Belajar Sikap Semut
1. Apakah sikap orang yang beriman?
- Sikap orang yang beriman adalah patuh & taat pada setiap perintah Allah.
2. Apakah di antara perintah Allah itu?
- Sila buka surah An-Nisa' ayat 9. Terjemahannya di bawah ini;
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah, taatlah kalian kepada Rasul & orang yang memegang tampuk kekuasaan di kalangan kalian ..."
3. Apakah yang diperintahkan oleh pihak berkuasa kepada kita pada hari ini?
- PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 HINGGA 31 MAC 2020.
4. Apakah perintah itu perlu dipatuhi?
- Ya, sudah tentu. Kerana perintah itu tidak mengandungi unsur-unsur maksiat yang wajib kita tentangi. Bahkan perintah itu bertujuan menjaga keselamatan diri kita & orang lain. Menjaga nyawa itu wajib.
5. Bagaimana orang beriman perlu menyikapi hal ini?
- Perlu mendengar & mematuhi arahan pihak berkuasa agar berada di rumah dan itu merupakan akhlak seorang yang beriman. Dia selamat & orang lain pun turut terselamat.
- Juga JAGA LIDAH jangan asyik menyalahkan orang lain. Muhasabah diri sendiri patut diperbanyakkan.
Marilah kita belajar dari sikap SEMUT dalam surah an-Naml ayat 18. Subhana Allahi wa bihamdih.
~ PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sempena ujian Covid19 diteruskan kali ke2 bermula 18 Mac hingga 14 April 2020.
-----------------------------------------------
Terjemahan foto;
Ketika permaisuri semut menjangkakan bahawa adanya bahaya yang akan menimpa penduduk kampungnya, ia segera mengeluarkan titah; "Masuklah kalian ke dalam rumah-rumah kalian".
Apakah kita tidak mahu mengambil pelajaran dari kisah-kisah Al-Quran???.

Comments
Post a Comment