10 Manfaat Sedekah
Sedekah yang dikeluarkan ketika kita masih hidup, sihat dan dalam keadaan kita juga memerlukannya itu LEBIH BAIK dari sedekah yang dikeluarkan selepas kita meninggal dunia (jadi wasiat) atau hampir ajal atau sedang sakit.
1 dirham (sedikit) yang disedekahkan ketika masih hidup itu jauh lebih baik dari 100 dirham (banyak) ketika sudah meninggal dunia (wasiat). Renungkanlah ...
10 manfaat sedekah, 5 manfaatnya diperoleh di dunia & 5 lagi di akhirat.
# 5 manfaat di dunia;
1. Membersihkan harta.
2. Membersihkan badan dari dosa.
3. Menolak penyakit & bala bencana.
4. Mengembirakan hati orang Islam.
5. Hartanya berkat & rezekinya luas.
# 5 manfaat di akhirat;
1. Mendapat naungan dari panas yang bersangatan.
2. Hisab menjadi mudah & ringan.
3. Timbangan amal kebajikan menjadi berat.
4. Lurus atas Titian Sirat.
5. Menambahkan darjatnya di dalam syurga.
Rujukan dari pengajian KH Muhammad Bakhiet di sini;
https://www.youtube.com/watch?v=F03r7ETbYRc
https://www.youtube.com/watch?v=F03r7ETbYRc
Jangan lepaskan peluang bersedekah di bulan Ramadhan ini. Kerana pahalanya menjadi "berlipatkaliganda" yang tersangat luar biasa.
Wujudkan Tabung Sedekah Subuh dalam rumah anda. Setiap Subuh, masukkan seberapa yang anda mampu. Dengan itu, anda boleh lakukan sedekah setiap hari.
Insya Allah, terima kasih.
ReplyDelete