Posts

Showing posts with the label Amalan Bersempena

Pengajian Fiqh Puasa

PENGAJIAN FIQH PUASA KITAB MUQADDIMAH AL- HADRAMIYYAH. Penyampai: Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed. Siri 1 : https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158008319179801/ Siri 2: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158012257709801/ Siri 3: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158016043959801/ Siri 4: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158019979104801/ Siri 5: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158023807294801/ Siri 6: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158027549464801/ Siri 7: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158031181714801/ Siri 8: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158034883019801/ Siri 9: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158041872649801/ Siri 10: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158048805489801/ Siri 11; https://www.facebook.com/ustazsyedshahridzan/videos/217549996173688/?t=36 ...

Doa & Niat Menyambut Ramadhan

Image
Tahun 2020M, 1 Ramadhan 1441H jatuh pada tanggal 24 April 2020M hari Jumaat.

Malam Nisfu Sya'ban

Image
Sayidatina Aisyah Radiyallahu’anha berkata (yang bermaksud); “Aku pernah ditinggalkan Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit. Lalu Baginda bertanya: “Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain.  Lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, lalu Dia mengampuni hamba-hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.”  (HR Ibnu Majah, ad Darulquthni & Imam Ahmad). * Bani Kilab ialah antara kabilah yang paling banyak memelihara kambing.

5 Malam Mustajab Doa

Image

Amalan Malam Raya

Image
Sahabat, Eid Mubarak   :) #Jangan   lupa HIDUPKAN MALAM INI dengan amalan soleh. Malam ini adalah antara malam mustajab doa. #Sunnah -sunnah di Hari Raya, antaranya saya tulis secara ringkas; 1. Mandi. Perkara ini boleh dilakukan mulai pertengahan malam, sebelum waktu subuh atau yang lebih utama adalah sesudah waktu subuh iaitu sebelum berangkat ke masjid atau tempat dilaksanakan solat. 2. Membersihkan badan, memakai wangi-wangian, memotong rambut, memotong kuku, berpakaian bersih & baik dll. #Bagi   kaum muslimat, hendaklah berpakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj juga tidak melampau dalam berwangian. 3. Disunnahkan makan SELEPAS selesai melaksanakan solat Hari Raya Aidiladha. Ia berbeza dengan Hari Raya AidilFitri di mana disunnahkan makan sebelum melaksanakan solat. #So   untuk esok, solat dulu baru makan. 4. Bertakbir. 5. Mengungkapkan ucapan hari Raya. Mafhum hadis; "Apabila para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertemu di hari raya...

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Image
Nota ringkas. 1. Kelebihan 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah, Mafhum hadis; "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali l agi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi]. 2. Amalan soleh yang boleh dilakukan; 1. Berpuasa dari 1 Zulhijjah (esok Isnin 130818) hingga 9 Zulhijjah 1439. Andai tidak mampu berturut-turut, maka pilihlah hari Isnin, Khamis, 8 & 9 Zulhijjah. Atau 8 & 9 Zulhijjah. Ataupun sekurang-kurangnya 9 Zulhijjah sahaja yang merupakan hari Arafah di mana ganjaran pahalanya diampunkan dosa setahun yang lalu & setahun yang akan datang. 2. Perbanyakkan takbir, tahmid & zikir-zikir lain spt tasbih, istighfar juga perbanyakkan doa. Lafaz bertakbir. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِ...

Doa Hari Arafah

Image
Esok telah tiba Hari Arafah. Hari yang penuh barakah. Sebaik-baik doa juga adalah pada hari Arafah. Jangan lupa doa ini (lihat foto). Aktiviti esok; 1. Berpuasa. 2. Mohon pengampunan daripada Allah. 3. Mohon pembebasan dari neraka. 4. Perbanyakkan takbir. 5. Perhebatkan amalan-amalan soleh yang lain. Malam esok pula ialah malam Hari Raya. Maka hidupkanlah malamnya dengan beribadah & malam itu juga adalah malam mustajab doa. ~ Puasa hari Arafah, bila? Nak ikut Malaysia atau Arab Saudi? #Dijemput  mendengar & membaca jawapannya di bawah ini; Video ~  https://www.youtube.com/ watch?v=W3R8FxXmf1k Artikel ~  https:// jomfaham.blogspot.com/ search?q=puasa+arafah Saling mengingatkan.

Dilema Rakaat Tarawih

Image
Sikit, banyak? Banyak, sikit? Ramadhan Kareem sahabatツ". A: Malam ni kau nak solat tarawih di mana? B: InsyaAllah di Masjid S.Ali kw. A: Aku ikut cop ツ. B: Jom ツ. A: Oh ya, imamnya ok? Suaranya merdu tak? Berapa rakaat di situ, 8? B: Bagi aku alhamduliLLAH kerana Imam itu seorang yang alim dengan tugasnya sebagai imam. Suaranya pula merdu kerana tajwidnya yang bagus & di situ 20 rakaat tarawih + 3 rakaat witr ツ. A: Alamak! Kau nak solat 20 rakaat ke? B: InsyaAllah. Apasal muka kau lain macam je ni? A: Banyak tu 20 rakaat. 8 sudah ler. B: Banyak ler sebab kau nampak angka "20". Cuba kau fokus pada rahmat & ganjaran Allah di sebalik angka 20 tu. Baru kau akan rasa sikitnyaaaaaaaaa 20 ツ. A: Owh, betul² ◕‿◕. ------------------------------- Sahabat, terpulang nak Solat Tarawih 8 atau 20 rakaat. Yang penting •••► TUNAIKAN SOLAT TARAWIH. Adapun dialog di atas hanya sekadar membangkitkan semangat diri sendiri untuk berusaha ke arah ...

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan

Image
Bacalah zikir ini sepanjang Ramadhan. Ulang & ulang membacanya samada secara perseorangan atau bersama ahli keluarga. # Di dalam zikir ini, terdapat EMPAT kalimah. ~ DUA kalimah mendatangkan redha Allah; 1. Syahadah. أشهد أن لا إله إلا الله Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. 2. Istighfar. أستغفر الله Aku mohon keampunan-Mu ya Allah. ~ DUA kalimah seterusnya ialah apa yang sangat kita perlukan; 1. Mohon masuk syurga Allah. أسألك الجنة As alukal jannah Aku mohon kepada-Mu syurga. 2. Dijauhkan dari neraka. وأعوذبك من النار Wa a'uzubika minan naar. Dan aku berlindung dengan-Mu dari neraka. -------------------------- -------------------------- ✐► Satu hal yang merugikan apabila tidak "memperbanyakkan berdoa" ketika berpuasa & berbuka.

Plan Ramadhan 1433H

Image
  Ramadhan semakin hampir. Sangat² hampir. Semoga kita terpilih menjalani ibadah puasa kali ini dengan sebaik mungkin, amin. Peringatan bersama secara ringkas; ◆ 1. Niat. Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala. --------------------------------------------------------- ◆ 2. Bulan Ramadhan bulan; •-• Al-Quran ---> Khatam sekurang²nya 1 kali. •-• Sedekah ---> Hulurkan bantuan mengikut kemampuan. •-• Qiamulail ---> Bangun malam walaupun hanya 2 rakaat. •-• Kesabaran ---> Allah bersama dengan orang yang sabar. •-• Ibadah ---> Semangat untuk beramal seperti berzikir, bersalawat dll. --------------------------------------------------------- ◆ 3. Solat fardhu berjemaah. ◆ 4. Solat sunat tarawih samada 8 atau 20 rakaat (jangan bergaduh, yang penting buat). ◆ 5. Sahur & berbuka. Ingat! Bulan ini bukan bulan membazir di Bazar Ramadhan. ----------------------------------------------------...

Amalan Di Bulan Muharram

Image
Muharram semakin hampir... 1 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011 ♫ 1 Muharram detik permulaan, ♫ Perkiraan tahun Islam Hijrah, ♫ Perpindahan Nabi & umat Islam , ♫ Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. ♫ Atas keyakinan & Iman yang teguh, ♫ Kaum Muhajirin & ِAnsor bersatu, ♫ Rela berkorban harta & nyawa, ♫ Demi menegakkan Islam tercinta. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم >>> Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram; ☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa. ☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'. ☑ Menyapu kepala anak yatim. ☑ Bercelak mata pada waktu malam. ☑ Menambah perbelanjaan keluarga. ☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ * Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong. Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

Amalan 1-10hb Zulhijjah

Image
✿ ܓ Juma'at 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432. >>> Allahu Allah, ini bermakna hari² terbaik sudah tiba ◕‿  ◕. ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (AlhamduLillah)." ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berkata: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah." Antara amalan² yang dianjurkan; ✔ > 1 - 8hb = Sunat berpuasa. ✔ > 8hb = Hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah. ✔ > 9hb (hari wuquf) = Hidupkan malamnya dengan ibadah, orang yang tidak kerjakan haji disunatkan berpuasa & membaca surah Al-Ikhlas 1ribu kali. ✔ > 10hb (Raya Aidiladha) = Solat sunat raya, membaca takbir & melakukan ibadah korban. * Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat. Sama² selamat beramal, insyaAllah ok ツ. سبحان ...