Atas nama Islam, kita bersaudara...

Siapapun mereka atas nama Islam, maka kita adalah bersaudara. Di dalam Islam kita dianjurkan saling bantu-membantu & berkasih sayang. Apatah lagi terhadap orang² miskin.

Berkawan dengan mereka menjadikan diri ini bersyukur, tidak angkuh, hati tenang, belajar sifat tawadhu' & tidak tamak kepada dunia. Jiwa sihat.

Teringat kalam Ust Sufian di Bogor bahawa orang yang qana'ah (cukup dengan apa yang ada) & tidak berhajat melebihi keperluan hidupnya itu adalah orang yang kaya. Manakala orang kaya yang masih mahu kaya itu adalah orang yang miskin.

Wahai orang kaya, sudahkah kamu berkongsi kekayaanmu di tempat sebenar? Zakat sudah kau tunaikan? Sedekah sudah kau hulurkan? Hadiah sudah kau carikan? Mereka saudaramu, jangan biarkan mereka mati kelaparan disebabkan kebakhilanmu atau kecuaianmu di dalam melaksanakan amanahmu sebagai orang kaya. Saling mengingatkan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan