Posts

Showing posts from 2010
Image
"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah, dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah (Rasulullah s.a.w.)." "Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada-Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari-Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk-Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan-Nya dan memandang kepada-Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?" [Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Orang Yang Bahagia

Image
"Orang yang bahagia adalah orang yang Allah anugerahi kalbu yang berfikir, mata yang selalu mengambil pelajaran, telinga yang mendengar dari Allah, dan diri yang bersemangat mengabdi kepada Allah. Di antara hak Allah yang paling layak diperhatikan oleh hamba adalah syukur kepada-Nya, secara lahir mahupun batin. Secara lahir dengan mematuhi-Nya dan secara batin dengan menyaksikan nikmat dari-Nya. Belum bersyukur orang yang tidak melaksanakan perintah dan batas-batas-Nya. Tidak disebut menjaga-Nya orang yang menyia-nyiakan perjanjian dengan-Nya. Kerana itu, kamu harus mensyukuri semua nikmat-Nya atas diri kamu." Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 2

لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون (Tiada tuhan melainkan Allah. Kami tidak melakukan ibadah kecuali kepada-Nya. Kami ikhlas (melakukan segala perintah) demi Allah dan agama-Nya, walaupun ditentang oleh kaum kafirun) - Rahsia kejayaan yang tersirat di sebalik kalimah in i: 1. Kekuatan tauhid yang tiada tandingannya. 2. Pengakuan ubudiyyah yang terpancar dari hati yang ikhlas dan benar dalam mencari Tuhan. 3. Semua yang dilakukan dalam hidupnya di dunia hanya semata2 untuk kepentingan agamanya . 4. Tidak gentar malah punyai jiwa berani yang luarbiasa walaupun mendapat tentangan dari pihak musuh. Moto hidup hanya ; عش عزيزا أو مت شهيدا – ‘Hidup dalam kemuliaan atau mati sebagai syahid demi merebut cinta dan redha Tuhan Yang Maha Penyayang’. Allaaah. 5. 3 elemen terbesar yang diperlukan manusia untuk ‘ menang ’ dalam hidupnya: - Tauhid yang jitu : Bahawa tiada tuhan melainkan Alla

Love is Eternel

Image
" Lov e is eternal because love is the reason you were created. You were created to adore Allah. You were created to worship Allah, in other words, to love Him because you can't truly adore something or worship something that you don't love." Shaykh Hamza Yusuf

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 1

الله أكبر الله أكبر الله أكبر (Allah Maha Besar) - Menggerakkan minda dan seluruh jiwa manusia agar membesarkan Allah. Proses untuk menjiwai Allah Maha Besar itu memerlukan jalan mujahadah, muraqabah, muhasabah, mua’qabah dan istiqamah. Apabila sudah sebati dan benar2 faham maka jiwa kita akan berkata bahawa: ‘Hanya Allah Yang ada kuasa, makhluk tiada kuasa’. Jika demikian, mahukah lagi bertuhankan selain Allah??? لا إله إلا الله هو الله أكبر (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dia; Allah Maha Besar) - Memantapkan tauhid. Tauhid sudah ada tapi perlu diperbaharui setiap masa dan saat selama hayat dikandung badan. Mengingatkan hamba2-Nya bahawa Dia bersifat dengan sifat Assomadiyyah; Istighna’ dan iftiqaar. Istighna’- Allah tidak berhajat kepada mana2 makhluk sekalipun. Manakala iftiqaar – Semua makhluk berhajat kepada-Nya. ألله أكبر ولله الحمد (Allah Maha Besar. Hanya milik Allah dikembalikan segala kepujian) - Apabila si hamba sudah dap

Sayyidatina Khadijah Ratu Hatiku

Image
Sayyidatina Khadijah Al-Kubra, wanita hebat yang luar biasa, imannya kuat, firasatnya tajam, akalnya cerdas, bijaknya sempurna, pandangannya luas, azamnya tinggi, pilihannya tepat, akhlaknya indah, jiwanya mantap, tiada wanita yang dapat menandinginya, dulu kini dan selamanya. Wahai Sayyidatina Khadijah, kerana akhlak yang ditunjukkan Nabi, kerana amanahmu dijalankannya dengan terpuji , hatimu melihat Nabi saw umpama mutiara yang tersembunyi, lantas engkau menempatkannya di dalam hatimu yang paling dalam dan di tempat yang paling tinggi. Allaaah, engkau dimuliakan Allah kerana dipilih berkongsi kehidupan dengan insan agung pilihan Tuhan. Cinta, kasih & kejujuran yang engkau tunjukkan tiada tandingan, khidmatmu penuh keikhlasan, ketika senang engkau tunjukkan dengan kesyukuran, ketika susah engkau warnai dengan kesabaran, ketiadaanmu tidak pernah dilupakan, ingatan Rasul saw kepadamu tidak dapat dilukiskan dalam apa jua gambaran, dan tidak juga bisa

Kuala Lumpur Berselawat 2

Nota 4: Rahsia Takbir 2 Hari Raya. Syeikh Dr. Mahmoud memberitahu kepada kita bahawa takbir yang kita sering laungkan setiap kali 2 hari raya umat Islam itu berasal daripada ucapan Jibril as dan 2 orang nabi iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam ketika pembinaan Kaa'bah. Ia adalah seperti berikut: الله أكبر ألله أكبرالله أكبر (Ini ucapan Sayyidina Jibril as) ا لله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله (Ditambah tahlil oleh Sayyidina Ibrahim as) الله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله والله اكبر الله أكبر ولله الحمد (Disudahkan oleh Sayyidina Ismail as dgn hamdalah) Rasul saw mengekalkan ucapan puji-pujian demikian adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa mengambil tabarruk dengan perkara yang terpuji itu dibolehkan dan ia sebahagian daripada ajaran Islam. Nota 5: Maqam bagi mereka yang suka berselawat. Terdapat hadis yang menceritakan berkenaan pertanyaan Jibril as kepada Rasul saw beberapa perkara tentang soal agama. Antara

Kuala Lumpur Berselawat 1

Nota 1: Maksud Zikir dan Syukur dalam Surah Al-Baqarah : 152 فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلَا تَكْفُرُوْنَ Maksud ay at: Mak a hendaklah kalian mengingati-Ku, nescaya Aku juga akan mengingati kalian, bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kalian ingkar kepada-Ku. Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani (dari Madinah Al Munawwarah) menjelaskan bahawa اذْكُرُونِي itu bermaksud zikir dan ingat kepada Allah, manakala اشْكُرُواْ لِي pula ialah bersyukur di atas ni'mat anugerah Allah dengan mengutuskan Muhammad saw ke dunia ini. - Oleh itu, kita perlu sedar bahawa datangnya Rasul saw kepada kita merupakan ni'mat yang diperintahkan Allah untuk kita mensyukurinya. Allahu Allah... Nota 2: Nama Muhammad disebut 2 kali di dalam Al-Quran. 1. Surah Al-Ahzab: 40 مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً Maksud ayat: Bukanlah Muhammad itu merupakan bapa dari seseorang

Cinta Yang Bisa Menerangkan Cinta...

"Pena selancarnya mentinta apa yang ia tahu, tapi apabila tiba pada menyatakan cinta; ia patah terbelah, kerana tidak mampu. Sekiranya perihal cinta itu jika ditulis beribu-ribu helai pun, tidak akan mampu menghuraikan cinta; kerana hanya Cinta yang bisa menerangkan cinta..."  Maulana Jalaluddin Rumi “Aku banyak berbicara tentang cinta, tapi ketika aku menemukan cinta itu sendiri, malu rasanya kerana yang diperkatakan itu belum apa-apa. Andai saja Allah memberiku 100 nyawa, dan tiap kali aku dibangkitkan untuk berbicara tentang cinta nescaya takkan habis-habis perbicaraannya.” Maulana Jalaluddin ar Rumi

Makan dan Diet Cara Sunnah

Saya membuat sedikit kajian tentang makan dan diet yang berkesan, sihat dan tidak perlu berbelanja lebih. Banyak juga saya temui cara dan info ilmiah berkenaan perkara ini. Namun demikian, saya lebih tertarik cara sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul saw. Ia ringkas tapi ilmiah. Hasil daripada kajian tersebut dapatlah saya merumuskannya seperti berikut. 1. Aturkan cara pemakanan. a) Sarapan: Makan makanan yang berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan aktiviti harian. b) Makan tengah hari: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. c) Makan malam: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Makan malam penting kerana ia akan melambatkan proses penuaan dan dapat menghasilkan tidur yang nyenyak. Rasul saw menganjurkan makan malam walaupun dengan hanya sebiji kurma. 2. Ikut saranan Rasul saw. a) Mempelbagaikan jenis makanan yang bersifat panas dan sejuk. Sebagai contoh: Buah rutob dan tembikai. Ra

Makanan Berkhasiat Warga Tua Sihat

Makan perlu dengan bijak. Untuk terus sihat kita perlu amalkan tabiat makan yang baik. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Di sini saya mahu berkongsi tentang cadangan pemakanan yang baik bagi warga tua. Cadangan ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun kita masih lagi muda, namun kita juga akan menempuhi zaman emas ini jika dipanjangkan usia. Badan sihat otak cerdas, Allah pun suka. Dengan kesihatan yang baik, maka ibadah dapat dilakukan dengan sempurna. Oleh itu, mudah-mudahan tip ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Contoh sajian sehari untuk warga tua sihat: 1. Sarapan: 1 cawan bubur nasi, 1 cawan sudu makan ikan bilis tumbuk dan 1/2 cawan minuman bersusu. 2. Minum pagi: 1 keping roti mil penuh, 1 sudu teh jem, 1 biji pisang dan 1 cawan minuman bersusu. 3. Makan tengahari: 1 cawan nasi, 1 ketul ayam masak kari, 1/2 caw

Hidup Sihat Tanpa Ubat

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:- Meminum air sekurang-kurangnya 30 mililiter per kilogram berat badan anda. Air amat penting untuk badan . Allah berfirman yang bermaksud: ‘Aku jadikan setiap sesuatu yang hidup itu daripada air.’ (Al-Anbiya’: 30). Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk yang hidup. Manusia sendiri dibentuk oleh 70 peratus air. Mencontohi cara minum Rasul saw. Caranya ialah minum secara bertahap. Manfaat utama minum secara bertahap dan perlahan-lahan adalah penyerapan air menjadi bertambah baik. Pastikan anda mendapat gizi seimbang iaitu menggabungkan karbohidrat, lemak, protein, sayur- sayuran, buah-buahan dan susu. Ini kerana pemakanan seimbang merupakan asas kesihatan. Jangan makan sehingga kenyang. Ini sama seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasul saw iaitu bangun sebelum kenyang. Jangan tinggalkan makan malam.

Jom Pakat Jadi Ahli Allah

َعَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ للهِ أَهْلِيْنَ مِنَ النَّاسِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: أَهْلُ القُرْآنِ هُمْ أَهْلُ اللهِ وَخَاصَّتُهُ. رواه النسائي Dari Anas bin Malik ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia.’ Para sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka ya Rasulullah?.’ Baginda saw menjawab: ‘Mereka ialah ahli al Quran, mereka itulah yang merupakan ahli-ahli Allah dan orang-orang-Nya yang istimewa. (Hadith riwayat An Nasai) Fadhilat amal: Berdasarkan kepada hadith di atas jelas memberitahu kepada kita bahawa bergelar ahli quran itu merupakan ni’mat yang amat besar. Dengan mendapat gelaran ini, seseorang itu telah menjadi ahli-ahli Allah dan manusia yang istimewa di sisi-Nya. Apakah maksud bagi gelaran ‘ahli al Quran’? Ahli al Quran ialah mereka yang sentiasa sibuk membaca al Quran dan mempunyai hubungan yang istime

Berblog; Langkah pertama belajar menulis dan berkongsi ilmu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh Salam perkenalan S aya dengan rendah diri memperkenalkan blog saya yang amat sederhana ini. Saya akur bahawa saya bukan penulis ter kenal, tidak juga bijak bermain kata-kata sehingga mampu menarik perhatian pembaca. Namun di atas kesedaran dan kebimbangan terhadap perihal bekalan hidup saya selepas mati, maka saya gagahkan diri ini mewujudkan blog sebagai medan dakwah saya di alam maya. Saya mengharapkan agar perkongsian ilmu sedikit dari saya ini dapat memberi manfaat kepada umat yang dicintai Rasul saw ini. Bak kata hukama': 'Jika kamu tidak mampu melakukan semua perkara, maka jangan dibiarkan semuanya'. Kalau diikutkan rasa terhutang budinya saya kepada Rasul saw yang membawa Islam ini, sudah tentu usaha ini amatlah kecil dan sedikit. Walaupun demikian, bak kata tadi kalau saya hanya mampu melakukan ini sebagai tanda cinta dan terima kasih saya kepada Rasul saw maka saya akan lakukan ia dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah