Posts

Showing posts with the label Zikir Fikir

6 Hal Penting

Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis. Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini; 1. Tetaplah berada di rumah anda. Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda. "Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka". 2. Miliki lidah anda. Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah ...

11 Pembocor Amalan Soleh

Tahukah anda kewujudan PEMBOCOR pahala amalan soleh kita? Di sini saya kongsikan dengan anda. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang bertaubat kepada Allah & memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa, amin. 11 dosa yang dapat memadamkan amalan soleh; 1. Menutup aurat tetapi perwatakan & pakaian menggoda. 2. Berpenampilan baik tetapi tidak menjaga mata. 3. Solat di awal waktu tetapi tergesa². 4. Baik kepada orang sekeliling tetapi kasar terhadap ahli keluarga. 5. Melayan orang lain dengan baik tetapi setelah mereka beredar anda mengatakan hal yang tidak baik terhadap mrk. 6. Anda melakukan kebajikan tetapi merendahkan & menyakiti hati mereka. 7. Anda bangun solat Tahajjud setiap malam, berpuasa, membaca Al-Quran tetapi memutuskan hubungan silaturrahim. 8. Berpuasa & memelihara makan minum tetapi tidak menjaga mulut & perkataan yang dikeluarkan. 9. Membantu orang lain demi mengharapkan balasan semula, bukan kerana Allah. ...

Pahala & Covid19

Image
Pahala Dalam Menghadapi Musibah. 1. Pahala bagi yang meninggal dunia. Kenapa perlu ada rasa malu jika ayah, ibu, adik, kakak, abang, sanak saudara atau orang kampung anda meninggal dunia disebabkan Covid19? Salah besar jika anda malu. Kenapa? Mari baca hadis ini; "Orang yang mati syahid itu lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” ~ HR al-Bukhari. Mereka mendapat ganjaran mati syahid iaitu syahid akhirat. Mahu apa lagi? Anda sepatutnya rasa bangga & bersyukur, bukan malu. Kita beriman bahawa semua yang hidup pasti akan mati. Dan mereka itu dipilih Allah mati disebabkan wabak & mendapat husnul khatimah. Bukan sembarangan mereka itu. Andai minta mati itu diperbolehkan, sudahku minta mati sebab Covid19 memandangkan besarnya pahala mati seperti itu. Namun minta mati tidak dibenarkan dalam Islam. Jadi anda tidak perlulah berdoa agar Covid19 ziarah ruma...

Belajar Sikap Semut

Image
1. Apakah sikap orang yang beriman? - Sikap orang yang beriman adalah patuh & taat pada setiap perintah Allah. 2. Apakah di antara perintah Allah itu? - Sila buka surah An-Nisa' ayat 9. Terjemahannya di bawah ini; "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, taatlah kalian kepada Rasul & orang yang memegang tampuk kekuasaan di kalangan kalian ..." 3. Apakah yang diperintahkan oleh pihak berkuasa kepada kita pada hari ini? - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 HINGGA 31 MAC 2020. 4. Apakah perintah itu perlu dipatuhi? - Ya, sudah tentu. Kerana perintah itu tidak mengandungi unsur-unsur maksiat yang wajib kita tentangi. Bahkan perintah itu bertujuan menjaga keselamatan diri kita & orang lain. Menjaga nyawa itu wajib. 5. Bagaimana orang beriman perlu menyikapi hal ini? - Perlu mendengar & mematuhi arahan pihak berkuasa agar berada di rumah dan itu merupakan akhlak seorang yang beriman. Dia selamat & orang lain pun turut terselamat. - Juga...

1 Ke Syurga, 1 Ke Neraka... Kenapa?

Image
Sahabat, pernah bertanya soalan seperti ini? »» Soalan: Kenapa terdapat sebahagian manusia itu kufur dan dimasukkan ke dalam neraka, dan sebahagian lagi beriman kemudian dimasukkan ke dalam syurga? Sedangkan semua mereka itu adalah hamba² Allah. Di manakah tanda keadilan Allah? ============================== ◆ Soalan ini pernah ditanya oleh Nabi Musa as kepada Allah. Namun pertanyaan itu bukan menunjukkan bahawa Baginda ragu terhadap keadilan Allah. Tidak sama sekali. Hadaf kepada soalan adalah untuk lebih ma'rifah (mengenal) kepada Allah & untuk menenangkan jiwa Baginda sendiri. Teruskan pembacaannya ya ツ. •► Allah Yang Maha Bijaksana tidak terus memberikan jawapan bahkan mengarahkan Nabi Musa as agar menanam gandum. Maka Nabi Musa menjalankan perintah Allah itu. •► Dimulakan dengan membajak hingga menuai. Setelah dituai, gandumnya disimpan & jeraminya dibakar. •► Lalu Allah berkata: "Wahai Musa, kenapakah gandum engkau simpan & jerami...

Dhomir "Aku", "Kami/Kita" & "Tuhanmu"

Image
Sahabat, Ramadhan Kareem ツ. Saya mahu berkongsi info menarik sepanjang membaca tafsir surah Al-Kahfi ツ". 3 ayat di bawah ini mengazetkan kalam Nabi Khidir as ketika memberi jawapan kepada 3 tindakannya yang dipersoalkan oleh Nabi Musa as. Fokus pada HURUF BESAR, ok ツ. -------------------------------------------------------------- 1. Nabi Musa as menegur perbuatan Nabi Khidir as melubangi perahu. Nabi Khidir as menjelaskan: "Adapun perahu itu adalah milik orang miskin yang bekerja di laut; AKU bermaksud merosakkannya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu." ~ Al-Kahfi: 79. Nabi Khidir menisbahkan "perbuatan merosakkan" itu kepada dirinya -AKU-. Apa yang dapat dipelajari dari ganti nama ini? >>> ADAB. - Perbuatan merosakkan itu tidak layak sama sekali dinisbahkan kepada Allah. Oleh itu, Nabi Khidir as menisbahkannya kepada dirinya sendiri. * Walaupun kita semua beriman bahawa yang baik ...

Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'

Image
Sahabat, saya ada info pengetahuan am untuk dikongsi bersama sempena Ramadhan Kareem ツ". Antara TARGET RAMADHAN saya kali ini ialah khatamkan buku "Persoalan Khilafiyyah..." oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll. Saya namakan buku ini sebagai "NOTA EMAS" kerana nilai ilmunya yang mantap. Soalan demi soalan dijawab dengan hujah yang "kemah keming" kata orang Terengganu ツ. Saya bawakan di sini 3 contoh mengikut bahasa faham saya. Jika anda 'M' untuk membaca kesemuanya, maka bolehlah baca salah satunya dari 3 contoh di bawah. Kemudian baca KESIMPULAN di akhirnya nanti, ok ツ. >>> Kepada yang sukakan info ilmiah... --------------------------------------------------- 1. Kisah Sayyidina Bilal رضي الله عنه. •••► Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم diIsra'Mi'rajkan, Baginda telah mendengar tapak kasut S.Bilal di dalam syurga. Apabila ditanya apakah amalan yang dilakukan oleh S.Bilal. Beliau memberitahu bahawa beliau se...

Menolong Insan Yang Tidak Berupaya

Image
Alhamdulillah, saya telah diingatkan tentang ADAB & AKHLAK ツ. Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian & yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat ad alah orang yang paling baik akhlaknya." ~ HR Imam Tirmidzi rahimahullah. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ----------------------------------------------------------- ✐► Kadang² akan ada nasihat bagi foto seperti ini; "Jika mahu mencari pasangan hidup, maka carilah insan seperti ini." ✐► Namun nasihat daripada diri saya pula adalah seperti ini: "Jika mahu menjadi manusia yang hidup, maka contohilah insan seperti ini. Jiwanya hidup kerana diamalkan akhlak & sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم". •••► Ayuh, jangan harap orang lain berakhlak seperti ini. Akan tetapi ANDALAH yang WAJIB berakhlak seperti ini. Semoga Islam kelihatan indah dari dalam diri kita sendiri, amin.

