Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...
Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu ² rahmat-Mu buatku). Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam). ~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah. •• ► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki. ★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya. Ketika masuk; بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ الل...