6 Hal Penting

Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis.

Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini;


1. Tetaplah berada di rumah anda.
Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda.
"Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka".

2. Miliki lidah anda.
Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah anda, anda berkuasa ke atasnya.
"KAWAL dan KUASAI lidah anda".

3. Ambillah apa yang memberi kebaikan buat anda.
Apa sahaja kebaikan, lakukanlah. Ambillah manfaat atas setiap kebaikan itu. Jangan tunda perbuatan baik ke esok hari jika dapat dilakukan pada hari ini. Setiap apa yang anda miliki, tukarkannya menjadi pahala.
"Bercita-cita besar untuk ke syurga Allah".

4. Tinggalkan apa sahaja yang tidak baik buat anda.

5. Hendaklah anda sentiasa MUHASABAH diri sendiri.
"Dari mana aku datang, untuk apa aku di sini & selepas ini aku ke mana?'

6. Jangan ikut orang ramai.
Apa yang salah di sisi syara' maka ia tetap salah walaupun RAMAI yang melakukannya. Oleh itu, jangan ikut buat sebab ramai orang buat. Bahkan tinggalkan perbuatan itu jika ia berlawanan dengan syariat Islam.

#Matan hadis;
الزم بيتك، واملك عليك لسانك، وخذ بما تعرف، ودع ما تنكر، وعليك بأمر خاصة نفسك، ودع عنك أمر العامة.
رواه أحمد وأبوداود والحاكم وصححه ووافقه الذهبي.

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan