorang ayah dan cinta seorang sahabat kepada sahabat. Hidup Baginda صلى الله عليه وسلم penuh dengan cinta, cintanya cinta suci. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم * Terus membelek buku² sirah; Arrahiqul Makhtum, Fiqh Sirah & Atlas Perjalanan hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Tidak terasa jemu, kisah luarbiasa yang tiada sepertinya...

Pandangan Cinta

"Hanya melalui (pandangan) cinta, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dapat dipandang (dengan sebenar-benar pandangan)." [Shaykh Abdul Hakim Murad] اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Zikir Diampunkan Dosa

Image
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Janji Allah || Di dalam Sohih Bukhari sesiapa yang membaca zikir di bawah ini (*) 100 kali setiap hari, maka Allah akan mengampuni dosa²nya walaupun dosanya itu sebanyak buih di lautan. Benarlah bahawa Allah Maha Pengampun. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ * Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

Niat

Image
  ~ Syeikh Daud Atthoi rahimahuLLAh berkata: "Aku melihat semua kebaikan itu terkumpul di sebalik niat yang baik". ☆ Syeikh Ibnu Mubarak juga berkata: "Kadang² 1 amalan yang kecil itu boleh menjadi besar nilainya kerana niat & kadang² juga 1 amalan yang besar itu boleh menjadi kecil nilainya kerana niat." ♥ Semua itu telah ditegaskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa setiap amalan itu ak an dikira berdasarkan niat. ❀ ܓ Oleh itu, jom BESARKAN niat dengan HANYA kerana Allah ツ. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Tepuk Peha Kiri

Saya belajar daripada Hubabah Fathimah As Saggaf; >>> Ketika berdiri untuk menunaikan solat & sebelum berniat, bacalah surah An-Nas. Apabila sampai sahaja pada perkataan الْخَنَّاسِ, maka tepuk peha sebelah kiri 3x kemudian selesaikan bacaan surah itu. Biasanya syaitan suka berada di situ (peha kiri).

Apa ni??? >>> safayafa takfakbohfoh gifi...

Image
Saya mahu mengajak anda BERFIKIR tentang 'RAHSIA TERSIRAT', jom 【ツ】 Cuba baca; "safayafa takfakbohfoh gifi". >>> Haaaa, tak dapat kan (-‿-). Ia adalah kalimah rahsia & rekaan segolongan manusia. Mereka cipta kod ini agar difahami sesama mereka sahaja. Atau akan difahami oleh mereka yang biasa guna. ❀ ܓ Saya ulangi---> Ia hanya dapat dibaca oleh yang "mengetahuinya" sahaja. Begitulah dikiaskan de ngan rahsia² alam ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬▬ Imam Ibnu A'thoillah berkata: "Hati yang tidak diikat nafsu dan yang sentiasa bertaubat dari kealpaan, ia akan mampu memahami rahsia² yang tersembunyi." ------------------------------ ------------“♥ ~ ❀~ ♥”---------------------------- ---------- Anda masih belum faham? Senyum sunnah dulu ◕ ‿ ◕, macam ni... ~ Pada awalnya saya tidak faham jumlah ayat itu (sebagai contoh kerana saya tidak biasa menggunakannya), namun setel

Zikir Mudah

Bila terima ni'mat = الحمد لله . Bila terima musibah = إنا لله وإنا إليه راجعون . Bila melihat keindahan = سبحان الله . Bila tiada kekuatan = لا حول ولا قوة إلا بالله .  Bila ingat Allah = لا إله إلا الله . Bila ingat Rasul saw = اللهم صل وسلم عليه . Bila melakukan dosa = أستغفر الله . Bila dibantu orang = جزاك الله خير الجزاء . Bila bersalah terhadap seseorang = آسفة .  Bila sukakan seseorang = أنا أحبك .  Bila berjanji = إن شاء الله .  Bila bersin = الحمدلله >>> bila mendengar ucapan itu sebutlah = يرحمك الله >>> bila mendengar ucapan itu ucapkanlah = يهدينا ويهديكم الله ويصلح بالكم .  Bila melihat sesuatu yang tidak elok = أعوذ بالله من ذلك .

Ilmu Mauhub

Image
Anda tahu tak apa itu ilmu Mauhub? >>> Ya, ilmu kurniaan Allah kepada hamba²-Nya yang tertentu. Adakah anda mampu mendapatkan ilmu ini? Jawapannya---> Ya, anda MAMPU memilikinya ツ. --------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”------------------------------------- Mafhum kata² Imam Suyuthi rahimahullah: "Kamu mungkin menganggap bahawa memperoleh ilmu ini adalah di luar kemampuan seseorang. Namun hakikatnya bukan demikian. Ia boleh dihasilkan melalui beberapa asbab. Antara asbab di mana Allah telah menjanjikan ilmu tersebut ialah beramal dengan ilmu yang telah diketahui, tidak cintakan dunia dll." من عمِل بما علِم ورَّثه اللهُ عِلْمَ ما لم يعْلَمْ Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya. --------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”------------------------------------- Jom amalkan ilmu yang ada ◕ ‿ ◕. العِلْمُ بلا عملِ كالسيََّارةِ بلا سَتِرِيْنْ Tidak perlu diterjemah hihi

Amalan 1-10hb Zulhijjah

Image
✿ ܓ Juma'at 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432. >>> Allahu Allah, ini bermakna hari² terbaik sudah tiba ◕‿  ◕. ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (AlhamduLillah)." ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berkata: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah." Antara amalan² yang dianjurkan; ✔ > 1 - 8hb = Sunat berpuasa. ✔ > 8hb = Hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah. ✔ > 9hb (hari wuquf) = Hidupkan malamnya dengan ibadah, orang yang tidak kerjakan haji disunatkan berpuasa & membaca surah Al-Ikhlas 1ribu kali. ✔ > 10hb (Raya Aidiladha) = Solat sunat raya, membaca takbir & melakukan ibadah korban. * Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat. Sama² selamat beramal, insyaAllah ok ツ. سبحان

Ubai bin Kaa'b, Seluruh Hidupnya Dengan Salawat

Image
❀ ܓ Sayyiduna Ubai bin Kaa'b berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah orang yang sering memperbanyakkan salawat ke atasmu. Berapa banyakkah salawat yang harus aku ucapkan buatmu?". Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu." ☆ Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika 1/4 dari kehidupanku?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku terus bertanya: "Bagaimanakah jika setengah?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku berkata: "Bagaimana jika 2/3?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku bertanya lagi: "Aku ingin menjadikan