Posts

Showing posts from 2020

SEPULUH Kelebihan Solat Malam

  1. Dekat dengan Allah. 2. Menghapuskan dosa-dosa. 3. Terhindar dari dosa. 4. Dijauhkan dari penyakit (yang dapat mengganggu ibadah). 5. Itulah sebuah kemuliaan bagi seorang mu'min. 6. Mengusir/menolak dari jin. 7. Tanda dicintai Allah. 8. Masuk syurga tanpa hisab. 9. Mendapat pahala yang besar. 10. Tercapai apa yang diinginkan & terselamat dari apa yang menakutkan. Dipetik dari kuliah KH Muhammad Bakhiet hafizahullah di sini; https://www.youtube.com/watch?v=o7sNkW1GFTU

6 Hal Penting

Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis. Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini; 1. Tetaplah berada di rumah anda. Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda. "Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka". 2. Miliki lidah anda. Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah

5 Amalan Rutin Setiap Hari

Setiap hari AMALKAN 5 perkara ini; 1. Solat sunat (di siang hari & malamnya). 2. Membaca Al-Quran. 3. Menuntut ilmu.  4. Zikir & salawat. 5. Tafakkur. LIMA amalan di atas ini adalah saranan daripada Imam Abdullah al-Haddad rahimahullah. Semua amalan ini mampu dilakukan oleh SEMUA orang samada dia kaya, miskin, tua, muda, sihat atau sakit.

Peperangan Badr

Kisah Peperangan Badr secara ringkas oleh Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid hafizahullah. Setiap video di bawah hanya berdurasi pendek sahaja. Jom dengar di hari Jumaat tentang sirah yang mulia ini. 1.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/638966703320283/?t=59 2.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/2641629846108419/?t=5 3.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/2678737635681174/?t=5 4.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/248892562981921/?t=2 5.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/850298018823961/?t=2 6.  https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/718057159024211/?t=7 Semoga kita termasuk golongan yang mencintai Rasulullah solla Allahu alaihi wa sallam, kaum Muhajirin & Ansor, amin. # Jom  sahabat, perbanyakkan SALAWAT di hari Jumaat 15 Ramadhan 1441H ini. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

11 Pembocor Amalan Soleh

Tahukah anda kewujudan PEMBOCOR pahala amalan soleh kita? Di sini saya kongsikan dengan anda. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang bertaubat kepada Allah & memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa, amin. 11 dosa yang dapat memadamkan amalan soleh; 1. Menutup aurat tetapi perwatakan & pakaian menggoda. 2. Berpenampilan baik tetapi tidak menjaga mata. 3. Solat di awal waktu tetapi tergesa². 4. Baik kepada orang sekeliling tetapi kasar terhadap ahli keluarga. 5. Melayan orang lain dengan baik tetapi setelah mereka beredar anda mengatakan hal yang tidak baik terhadap mrk. 6. Anda melakukan kebajikan tetapi merendahkan & menyakiti hati mereka. 7. Anda bangun solat Tahajjud setiap malam, berpuasa, membaca Al-Quran tetapi memutuskan hubungan silaturrahim. 8. Berpuasa & memelihara makan minum tetapi tidak menjaga mulut & perkataan yang dikeluarkan. 9. Membantu orang lain demi mengharapkan balasan semula, bukan kerana Allah.

10 Manfaat Sedekah

Sedekah yang dikeluarkan ketika kita masih hidup, sihat dan dalam keadaan kita juga memerlukannya itu LEBIH BAIK dari sedekah yang dikeluarkan selepas kita meninggal dunia (jadi wasiat) atau hampir ajal atau sedang sakit. 1 dirham (sedikit) yang disedekahkan ketika masih hidup itu jauh lebih baik dari 100 dirham (banyak) ketika sudah meninggal dunia (wasiat). Renungkanlah ... 10 manfaat sedekah, 5 manfaatnya diperoleh di dunia & 5 lagi di akhirat. # 5 manfaat di dunia; 1. Membersihkan harta. 2. Membersihkan badan dari dosa. 3. Menolak penyakit & bala bencana. 4. Mengembirakan hati orang Islam. 5. Hartanya berkat & rezekinya luas. # 5 manfaat di akhirat; 1. Mendapat naungan dari panas yang bersangatan. 2. Hisab menjadi mudah & ringan. 3. Timbangan amal kebajikan menjadi berat. 4. Lurus atas Titian Sirat. 5. Menambahkan darjatnya di dalam syurga. Rujukan dari pengajian KH Muhammad Bakhiet di sini; https://www.youtube.com/watch?v=F03r7E

Pengajian Fiqh Puasa

PENGAJIAN FIQH PUASA KITAB MUQADDIMAH AL- HADRAMIYYAH. Penyampai: Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed. Siri 1 : https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158008319179801/ Siri 2: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158012257709801/ Siri 3: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158016043959801/ Siri 4: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158019979104801/ Siri 5: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158023807294801/ Siri 6: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158027549464801/ Siri 7: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158031181714801/ Siri 8: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158034883019801/ Siri 9: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158041872649801/ Siri 10: https://www.facebook.com/syed.shahridzan/videos/10158048805489801/ Siri 11; https://www.facebook.com/ustazsyedshahridzan/videos/217549996173688/?t=36

Doa & Niat Menyambut Ramadhan

Image
Tahun 2020M, 1 Ramadhan 1441H jatuh pada tanggal 24 April 2020M hari Jumaat.

Pahala & Covid19

Image
Pahala Dalam Menghadapi Musibah. 1. Pahala bagi yang meninggal dunia. Kenapa perlu ada rasa malu jika ayah, ibu, adik, kakak, abang, sanak saudara atau orang kampung anda meninggal dunia disebabkan Covid19? Salah besar jika anda malu. Kenapa? Mari baca hadis ini; "Orang yang mati syahid itu lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” ~ HR al-Bukhari. Mereka mendapat ganjaran mati syahid iaitu syahid akhirat. Mahu apa lagi? Anda sepatutnya rasa bangga & bersyukur, bukan malu. Kita beriman bahawa semua yang hidup pasti akan mati. Dan mereka itu dipilih Allah mati disebabkan wabak & mendapat husnul khatimah. Bukan sembarangan mereka itu. Andai minta mati itu diperbolehkan, sudahku minta mati sebab Covid19 memandangkan besarnya pahala mati seperti itu. Namun minta mati tidak dibenarkan dalam Islam. Jadi anda tidak perlulah berdoa agar Covid19 ziarah ruma

Malam Nisfu Sya'ban

Image
Sayidatina Aisyah Radiyallahu’anha berkata (yang bermaksud); “Aku pernah ditinggalkan Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit. Lalu Baginda bertanya: “Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain.  Lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, lalu Dia mengampuni hamba-hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.”  (HR Ibnu Majah, ad Darulquthni & Imam Ahmad). * Bani Kilab ialah antara kabilah yang paling banyak memelihara kambing.

Belajar Sikap Semut

Image
1. Apakah sikap orang yang beriman? - Sikap orang yang beriman adalah patuh & taat pada setiap perintah Allah. 2. Apakah di antara perintah Allah itu? - Sila buka surah An-Nisa' ayat 9. Terjemahannya di bawah ini; "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, taatlah kalian kepada Rasul & orang yang memegang tampuk kekuasaan di kalangan kalian ..." 3. Apakah yang diperintahkan oleh pihak berkuasa kepada kita pada hari ini? - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 HINGGA 31 MAC 2020. 4. Apakah perintah itu perlu dipatuhi? - Ya, sudah tentu. Kerana perintah itu tidak mengandungi unsur-unsur maksiat yang wajib kita tentangi. Bahkan perintah itu bertujuan menjaga keselamatan diri kita & orang lain. Menjaga nyawa itu wajib. 5. Bagaimana orang beriman perlu menyikapi hal ini? - Perlu mendengar & mematuhi arahan pihak berkuasa agar berada di rumah dan itu merupakan akhlak seorang yang beriman. Dia selamat & orang lain pun turut terselamat. - Juga