Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...


Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: 

    اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
(Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu² rahmat-Mu buatku). 

Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: 

اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
(Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam).

~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah.

••► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki.

★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya.

Ketika masuk;

بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ اللهم اغفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Dengan nama Allah, salam ke atas Rasulillah. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa²ku dan bukakanlah pintu² rahmat-Mu buatku.

Ketika keluar;

بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ اللهم اغفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ
Dengan nama Allah, salam ke atas Rasulillah. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa²ku dan bukakanlah pintu² kelebihan-Mu buatku.

★ Hadis riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah.

* Catatan talaqqi di Bogor Disember 271211 – bacaan kitab hadis Sohih Ibn Majah.

Comments

Popular posts from this blog

Perjuangan itu Memerlukan Jiwa Yang Tabah

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.