Posts

Showing posts from August, 2018

Amalan Malam Raya

Image
Sahabat, Eid Mubarak   :) #Jangan   lupa HIDUPKAN MALAM INI dengan amalan soleh. Malam ini adalah antara malam mustajab doa. #Sunnah -sunnah di Hari Raya, antaranya saya tulis secara ringkas; 1. Mandi. Perkara ini boleh dilakukan mulai pertengahan malam, sebelum waktu subuh atau yang lebih utama adalah sesudah waktu subuh iaitu sebelum berangkat ke masjid atau tempat dilaksanakan solat. 2. Membersihkan badan, memakai wangi-wangian, memotong rambut, memotong kuku, berpakaian bersih & baik dll. #Bagi   kaum muslimat, hendaklah berpakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj juga tidak melampau dalam berwangian. 3. Disunnahkan makan SELEPAS selesai melaksanakan solat Hari Raya Aidiladha. Ia berbeza dengan Hari Raya AidilFitri di mana disunnahkan makan sebelum melaksanakan solat. #So   untuk esok, solat dulu baru makan. 4. Bertakbir. 5. Mengungkapkan ucapan hari Raya. Mafhum hadis; "Apabila para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertemu di hari raya, sebahagian m

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Image
Nota ringkas. 1. Kelebihan 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah, Mafhum hadis; "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali l agi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi]. 2. Amalan soleh yang boleh dilakukan; 1. Berpuasa dari 1 Zulhijjah (esok Isnin 130818) hingga 9 Zulhijjah 1439. Andai tidak mampu berturut-turut, maka pilihlah hari Isnin, Khamis, 8 & 9 Zulhijjah. Atau 8 & 9 Zulhijjah. Ataupun sekurang-kurangnya 9 Zulhijjah sahaja yang merupakan hari Arafah di mana ganjaran pahalanya diampunkan dosa setahun yang lalu & setahun yang akan datang. 2. Perbanyakkan takbir, tahmid & zikir-zikir lain spt tasbih, istighfar juga perbanyakkan doa. Lafaz bertakbir. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِ