Amalan Di Bulan Zulhijjah


Nota ringkas.


1. Kelebihan 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah,

Mafhum hadis; "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

[HR: Ahmad, At-Tirmizi].

2. Amalan soleh yang boleh dilakukan;

1. Berpuasa dari 1 Zulhijjah (esok Isnin 130818) hingga 9 Zulhijjah 1439. Andai tidak mampu berturut-turut, maka pilihlah hari Isnin, Khamis, 8 & 9 Zulhijjah. Atau 8 & 9 Zulhijjah. Ataupun sekurang-kurangnya 9 Zulhijjah sahaja yang merupakan hari Arafah di mana ganjaran pahalanya diampunkan dosa setahun yang lalu & setahun yang akan datang.

2. Perbanyakkan takbir, tahmid & zikir-zikir lain spt tasbih, istighfar juga perbanyakkan doa.

Lafaz bertakbir.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد
3. Memperbanyakkan amalan soleh.

Ianya seperti solat, sedekah, membaca al-Quran, amar ma'ruf nahi munkar dll. Amalan yang dilakukan di hari-hari 10 pertama bulan Zulhijjah ini akan dilipatgandakan pahalanya kerana ia merupakan hari-hari terbaik.

4. Bertaubat.

Kembalilah kepada Allah & bertaubatlah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat.

5. Melaksanakan ibadah qurban.

Antara fadhilatnya;

Mafhum hadis “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya. Dan sesungguhnya darah binatang qurban tersebut akan sampai kepada (redha) Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Oleh itu, bersihkanlah hati kalian ketika berqurban".

[HR at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim]

6. Menunaikan haji & umrah.



Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan