بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

ummumuhammadmenulis...

31 October 2011

Zikir Mudah


Bila terima ni'mat = الحمد لله.

Bila terima musibah =إنا لله وإنا إليه راجعون .

Bila melihat keindahan =سبحان الله.

Bila tiada kekuatan =لا حول ولا قوة إلا بالله

Bila ingat Allah = لا إله إلا الله.

Bila ingat Rasul saw =اللهم صل وسلم عليه .

Bila melakukan dosa =أستغفر الله .

Bila dibantu orang =جزاك الله خير الجزاء .

Bila bersalah terhadap seseorang = آسفة

Bila sukakan seseorang =أنا أحبك

Bila berjanji = إن شاء الله

Bila bersin = الحمدلله >>> bila mendengar ucapan itu sebutlah = يرحمك الله >>> bila mendengar ucapan itu ucapkanlah = يهدينا ويهديكم الله ويصلح بالكم

Bila melihat sesuatu yang tidak elok =أعوذ بالله من ذلك .

30 October 2011

Ilmu Mauhub


Anda tahu tak apa itu ilmu Mauhub?

>>> Ya, ilmu kurniaan Allah kepada hamba²-Nya yang tertentu.

Adakah anda mampu mendapatkan ilmu ini?

Jawapannya---> Ya, anda MAMPU memilikinya ツ.

--------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------
Mafhum kata² Imam Suyuthi rahimahullah: "Kamu mungkin menganggap bahawa memperoleh ilmu ini adalah di luar kemampuan seseorang. Namun hakikatnya bukan demikian. Ia boleh dihasilkan melalui beberapa asbab. Antara asbab di mana Allah telah menjanjikan ilmu tersebut ialah beramal dengan ilmu yang telah diketahui, tidak cintakan dunia dll."

من عمِل بما علِم ورَّثه اللهُ عِلْمَ ما لم يعْلَمْ
Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.
--------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------

Jom amalkan ilmu yang ada ◕ ‿ ◕.

العِلْمُ بلا عملِ كالسيََّارةِ بلا سَتِرِيْنْ
Tidak perlu diterjemah hihi (-‿-)

29 October 2011

dc Dan Kliennya ツ


Suatu hari dc bersama 'klien'nya. Bukan alien tapi klien, ehem² ^‿^.
~ Cewaah, dc sedang perasan & berlagak sebagai motivator ツ.

MESTI BACA tapi tak paksa (◕‿◕).

Dialog bermula--->1 2 3 action...

♂ Klien: "Cik dc, kenapa saya gagal dalam hidup? Saya sedih kerana Allah tidak membantu saya. Saya sering diuji oleh-Nya. Kenapa?" ~ sambil menangis.

♥ dc: "Kenapa ukhti cakap begitu? Bukankah Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kadar kemampuannya. DIA sama sekali tidak pernah berlaku zalim."

♂ Klien: "Saya bukan seorang yang engkar pada hukum²-Nya. Saya tunaikan solat, saya berpuasa dll ibadah saya lakukan. Namun saya tetap diuji-Nya. Kadang² saya rasa seperti malas untuk berdoa kepada-Nya kerana saya sudah putus asa dengan-Nya." ~ makin kuat tangisannya. dc cool je ^‿^.

♥ dc: "Astaghfirullah, tak baik ukhti berkata demikian. Allah itu sangat menyayangi hamba²-Nya. DIA selalu sedarkan ukhti tetapi ukhti terhijab dengan teguran itu."

>>> dc berfikir sejenak. Kemudian meneruskan bicaranya.

♥ dc: "Tahukah bahawa ukhti telah menggunakan Allah untuk kepentingan peribadi ukhti???."

♂ Klien: "Cik dc cakap elok² sikit. Saya tak pernah guna Allah. Kenapa Cik dc cakap seperti itu?" ~ sedikit geram nadanya.

♥ dc: "Kerana ukhti tidak ikhlas dalam mencintai Allah, tidak ikhlas beribadah kepada-Nya. Ukhti beribadah kerana ukhti mahukan sesuatu, kan."

♂ Klien: "Bukti?".

♥ dc: "Ukhti merasa putus asa dengan rahmat Allah. Ukhti beribadah kepada-Nya tanpa mengenal-Nya. Sebagai contoh> kenapa ukhti solat Dhuha? Kerana mahu laris jualan ukhti kan. So bila je bisnes tak laris, ukhti pun kecewa. Akhirnya ukhti tidak lagi solat Dhuha. Itulah tandanya ukhti beribadah hanya mahukan urusan dunia ukhti dipermudahkan Allah".

♂ Klien: (Diam lantas memeluk dc dengan tangisan kesal).

>>> Alhamdulillah ツ. 


Wa Allahu a'lam. The End...

28 October 2011

Amalan 1-10hb Zulhijjah

✿ ܓ Juma'at 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432.

>>> Allahu Allah, ini bermakna hari² terbaik sudah tiba ◕‿  ◕.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (AlhamduLillah)."

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berkata: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah."

Antara amalan² yang dianjurkan;

✔ > 1 - 8hb = Sunat berpuasa.

✔ > 8hb = Hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah.

✔ > 9hb (hari wuquf) = Hidupkan malamnya dengan ibadah, orang yang tidak kerjakan haji disunatkan berpuasa & membaca surah Al-Ikhlas 1ribu kali.

✔ > 10hb (Raya Aidiladha) = Solat sunat raya, membaca takbir & melakukan ibadah korban.

* Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat.

Sama² selamat beramal, insyaAllah ok ツ.

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

27 October 2011

Ubai bin Kaa'b, Seluruh Hidupnya Dengan Salawat


❀ ܓ Sayyiduna Ubai bin Kaa'b berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah orang yang sering memperbanyakkan salawat ke atasmu. Berapa banyakkah salawat yang harus aku ucapkan buatmu?".

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu."

☆ Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika 1/4 dari kehidupanku?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku terus bertanya: "Bagaimanakah jika setengah?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku berkata: "Bagaimana jika 2/3?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku bertanya lagi: "Aku ingin menjadikan SELURUH KEHIDUPANKU untuk BERSALAWAT ke atasmu?.

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Kalau begitu, keinginanmu akan disempurnakan dan dosamu akan diampunkan."

~ Hadis riwayat Imam Tirmidzi & Al-Hakim.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

26 October 2011

MALU itu SIFATMU wahai MUSLIMAH

 ♥ POHON SEMALU.

>>> Tertarik dengan pengajaran buat kaum wanita yang boleh diambil daripada ciptaan Allah ini:

❀ 1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan MALU (pada tempatnya).

❀ 2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang MUSLIMAH.

❀ 3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai KETERIKATAN yang sangat kuat dengan Allah Taala.

❀ 4. Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu sebaik-baik wanita ialah yang sentiasa berada DI RUMAH tatkala malam menjelma.

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~

✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Hendaklah kamu berbuat baik kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya selengkung²nya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau kamu cuba meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya dan jikalau kamu biarkan sahaja, maka ia akan tetap lengkung selama²nya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu." (Muttafaqun 'alaih).

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah sebaik² contoh insan yang berbuat baik kepada kaum wanita. Berbuat baik kepada kaum wanita itu syiar seorang lelaki yang sebenar.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

25 October 2011

Kisah Syibli Pembesar Sufi

♥ Kisah menarik tentang salawat...

>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakr ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakr memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.

★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakr menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;

قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.

✿ ܓ Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.

Jom kita amal ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

* Cerita ini saya ringkaskan dari buku Fadhilat Salawat oleh Abu Al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani rahimahuLLAH.

24 October 2011

Pohon Yang Dirahmati

~ Tahukah anda pohon apakah ini?

❀ ܓ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~

Sedikit sejarah mengenainya...

♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

♥ ܓ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Via Fattabiouni Malaysia.

23 October 2011

Terharu T_T


~ Tahanan yang dibebaskan "Rawhi Mushtaha" menemui isterinya "Raida Swidan" selepas 30 tahun penantian. Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahwa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa.

Via Aqsa Syarif.


* Berlaku pada Jumaat 21.10.2011.

22 October 2011

Dalam Hati Ada Taman

~:♥::~ "Dalam hati ada taman." ~:♥::~

>>> Saya suka ungkapan ini (◕‿  ◕). Walaubagaimanapun setiap orang memahaminya dengan makna yang berbeza.

♥ Adapun bagi saya, ia menggambarkan seseorang yang memiliki sekeping hati yang ceria & menghargai sebuah kehidupan.

❀ ܓ Bayangkan "sebuah taman". Ia pasti indah, kan. Suasananya yang tenang & mendamaikan. Angin bertiup sepoi² bahasa. Bunyi desiran air yang mententeramkan. Ikan² berlarian keseronokan & burung² berkicauan kegembiraan. Tanaman yang menghijau. Bunga² yang kembang mekar. Buah²an yang masak ranum ditambah pula terdapat peti aiskrim yang lazat, errrk (^‿*). Allah Allah, indahnya ツ.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Jika demikian indahnya taman di hatimu, maka sebarkan aura keindahannya itu kepada orang yang berada disekelilingmu. Imaginasilah keindahan, mudah²an ia bertapak di dunia nyatamu. Hakazal bustan -dc ツ.

21 October 2011

1 Kejayaan

Apakah ukuran bagi sebuah kejayaan?

♂ Ok², saya memang suka bertanya, kan. Haaaa, itu menandakan saya memang bercakap denganmu ◕‿  ◕. Ok, berbalik kepada soalan.

* Apakah dikira SATU KEJAYAAN;

~ Apabila cita²mu menjadi kenyataan? ---> Geleng kepala.

~ Apabila kamu berjaya menjadi jutawan aiskrim? ◕‿  ◕ ---> Geleng kepala.

~ Apabila kamu mampu membina mahligai terbesar di dunia? ---> Geleng kepala.

---> Ya, itu memang kejayaan tapi belum sampai ke kemuncaknya lagi.

✔ >>> KEJAYAAN yang SEBENAR ialah apabila kakimu terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka & kamu mampu melangkah masuk ke dalam syurga dengan gayanya. Itulah KEJAYAAN, Allahu Allah.

اللهم اجعلنا من المفلحين، آمين
Ya Allah jadikanlah kami daripada kalangan orang² yang berjaya, amin.

Untuk mudah menuju jalan ke syurga, TUNTUTLAH ILMU ツ
.

20 October 2011

Jangan Tidur hihi...

AWAS!!! ---> Cool sahabat ya ^‿^,

Nak haba' mai...

>>> Elakkan tidur dari 3 waktu ini;

✔ 1. Selepas Subuh - hilang keberkahan.
✔ 2. Selepas Asar - hilang kewarasan.
✔ 3. Selepas Maghrib - hilang peluang mendapat kebaikan² yang disediakan di waktu ini.

Jangan tidur ツ.

19 October 2011

Bunga Oh Bunga...


Sahabat, saya bercadang mahu berkebun dengan lebih serius. Cewah ~ ツ. Waah, saya rasa seolah² macam orang sedang jatuh cinta (tapi saya belum pernah jatuh cinta). Hanya menjangkakan sahaja 'perasaan' itu ◕‿  ◕. Jatuh hati? Emmm, wa Allahu a'lam.

>>> Dan saya mahu membeli alat² kelengkapan bercucuk tanam untuk mengikat tali perhubungan setiakawan dengan bunga² dan pokok² kecil yang saya tak kenal depa dan depa maybe kenal saya. Haha, saya tahu saya teruk ツ.

♥ Semua ni gara² Bunga Mawar Putih, Bunga Mawar Pink dan Pohon Mumtazah saya, semua tumbuhan² lain yang ada di sekeliling mendapat barakahnya. Ni agaknya syafaat kan, Allahu Allah ツ.

❀ ܓ Di sini saya mahu mengajakmu agar sama² kita makmurkan bumi Allah ◕‿  ◕. BEST dan ia merupakan aktiviti yang sihat lebih² lagi untuk orang tua seusia saya (35tahun) (^‿^). Tumbuh²an itu akan turut mendoakanmu. Jom ツ.

☆ Melihat depa akan membawamu mengingati Allah bahawa DIA Berkuasa mengADAkan apa yang TIADA & menTIADAkan apa yang ADA. Yang Kekal hanya ALLAH, Allahu Robbi.

Hakazal hayal -dc ツ.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

18 October 2011

Alhamdulillah

Kisah bunga ❀ ♥ ✿ ~ツ.

❀ ܓ Bunga Mawar Putih saya sedang mengalami musim luruhnya. Hakazal hayah, tiada yang kekal kecuali Allah ツ. Namun, masih ada lagi kuntuman yang menanti masa untuk berbunga. MasyaAllah ◕‿  ◕.

✿ ܓ Dan Bunga Mawar Pink saya juga sedang menanti masa untuk berbunga, alhamduliLlah ^‿^. Makcik jiran gitau 10 kuntuman sedang menanti masanya. Yang dia punya pun dah layu dan mati. Allahu Robbi ツ.

>>> Saya bukan sesiapa. Saya hanya insan biasa yang banyak perkara TIDAK TAHU dalam hidup. Namun Allah sentiasa mengajar saya. DIA segala²nya.

>>> Sekarang DIA mengajar saya sayangkan bunga²an. Tak sangka betul saya akan bermuamalah dengan tanah dan yang se"geng" dengannya (◠‿  ◠).

☆ܓ Penat juga berkebun ni (kerana tak biasa dan mungkin dah tua hihi) tapi saya sangat gembira. Ada 'rasa' indah di jiwa, alhamdulillah ya Allah.

اللهم اجعلني شكورا، آمين
Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur amin.

SEGALA PUJI ITU HANYA BAGI ALLAH SELAMA²NYA.

17 October 2011

Gurauan Rasulullah saw - Adab Ketawa

♥ Daripada Sayyidatuna Aisyah ra berkata: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa sehingga aku melihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad rahimahumuLLah)
Suatu hari...

✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyiduna Abu Bakr ra menikmati buah kurma. S.Abu Bakr mengumpulkan biji kurma yang dimakannya di hadapannya. Manakala Rasul صلى الله عليه وسلم mencampakkan biji kurmanya itu di tempat biji² kurma S.Abu Bakr ketika sahabatnya itu sedang leka.

♥ Rasul صلى الله عليه وسلم berkata: "Wahai Abu Bakr, aku melihatmu sebagai orang yang tersangat kuat makan. Cuba lihat betapa banyaknya jumlah biji² kurma yang telah engkau himpunkan." Allahu Allah, ya Rasulallah ツ.

Ok, apa kata sahabatnya?....

♥ S. Abu Bakar memandang Baginda صلى الله عليه وسلم seraya berkata: "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada di hadapanku ini kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji²nya sekali".

~ Selesai Sayyiduna Abu Bakar ra berkata, maka ketawalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.

*¨*•.¸¸ Allahu Allah, indahnya mahabbah mereka ^_^, Indahnya kisah mereka. Terasa seolah² diri menyaksikannya di hadapan mata (◕‿  ◕).

♥ Ayuh sahabat, shollu a'la an-Nabiyy.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

16 October 2011

Wali Wanita

Kisah wali Allah...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~

♥ Rabia'tul A'dawiyyah seorang wali perempuan yang tinggi kedudukannya di sisi Allah. Solat tahajjudnya 300 rakaat setiap malam.

--------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------

♥ Sayyidah Nafisah yang hidup di zaman Imam Syafi'e di Mesir mengaji Al-Quran sebanyak 15 juzu' setiap malam. Beliau menunaikan solat jenazah buat Imam Syafi'e seorang diri di rumahnya setelah selesai jenazah Imam disolatkan oleh 120ribu jemaah di Masjid.

♥ Jika Sayyidah Nafisah (wali Allah) ini meletakkan tangannya di atas kepala seorang budak, maka budak itu akan dapat menghafaz Al-Quran.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~
video
 

15 October 2011

CANTIK itu pada AKHLAKMU

Sahabatku muslimah...

~::♥::~ Hanya peringatan biasa buatmu agar lebih beringat ◕‿  ◕ ~::♥::~

✔ Jika dirimu dipuji "comel" ◕‿  ◕, maka---> jangan mudah perasan.

✔ Jika dirimu dihina, maka ---> jangan mudah menangis.

✔ Jika dirimu dihargai, maka ----> jangan lupa kembalikannya kepada Allah.

>>> Dirimu dikira benar² comel & cantik apabila yang memujimu itu ialah mahrammu atau suamimu. Selain mereka ---> TIPU, hihi. Hakaza -dc ツ.

COMEL & CANTIK itu kan SUBJEKTIF.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Oleh itu, hargailah kecomelan yang kekal ----> COMEL pada AKHLAKNYA (^‿^). Kerana jika kamu sudah tua pun, comel itu tetap ada selama mana kamu bersikap dengannya. Peace No War ツ.

14 October 2011

BAHAGIA...

❀ ܓ Tidak dinamakan BAHAGIA jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia.

>>> "Bahagia itu adalah 'rasa' bukan 'perisa' yang direkacipta oleh manusia."

JIKA KAMU yang RASA BAHAGIA maka itu tandanya "KAMU BAHAGIA" (◕‿  ◕).
~ Apabila kamu tidak dipaksa untuk mengukirkan senyuman di wajahmu. Dan setiap kali kamu tersenyum, maka bayangan Rasul صلى الله عليه وسلم yang muncul di matamu itu. Itulah ANTARA hakikat bahagia yang mampu ku kongsikan denganmu di sini.
* Tapi AWAS jika kamu merasa bahagia di dalam kejahatanmu, ketahuilah bahawa itu bukan bahagia tapi ia adalah celaka. NauzubiLLAH min zalik.
So...
♥ Kamu tenang apabila ingat Allah ---> ✔ BAHAGIA.

♥ Kamu rindu bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم ---> ✔ BAHAGIA.

♥ Kamu teruja melakukan kebaikan ----> ✔ BAHAGIA.

♥ Kamu sedih melakukan kesilapan ---> ✔ BAHAGIA.

- Kamu seronok melakukan maksiat ---> ✔ CELAKA.

❀ ܓ Berhati²lah di jalan raya kehidupanmu. Pandu dengan bijaksana, ikhlas & sabar. Gunakan segala ilmu wahyu dengan sebaik²nya ketika memandu. Ingat!!! Jangan sampai berlaku kemalangan yang mengerikan. Yang RUGI itu KAMU.

>>> Saling mendoakan semoga kita semua selamat dunia & akhirat, amin.

13 October 2011

Spirit of RIS (23-25th Dec 2011 - Toronto)

video
✿ ܓ Antara impian "Jaulah Ilmiah A.I.S.K.R.I.M" saya ialah ke program Spirit of RIS ini. Bilakah agaknya? Wa Allahu a'lam. Mudah²an suatu hari nanti Allah pilih saya untuk hadir ke program ini, amin ♥♥♥

Sangat teruja, Allahu Allah ~ツ.

اللهم يسر ولا تعسر، آمين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 

12 October 2011

NIKAH itu SUNNAH


Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

>> Tapi...

Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah. (◕‿  ◕)

✔ ~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^‿^).

✿ ܓ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^‿^).

♥ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ツ.

NO couple, YES nikah ツ.
Via Fattabiouni Malaysia.

11 October 2011

Kisah Nabimu Muhammad saw

♥ Nabi Isa as dikurniakan mu'jizat dapat memulihkan penglihatan orang yang buta sepertimana yang telah dirakamkan di dalam surah Al-Imran: 49.

♥ Manakala Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pula dianugerahkan mu'jizat dapat mengembalikan mata yang tersembul keluar ke tempat asal hanya dengan tangannya.

~ Saya ceritakan kisah yang hebat ini...

"All About Love"

✿ ܓ Di dalam peperangan Uhud, Qatadah ra melindungi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan wajahnya agar diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak terkena sasaran liar anak panah musuh. Tiba² salah satu anak panah itu mengenai matanya menyebabkan ia tersembul keluar dan jatuh ke pipi. Lalu beliau membawa matanya itu bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat keadaan sahabatnya itu, mengalirlah airmata Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم berdoa:

" Ya Allah, peliharalah Qatadah sebagaimana dia telah mempertahankan Nabi-Mu dengan wajahnya. Maka jadikanlah matanya itu mata yang paling baik daripada kedua matanya & paling tajam penglihatannya." {Dalail An-Nubuwwah oleh Al-Hafidz Abu Nua'im}.

*¨*•.¸¸ Matanya yang pernah dirawat oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu tidak pernah ditimpa sakit walaupun mata sebelahnya mengalami sakit mata.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

10 October 2011

5 Toriqah Saadah Ba'alawi

✿ ܓ Seseorang yang inginkan kejayaan dunia akhirat perlu melalui 5 jalan:

✔1. Ilmu yang membawa kepada mengenal Allah Tuhan sekalian alam.

✔2. Khauf (takut) kepada Allah.

✔3. Amal.

✔4. Wara': Tidak melakukan dosa² besar & tidak kekal berada di dalam dosa² kecil.

✔5. Ikhlas.

~ Imam Abdullah Al-Haddad rahimahuLLAh.

09 October 2011

Siwak Itu Sunnah

 
♥ Bersiwak cara Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

~ Jom sahabat², kita beramal dengan sunnah yang mulia ini. Ganjarannya besar. Tanda mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu kan dengan menghidupkan sunnahnya (◠ ‿◠).

* Cara yang saya belajar:
 
1. ★ Letakkan kayu sugi itu di atas ibu jari & jari kelingking. 3 jari lagi di atas kayu tersebut.

2. ★ Mulakan dari tengah gigi atas, then gerakkan kayu itu ke gigi bawah, ke atas dan ke bawah (3 kali ah maknanya, ke bawah, ke atas, ke bawah).

3. ★ Dari bawah naik ke gigi sebelah kanan atas dan lukiskan seolah² seperti bulatan. Then terus gerakkan ke gigi sebelah kiri. Jadikan seperti no 8.

4. ★ Lakukan sebanyak 3 kali bagi nombor 3.

5. ★ Berhenti di tengah² gigi bawah, then sentuhkan hujung kayu sugi tadi pada gigi belakang sebelah atas.

6. ★ Penutupnya selepas nombor 5, letakkan di hujung lidah. Tup.

♤ Selesai 1 sunnah, alhamduliLLAh. Selamat beramal ツ.

08 October 2011

Salawat Tanda Cinta...

video

اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

07 October 2011

Cawan Milik Rasulullah saw di Chechnya

video
✿ ܓ Sahabat, kamu pasti tahu tentang kisah² para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang sentiasa berebut untuk bertabarruk dengan APA SAHAJA yang berkaitan dengan diri Baginda صلى الله عليه وسلم. Ia bukan bahasa ta'ssub tapi ia bahasa rasa & cinta (♥). Kadangkala aku & kamu tidak mampu memahaminya T_T.

~ Video ini memaparkan...

♥ Cawan milik Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dibawa pulang ke Chechnya, Allahu Allah T_T. Betapa mereka insan² yang sangat beruntung kerana dapat meminum air dari Cawan yang mulia itu. Ghibtoh T_T.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم