Amalan Malam Raya

Sahabat, Eid Mubarak 

#Jangan lupa HIDUPKAN MALAM INI dengan amalan soleh. Malam ini adalah antara malam mustajab doa.

#Sunnah-sunnah di Hari Raya, antaranya saya tulis secara ringkas;

1. Mandi.

Perkara ini boleh dilakukan mulai pertengahan malam, sebelum waktu subuh atau yang lebih utama adalah sesudah waktu subuh iaitu sebelum berangkat ke masjid atau tempat dilaksanakan solat.

2. Membersihkan badan, memakai wangi-wangian, memotong rambut, memotong kuku, berpakaian bersih & baik dll.

#Bagi kaum muslimat, hendaklah berpakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak bertabarruj juga tidak melampau dalam berwangian.

3. Disunnahkan makan SELEPAS selesai melaksanakan solat Hari Raya Aidiladha. Ia berbeza dengan Hari Raya AidilFitri di mana disunnahkan makan sebelum melaksanakan solat.

#So untuk esok, solat dulu baru makan.

4. Bertakbir.

5. Mengungkapkan ucapan hari Raya.

Mafhum hadis; "Apabila para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)".
-----------------------------------

Sahabat, Selamat Hari Raya Aidiladha 1439,
Salah silap mohon dimaafkan .

عيدُ أضحىً مبارك
تقبل الله طاعتكم وكل عام وأنتم بخير


Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan