Kisah Syibli Pembesar Sufi
>>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakr ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakr memeluknya dan mengucup di antara dua matanya.
★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakr menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini;
قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taubah- 128.
✿ ܓ Dan setelah membaca ayat ini, dia ikutinya dengan bersalawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Amalan ini diamalkannya selepas solat.
Jom kita amal ツ.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
* Cerita ini saya ringkaskan dari buku Fadhilat Salawat oleh Abu Al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani rahimahuLLAH.
Comments
Post a Comment