Posts

Showing posts from 2012

Perjuangan itu Memerlukan Jiwa Yang Tabah

Image
Sahabat, sebuah kisah Iman & Yakin... »» Penyeksaan demi penyeksaan menimpa jasad Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم & para sahabat HANYA kerana membawa kalimah tauhid "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH". ◆ Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, saya memetik dari kitab Fiqh Sirah & Biografi Muhammad (dengan bahasa faham saya); ✐► Seorang sahabat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bernama Khabbab bin Al-A'rat datang menemui Rasulullah yang sedang meletakkan kepalanya berbaring dengan berbantalkan pakaian di bawah lindungan Ka'bah. Ketika itu, beliau & umat Islam mengalami penyeksaan yang amat dahsyat. ✐► S.Khabbab berkata: "Wahai Rasulullah, kenapa tuan tidak berdoa kepada Allah meminta bantuan & kemenangan buat kita?". Khabbab bermaksud dengan kemenangan yang SEGERA. ✐► Lantas Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Wahai Khabbab, sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah ditanam di dalam lubang &am

Bertanya Dengan Tujuan Mengingatkan

Image
Anak: Ayah, nak tidur ni kena baca apa? Ayah: Ish, ayah kan dah ajar. Anak: Yelah, tapi saya kan masih bayi lagi. Ingatan mana kuat. Ayah: Penatlah ayah macam ni. Berapa kali ayah nak kena ajar ni baru boleh ingat? Anak: Ayah kan ayah. Memang tugas ayah mengajar saya sampai saya jadi macam ayah pula. Peace no war ayah ツ". Ayah: Kamu ni memang pandai ツ. Mai ayah ajar semula. Doa sebelum tidur & doa bangun tidur juga. ========================== =========== Doa sebelum tidur; بسمك اللهم أحيا وأموت Bismikallahumma ahyaa wa amuutu. Dengan nama-Mu ya Allah ya Tuhanku, aku hidup & aku mati. Doa bangkit tidur; الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilaihin nusyuur. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami. Kepada-Nya jualah tempat kembali. ========================== ============ Anak: TQ ayah. Saaaayang ayah. Sebenarnya saya sudah hafaz & amalkan. Saya cuma

1 Ke Syurga, 1 Ke Neraka... Kenapa?

Image
Sahabat, pernah bertanya soalan seperti ini? »» Soalan: Kenapa terdapat sebahagian manusia itu kufur dan dimasukkan ke dalam neraka, dan sebahagian lagi beriman kemudian dimasukkan ke dalam syurga? Sedangkan semua mereka itu adalah hamba² Allah. Di manakah tanda keadilan Allah? ============================== ◆ Soalan ini pernah ditanya oleh Nabi Musa as kepada Allah. Namun pertanyaan itu bukan menunjukkan bahawa Baginda ragu terhadap keadilan Allah. Tidak sama sekali. Hadaf kepada soalan adalah untuk lebih ma'rifah (mengenal) kepada Allah & untuk menenangkan jiwa Baginda sendiri. Teruskan pembacaannya ya ツ. •► Allah Yang Maha Bijaksana tidak terus memberikan jawapan bahkan mengarahkan Nabi Musa as agar menanam gandum. Maka Nabi Musa menjalankan perintah Allah itu. •► Dimulakan dengan membajak hingga menuai. Setelah dituai, gandumnya disimpan & jeraminya dibakar. •► Lalu Allah berkata: "Wahai Musa, kenapakah gandum engkau simpan & jerami

Dhomir "Aku", "Kami/Kita" & "Tuhanmu"

Image
Sahabat, Ramadhan Kareem ツ. Saya mahu berkongsi info menarik sepanjang membaca tafsir surah Al-Kahfi ツ". 3 ayat di bawah ini mengazetkan kalam Nabi Khidir as ketika memberi jawapan kepada 3 tindakannya yang dipersoalkan oleh Nabi Musa as. Fokus pada HURUF BESAR, ok ツ. -------------------------------------------------------------- 1. Nabi Musa as menegur perbuatan Nabi Khidir as melubangi perahu. Nabi Khidir as menjelaskan: "Adapun perahu itu adalah milik orang miskin yang bekerja di laut; AKU bermaksud merosakkannya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu." ~ Al-Kahfi: 79. Nabi Khidir menisbahkan "perbuatan merosakkan" itu kepada dirinya -AKU-. Apa yang dapat dipelajari dari ganti nama ini? >>> ADAB. - Perbuatan merosakkan itu tidak layak sama sekali dinisbahkan kepada Allah. Oleh itu, Nabi Khidir as menisbahkannya kepada dirinya sendiri. * Walaupun kita semua beriman bahawa yang baik

Anak Kepada 2 Orang Yang Disembelih

Image
Kisah 1. Diceritakan di dalam surah As-Sofaat ayat 100-102 kisah Nabi Ibrahim عليه السلام berdoa kepada Allah memohon seorang anak daripada kalangan orang² yang soleh. Maka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nabi Ismail عليه السلام. Setelah Nabi Ismail عليه السلام dewasa, Nabi Ibrahim عليه السلام mendapat mimpi menyembelih anaknya itu dan tahukah apa jawapan Nabi Ismail? •••► "Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk di kalangan orang² yang sabar." Akhirnya Nabi Ismail عليه السلام ditukarkan kepada qibasy. ============================== Kisah 2. Abdul Mutolib pernah bernazar jika beliau dikurniakan 10 orang anak lelaki, beliau akan menyembelih salah seorang daripadanya. Ternyata benar nazar beliau. Beliau mendapat 10 orang anak lelaki yang kuat & gagah. Janji mesti ditepati walaupun dihalang oleh orang Quraisy ketika itu. Undian penyembelihan jatuh kepada anak bongsu bel

Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'

Image
Sahabat, saya ada info pengetahuan am untuk dikongsi bersama sempena Ramadhan Kareem ツ". Antara TARGET RAMADHAN saya kali ini ialah khatamkan buku "Persoalan Khilafiyyah..." oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll. Saya namakan buku ini sebagai "NOTA EMAS" kerana nilai ilmunya yang mantap. Soalan demi soalan dijawab dengan hujah yang "kemah keming" kata orang Terengganu ツ. Saya bawakan di sini 3 contoh mengikut bahasa faham saya. Jika anda 'M' untuk membaca kesemuanya, maka bolehlah baca salah satunya dari 3 contoh di bawah. Kemudian baca KESIMPULAN di akhirnya nanti, ok ツ. >>> Kepada yang sukakan info ilmiah... --------------------------------------------------- 1. Kisah Sayyidina Bilal رضي الله عنه. •••► Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم diIsra'Mi'rajkan, Baginda telah mendengar tapak kasut S.Bilal di dalam syurga. Apabila ditanya apakah amalan yang dilakukan oleh S.Bilal. Beliau memberitahu bahawa beliau se

Dilema Rakaat Tarawih

Image
Sikit, banyak? Banyak, sikit? Ramadhan Kareem sahabatツ". A: Malam ni kau nak solat tarawih di mana? B: InsyaAllah di Masjid S.Ali kw. A: Aku ikut cop ツ. B: Jom ツ. A: Oh ya, imamnya ok? Suaranya merdu tak? Berapa rakaat di situ, 8? B: Bagi aku alhamduliLLAH kerana Imam itu seorang yang alim dengan tugasnya sebagai imam. Suaranya pula merdu kerana tajwidnya yang bagus & di situ 20 rakaat tarawih + 3 rakaat witr ツ. A: Alamak! Kau nak solat 20 rakaat ke? B: InsyaAllah. Apasal muka kau lain macam je ni? A: Banyak tu 20 rakaat. 8 sudah ler. B: Banyak ler sebab kau nampak angka "20". Cuba kau fokus pada rahmat & ganjaran Allah di sebalik angka 20 tu. Baru kau akan rasa sikitnyaaaaaaaaa 20 ツ. A: Owh, betul² ◕‿◕. ------------------------------- Sahabat, terpulang nak Solat Tarawih 8 atau 20 rakaat. Yang penting •••► TUNAIKAN SOLAT TARAWIH. Adapun dialog di atas hanya sekadar membangkitkan semangat diri sendiri untuk berusaha ke arah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan

Image
Bacalah zikir ini sepanjang Ramadhan. Ulang & ulang membacanya samada secara perseorangan atau bersama ahli keluarga. # Di dalam zikir ini, terdapat EMPAT kalimah. ~ DUA kalimah mendatangkan redha Allah; 1. Syahadah. أشهد أن لا إله إلا الله Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. 2. Istighfar. أستغفر الله Aku mohon keampunan-Mu ya Allah. ~ DUA kalimah seterusnya ialah apa yang sangat kita perlukan; 1. Mohon masuk syurga Allah. أسألك الجنة As alukal jannah Aku mohon kepada-Mu syurga. 2. Dijauhkan dari neraka. وأعوذبك من النار Wa a'uzubika minan naar. Dan aku berlindung dengan-Mu dari neraka. -------------------------- -------------------------- ✐► Satu hal yang merugikan apabila tidak "memperbanyakkan berdoa" ketika berpuasa & berbuka.

Sikap Optimis Rasulullah shollaAllahu a'laihi wa sallam

Image
Jumu'ah Mubarakah -Jumaat terakhir Sya'ban ツ". Kali ini saya mahu berkongsi kisah tentang "sikap OPTIMIS Rasulullah صلى الله عليه وسلم terhadap kemenangan Islam". --------------------------------------------------- Dalam perjalanan hijrah ke Kota Madinah, Baginda telah dikejar oleh Suraqah bin Malik yang masih belum Islam ketika itu. Suraqah ini seorang yang pakar di dalam menunggang kuda & tidak pernah jatuh. Namun di dalam percubaannya untuk membunuh Rasulullah صلى الل ه عليه وسلم, beliau telah terjatuh dari kudanya sebanyak 3 kali. Suraqah yang pada awalnya mahu membunuh Baginda صلى الله عليه وسلم, akhirnya meminta keamanan daripada Baginda Nabi. Tahukah apa yang ditawarkan oleh Rasulullahصلى الله عليه وسلم kepada Suraqah agar dibiarkan Baginda berhijrah? Baginda Nabi menawarkan gelang Kisra milik Raja Parsi di mana Kerajaan Parsi ketika itu merupakan kerajaan paling besar. Padahal Baginda Nabi sedang diburu, akan tetapi telah me

Plan Ramadhan 1433H

Image
  Ramadhan semakin hampir. Sangat² hampir. Semoga kita terpilih menjalani ibadah puasa kali ini dengan sebaik mungkin, amin. Peringatan bersama secara ringkas; ◆ 1. Niat. Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala. --------------------------------------------------------- ◆ 2. Bulan Ramadhan bulan; •-• Al-Quran ---> Khatam sekurang²nya 1 kali. •-• Sedekah ---> Hulurkan bantuan mengikut kemampuan. •-• Qiamulail ---> Bangun malam walaupun hanya 2 rakaat. •-• Kesabaran ---> Allah bersama dengan orang yang sabar. •-• Ibadah ---> Semangat untuk beramal seperti berzikir, bersalawat dll. --------------------------------------------------------- ◆ 3. Solat fardhu berjemaah. ◆ 4. Solat sunat tarawih samada 8 atau 20 rakaat (jangan bergaduh, yang penting buat). ◆ 5. Sahur & berbuka. Ingat! Bulan ini bukan bulan membazir di Bazar Ramadhan. ----------------------------------------------------

Menolong Insan Yang Tidak Berupaya

Image
Alhamdulillah, saya telah diingatkan tentang ADAB & AKHLAK ツ. Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian & yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat ad alah orang yang paling baik akhlaknya." ~ HR Imam Tirmidzi rahimahullah. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ----------------------------------------------------------- ✐► Kadang² akan ada nasihat bagi foto seperti ini; "Jika mahu mencari pasangan hidup, maka carilah insan seperti ini." ✐► Namun nasihat daripada diri saya pula adalah seperti ini: "Jika mahu menjadi manusia yang hidup, maka contohilah insan seperti ini. Jiwanya hidup kerana diamalkan akhlak & sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم". •••► Ayuh, jangan harap orang lain berakhlak seperti ini. Akan tetapi ANDALAH yang WAJIB berakhlak seperti ini. Semoga Islam kelihatan indah dari dalam diri kita sendiri, amin.

Cari Rezeki Halal

Image
Sahabat, saya bukan nak berceramah, tapi nak cakap sikiiiiiiiiiit je -‿-. ◆ Saya nak ingatkan jika awak mahu cari kerja, maka carilah kerja yang HALAL di sisi syara'. Kerana rezeki yang halal itu dapat menyebabkan awak selamat dunia, selaaaaamat akhirat ツ". Cuba bayangkan... ◆ Jika seseorang bekerja sebagai pencuri, mana ada aman hidupnya. Asal nampak polis je, berdebar jantungnya walaupun dia sudah kaya ツ. Cuba faham... ◆ Pernah dengar tak kaum Khuza'ah? Ya, kaum Khuza'ah inilah yang merampas bumi Mekah dari kaum Jurhum (penduduk tempatan) di situ. Walaupun lebih 500 tahun memerintah Mekah sekalipun, mereka tetap digelar perampas. Betul kan? Alhamdulillah akhirnya Qusai bin Kilab; salah seorang moyang Baginda صلى الله عليه وسلم dapat mengambil kembali hak mereka & memerintah Mekah dengan aman & bijaksana. ◆ Rezeki yang halal apabila sedikit ia mencukupi. Kalau tak cukup pun, tidak sampai memaksa kita membuat sesuatu yang dilarang Al

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.

Image
  Warkah buat pendakwah. ❀ ܓ Moto seorang pendakwah---> "Kami seperti doktor, bukan seperti penghukum." ♥ DAKWAH manusia mengenal Allah, mentaati-Nya & mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah TUGAS SEMUA MANUSIA BERAKAL & MUSLIM. ♥ Dakwahlah setakat kemampuanmu, setakat ilmumu & setaraf dengan orang yang diseru olehmu. Namun jangan dilupa untuk sentiasa UPGRADE kualiti diri & dakwah dengan BELAJAR menuntut ILMU AKHIRAT tanpa jemu. ♥ Pandanglah kawanmu yang diseru itu seperti pandangan seorang doktor kepada pesakitnya bukan pandangan penghukum terhadap penjenayah. ♥ Doktor akan berusaha habis²an menyelamatkan pesakit. Manakala penghukum akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan penjenayah ke penjara. ♥ Membetulkan kawanmu yang salah itu dengan cara lembut. Walaupun kadangkala perlukan juga ketegasan namun biarlah ketegasan yang tidak keras tapi menampakkan jati diri & pendirian. Pandanglah dia sebagai kaw

Zikir Sayyidah Fatimah ra...

Image
Sayyidah Fatimah diajar oleh Ayahandanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم zikir untuk diamalkan sebelum tidur. Ia lebih baik dari mendapatkan seorang khadim & segala-galanya.    33 kali -----> سُبْحَانَ اللهِ   33 kali -----> الحَمْدُ للهِ  34 kali -----> اللهُ أَكْبَرُ Zikir ini masyhur namun berapa ramaikah yang mengamalkannya? Muhasabah diri sendiri...

Atas nama Islam, kita bersaudara...

Image
Siapapun mereka atas nama Islam, maka kita adalah bersaudara. Di dalam Islam kita dianjurkan saling bantu-membantu & berkasih sayang. Apatah lagi terhadap orang² miskin. Berkawan dengan mereka menjadikan diri ini bersyukur, tidak angkuh, hati tenang, belajar sifat tawadhu' & tidak tamak kepada dunia. Jiwa sihat. Teringat kalam Ust Sufian di Bogor bahawa orang yang qana'ah (cukup dengan apa yang ada) & tidak berhajat melebihi keperluan hidupnya itu adalah orang yang kaya. Manakala orang kaya yang masih mahu kaya itu adalah orang yang miskin. Wahai orang kaya, sudahkah kamu berkongsi kekayaanmu di tempat sebenar? Zakat sudah kau tunaikan? Sedekah sudah kau hulurkan? Hadiah sudah kau carikan? Mereka saudaramu, jangan biarkan mereka mati kelaparan disebabkan kebakhilanmu atau kecuaianmu di dalam melaksanakan amanahmu sebagai orang kaya. Saling mengingatkan.

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Image
Sejauh-jauh mata memandang, Sedalam-dalam hati merasakan, Hanya setitik debu yang tertuang, Dalam syair pujian... Lepas hati memandang laut-Mu, Terheran diri pada langit-Mu, Berjuta kata tak cukup untuk, Melukis indah-Mu... * Tafakkur by Opick. Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri... Doa ketika melihat langit;  رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَقنَا عَذَابَ النَّارِ  Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. ~ Al-Imran: 191. --------------------------------------------------------------------------------------- Cerita tentang langit & bintangnya... Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yang me

Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...

Image
Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:        اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu ² rahmat-Mu buatku).  Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:  اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam). ~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah. •• ► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki. ★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya. Ketika masuk; بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ اللهم اغفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ

Yang paling...di kalangan para sahabat

Image
Ketika talaqqi di Bogor, di dalam kelas saya sempat menulis secara ringkas (berdasarkan hadis ² riwayat Imam Tirmidzi) tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum . Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr. Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar. Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman. Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali. Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab. Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal. Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit. Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah. ~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat ツ . اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم

Jom ke taman syurga ツ

Image
Menghadiri majlis zikir SAMA tuntutannya dengan suruhan agar berzikir. Majlis yang membesarkan nama Allah, menceritakan tentang perintah & larangan-Nya. Majlis seperti ini diumpamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai taman syurga. Allahu Allah, indahnya ツ . Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah صلى لله عليه وسلم berkata: “Jika kamu melalui taman² syurga, maka singgahlah/bersenang² di dalamnya.” Sahabat bertanya: “Di manakah terdapatnya taman² syurga itu di dunia ini?” Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: “Taman² syurga itu terdapat di dalam majlis² zikir.” Apakah kelebihan yang ada di dalam majlis² zikir/ilmu ini? Saya himpunkannya di sini tanpa menyebut hadis² yang saya ambil darinya. Antaranya; ✔ Para MALAIKAT akan mengelilingi bulatan majlis tersebut. ✔ Mereka yang hadir majlis itu akan diselubungi dengan RAHMAT ALLAH, tiada siapapun yang akan mendapat kecelakaan apabila duduk bersama mer

Ceritakan tentang Insan yang kamu cintai...

Image
♥ ✉ Ceritakan kepada kedua orang tuamu, suamimu, isterimu, anak²mu , jiran tetanggamu, para pelajarmu, para pekerjamu & orang² yang berada di sekelilingmu tentang insan yang paling dikasihi Allah; ♥ •• ► RASULULLAH صلى الله عليه وسلم . ✔ Cer itakan & sebarkan mahabbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke seluruh alam agar semua tempat disirami rahmat Ilahi yang didambakan. ♥ ✉ K erana apabila kamu menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم , ia mampu membina peribadi mulia. ❀ Dari jahat menjadi baik, kontra menjadi pro, marah menjadi tenang, keras menjadi lembut, bermusuh menjadi bersaudara, benci menjadi sayang, berfikiran negatif tentang Islam menjadi positif & berpecah menjadi bersatu. ♥  Terjemahan foto:  "Cintamu ya Rasulallah menyatukan kami." اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم