Malam Nisfu Sya'ban
Sayidatina Aisyah Radiyallahu’anha berkata (yang bermaksud); “Aku pernah ditinggalkan Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit.
Lalu Baginda bertanya: “Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain.
Lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, lalu Dia mengampuni hamba-hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.”
(HR Ibnu Majah, ad Darulquthni & Imam Ahmad).
* Bani Kilab ialah antara kabilah yang paling banyak memelihara kambing.
Comments
Post a Comment