Hidup Sihat Tanpa Ubat
- Meminum air sekurang-kurangnya 30 mililiter per kilogram berat badan anda. Air amat penting untuk badan .
Allah berfirman yang bermaksud: ‘Aku jadikan setiap sesuatu yang hidup itu daripada air.’ (Al-Anbiya’: 30). Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk yang hidup. Manusia sendiri dibentuk oleh 70 peratus air.
- Mencontohi cara minum Rasul saw. Caranya ialah minum secara bertahap. Manfaat utama minum secara bertahap dan perlahan-lahan adalah penyerapan air menjadi bertambah baik.
- Pastikan anda mendapat gizi seimbang iaitu menggabungkan karbohidrat, lemak, protein, sayur- sayuran, buah-buahan dan susu. Ini kerana pemakanan seimbang merupakan asas kesihatan.
- Jangan makan sehingga kenyang. Ini sama seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasul saw iaitu bangun sebelum kenyang.
- Jangan tinggalkan makan malam. Nabi saw bersabda: ‘Jangan tinggalkan makan malam. Nanti engkau cepat tua.’ Sebaik-baiknya makan 2 jam sebelum tidur. Kepada mereka yang diet ambillah keberkatan makan malam walaupun dengan sebiji kurma. Boleh juga diganti dengan sayur-sayuran ataupun buah-buahan.
- Solat sebelum tidur membantu pencernaan dan mencegah penggumpalan makanan di dalam perut yang mengakibatkan serangan jantung.
Sama-sama mencuba dan mengamalkannya, InsyaAllah ;-)
- Hasil pembacaan dari buku ‘365 gaya hidup sihat Rasulullah saw’ oleh Dr.Mohammad Ali Thoha.