Cari Rezeki Halal

Image
Sahabat, saya bukan nak berceramah, tapi nak cakap sikiiiiiiiiiit je -‿-. ◆ Saya nak ingatkan jika awak mahu cari kerja, maka carilah kerja yang HALAL di sisi syara'. Kerana rezeki yang halal itu dapat menyebabkan awak selamat dunia, selaaaaamat akhirat ツ". Cuba bayangkan... ◆ Jika seseorang bekerja sebagai pencuri, mana ada aman hidupnya. Asal nampak polis je, berdebar jantungnya walaupun dia sudah kaya ツ. Cuba faham... ◆ Pernah dengar tak kaum Khuza'ah? Ya, kaum Khuza'ah inilah yang merampas bumi Mekah dari kaum Jurhum (penduduk tempatan) di situ. Walaupun lebih 500 tahun memerintah Mekah sekalipun, mereka tetap digelar perampas. Betul kan? Alhamdulillah akhirnya Qusai bin Kilab; salah seorang moyang Baginda صلى الله عليه وسلم dapat mengambil kembali hak mereka & memerintah Mekah dengan aman & bijaksana. ◆ Rezeki yang halal apabila sedikit ia mencukupi. Kalau tak cukup pun, tidak sampai memaksa kita membuat sesuatu yang dilarang Al...

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.

Image
  Warkah buat pendakwah. ❀ ܓ Moto seorang pendakwah---> "Kami seperti doktor, bukan seperti penghukum." ♥ DAKWAH manusia mengenal Allah, mentaati-Nya & mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah TUGAS SEMUA MANUSIA BERAKAL & MUSLIM. ♥ Dakwahlah setakat kemampuanmu, setakat ilmumu & setaraf dengan orang yang diseru olehmu. Namun jangan dilupa untuk sentiasa UPGRADE kualiti diri & dakwah dengan BELAJAR menuntut ILMU AKHIRAT tanpa jemu. ♥ Pandanglah kawanmu yang diseru itu seperti pandangan seorang doktor kepada pesakitnya bukan pandangan penghukum terhadap penjenayah. ♥ Doktor akan berusaha habis²an menyelamatkan pesakit. Manakala penghukum akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan penjenayah ke penjara. ♥ Membetulkan kawanmu yang salah itu dengan cara lembut. Walaupun kadangkala perlukan juga ketegasan namun biarlah ketegasan yang tidak keras tapi menampakkan jati diri & pendirian. Pandanglah dia sebagai kaw...

Atas nama Islam, kita bersaudara...

Image
Siapapun mereka atas nama Islam, maka kita adalah bersaudara. Di dalam Islam kita dianjurkan saling bantu-membantu & berkasih sayang. Apatah lagi terhadap orang² miskin. Berkawan dengan mereka menjadikan diri ini bersyukur, tidak angkuh, hati tenang, belajar sifat tawadhu' & tidak tamak kepada dunia. Jiwa sihat. Teringat kalam Ust Sufian di Bogor bahawa orang yang qana'ah (cukup dengan apa yang ada) & tidak berhajat melebihi keperluan hidupnya itu adalah orang yang kaya. Manakala orang kaya yang masih mahu kaya itu adalah orang yang miskin. Wahai orang kaya, sudahkah kamu berkongsi kekayaanmu di tempat sebenar? Zakat sudah kau tunaikan? Sedekah sudah kau hulurkan? Hadiah sudah kau carikan? Mereka saudaramu, jangan biarkan mereka mati kelaparan disebabkan kebakhilanmu atau kecuaianmu di dalam melaksanakan amanahmu sebagai orang kaya. Saling mengingatkan.

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Image
Sejauh-jauh mata memandang, Sedalam-dalam hati merasakan, Hanya setitik debu yang tertuang, Dalam syair pujian... Lepas hati memandang laut-Mu, Terheran diri pada langit-Mu, Berjuta kata tak cukup untuk, Melukis indah-Mu... * Tafakkur by Opick. Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri... Doa ketika melihat langit;  رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَقنَا عَذَابَ النَّارِ  Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. ~ Al-Imran: 191. --------------------------------------------------------------------------------------- Cerita tentang langit & bintangnya... Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yan...

Allah itu Maha Memahami

Image
♥ Hatiku berkata: "Seseorang yang mengasihi saudaranya kerana Allah tidak akan pernah takut pada sebuah kehilangan." ✉ Aku bertanya: "Bagaimana hal seperti itu boleh berlaku?." ♥ Hatiku menjawab: "Kerana "sebab" tercetus kasihmu itu bersifat kekal . ✉ Aku kehairanan: "Aku masih tidak mengerti." ♥ Hatiku menjelaskan: "Yang kamu kasihi itu makhlu k & sudah tentu ia bersifat baharu & tidak kekal. Namun Allah sebagai Khaliq yang kerana-Nya kamu kasihkan saudaramu itu bersifat kekal selama²nya. Itulah maksudku. ♥ Oleh itu, kamu akan lebih tenan g & bahagia jika kamu mengasihinya kerana Allah. Dan  sesungguhnya kasih seperti itu dapat melapangkan tempatku ini sebagai salah satu anggota penting di dalam badanmu." ✉ Aku muhasabah diri atas bicara hati ini. Kasih kerana Allah sahaja yang membuatkan aku & hatiku bahagia walaupun aku perlu berdepan dengan kehilangan orang yang aku kasihi kerana "...

Semoga aku dikasihi-Mu ya Allah, amin...

Image
"Betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya dekat, namun hakikatnya ia jauh. Dan betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya jauh, namun hakikatnya ia dekat." Saya teringat kata² ini apabila mengimbas kembali situasi antara Murabbi saya Hab ib Ali Al-Jufri & diri saya. 2005- Habib Ali Al-Jufri datang ke UIAM. Dan saya salah seorang pelajar di sana. Jarak <-- saya sudah hampir dengan beliau, namun kerana tiada ikatan ruh, yang dekat menjadi jauh. Saya tidak hadir ke majlis beliau tanpa sesal ketika itu. 2012- Habib Ali Al-Jufri datang lagi Ke UIAM. Dan saya bukan lagi pelajar di sana. Jarak <--- saya sudah berada jauh, namun kerana ikatan ruh, yang jauh menjadi dekat. Alhamdulillah, saya dapat hadir ツ. ✔ Jika dikatakan bahawa rezeki itu perlu dicari, maka benarlah hidayah & kebaikan pun sama. •• ► Akan meneruskan lagi usaha mencari kebaikan yang m embawa redha Allah tanpa kenal erti berhenti kecuali mati, insyaAllah. Sahabat, kita sama² jangan...

Azam Baru Saya...

Image
Apa azam anda pada 1 Muharram 1433H ini???. Saya? ツ. Bismillah... ❀ ܓ Azam tahun baru saya ---> mencari APA sahaja, mendekati SIAPA sahaja & berusaha KE MANA sahaja <--- asalkan semua itu membawa diri ini kepada HUSNUL KHATIMAH (pengakhiran yang baik). Kerana husnul khatimah itulah bukti REDHA ALLAH diperolehi. اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة، آمين Ya Allah, akhirkanlah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, amin. Aja² faiti ツ.

Muharram & Hijrah Rasul saw = "Kaitan Bersempena"

Image
Sahabat, hari ini Ahad 27/11/11 adalah 1 Muharram 1433H. Oleh itu, saya mahu ceritakan beberapa perkara mengenainya ツ; 1. HIJRAH Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlaku pada bulan Rabiu'l Awwal bukan bulan Muharram. 2. Kenapa diketengahkan peristiwa HIJRAH di dalam bulan MUHARRAM? >>> Kerana... ~ Bulan MUHARRAM ---> bulan yang dipilih sebagai bulan PERTAMA dari 12 bulan untuk taqwim Islam. >>> Manakala... ~ Tahun berlaku HIJRAH ---> tahun yang dipilih sebagai tahun PERTAMA untuk taqwim Islam. So, 2 perkara ini ada KAITAN. PERTAMA + PERTAMA = seolah ²   menjadi 1 CERITA ツ. 3. Jika ada di kalangan kita yang tidak tahu pun hal ini bukan sebab salah fakta sejarah, tapi salah peribadi. Di sekolah sekalipun tidak diajar fakta yang salah ini; Hijrah berlaku di bulan Muharram. Namun kita sebenarnya yang tidak ingat fakta yang benar. So, salahkan diri kita sendiri. * Diceritakan PERISTIWA HIJRAH di dalam BULAN MUHARRAM hanyalah BERSEMPENAAN...

"Pegangan" Masyarakat Di Dalam Beramal

Image
~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ Ulama' Pewaris Nabi ~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ Sahabat, macam ni. Saya mahu sentuh tentang I'TIQAD (pegangan) masyarakat dalam beramal. Betul atau tidak KEBANYAKAN masyarakat kita... ~ Mengamalkan sesuatu amalan hanya ---> TAHU & YAQIN bahawa ianya amalan yang ada di dalam Islam, ~ BUKAN mengamalkannya sebagai ---> inilah SUNNAH yang dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Betul kan? Dan inilah PENGALAMAN saya mengajar. ❀ ܓ Hanya SEGELINTIR sahaja yang SENTIASA mencari & mengenalpasti adakah ini SUNNAH Kekasih -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- atau tidak. Kerana dia akan lakukannya bersama ILMU TAHUNYA itu. Mereka dikenali sebagai MUHIBBIN bukan tukang membida'ahkan orang lain. Kedua² golongan di atas tidak salah di dalam pegangan beramal. Menjadi salah apabila; * Mengamalkan sesuatu amalan dengan I'TIQAD bahawa ia amalan yang dilakukan oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, padahal yang sebenarnya tidak demikian. K...

5 Bukti Allah Tidak Mahu Mengazabkan Hamba-Nya

~ Sayyiduna Ali kw berkata: "Allah tidak mahu mengazabkan hamba²-Nya tetapi hamba²-Nya sendiri yang mahu diri mereka diazab." ~ Sahabat² yang lain kehairanan & bertanya: "Wahai Ali, kenapa kamu berkata demikian?". ~ Sayyiduna Ali kw menjawab: "Ada 5 sebab kenapa aku berkata demikian; ✔ ❀>> 1. Allah mengutuskan seorang Rasul sebagai penunjuk jalan menuju redha-Nya. Dia memberi khabar gembira & peringatan. * Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA tidak akan mengutuskan Rasul-Nya, bahkan dibiarkan sahaja mereka di dalam kesesatan. ✔ ❀>> 2. Amalan sunat lebih banyak dari amalan wajib. * Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA akan memberatkan mereka dengan memperbanyakkan amalan wajib hatta mereka tidak mampu melakukannya. Namun itu tidak berlaku, perintah yang wajib hanya sedikit. Contoh; puasa wajib hanya berlaku 1bulan (Ramadhan) sahaja di dalam tempoh 1tahun. ✔ ❀>> 3. Perkara halal lebih banyak ...

Allah Maha Kaya, Kita Fuqara'

Image
Hadis Qudsi: "Harta itu adalah hartaku, dan kamu itu adalah hambaku." المال مالي وأنت عبدي   Apa yang kita miliki adalah hak mutlak Allah. Allah itu Maha Kaya. DIA tidak berhajat kepada harta kita kerana harta kita itu hak mutlak-Nya. So, apa yang Allah mahukan daripada kita? ❀ ܓ Allah tidak mahu harta kita tetapi Allah mahu lihat pahala dari harta yang diberikan-Nya kepada kita. >>> 4 jenis harta; - 1. Sumbernya HARAM & dibelanjakan pada tempat yang HARAM maka ---> HARAM . - 2. Sumbernya HARAM & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HARAM . - 3. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang HARAM maka ---> HARAM . ✔ 4. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HALAL. BERUSAHALAH hanya untuk yang HALALAN TOYYIBAN. Selamat berusaha ツ. Sumber: Kuliah ceramah Ust Kamal Asyaari - Mencari Redha Allah.

Benar itu Jelas, Maka Pastikannya

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا ، أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pembohong apabila dia bercakap segala apa yang didengarinya." ~ Hadis riwayat Imam Muslim rahimahullah. >>> Oleh itu, PASTIKAN terlebih dahulu "kebenaran" sesuatu isu sebelum menyebarkannya. Jangan bercakap di atas cakap² manusia sahaja اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم