MALU itu SIFATMU wahai MUSLIMAH

 ♥ POHON SEMALU.

>>> Tertarik dengan pengajaran buat kaum wanita yang boleh diambil daripada ciptaan Allah ini:

❀ 1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan MALU (pada tempatnya).

❀ 2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang MUSLIMAH.

❀ 3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai KETERIKATAN yang sangat kuat dengan Allah Taala.

❀ 4. Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu sebaik-baik wanita ialah yang sentiasa berada DI RUMAH tatkala malam menjelma.

~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~

✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Hendaklah kamu berbuat baik kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya selengkung²nya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau kamu cuba meluruskannya, maka kamu akan mematahkannya dan jikalau kamu biarkan sahaja, maka ia akan tetap lengkung selama²nya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu." (Muttafaqun 'alaih).

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah sebaik² contoh insan yang berbuat baik kepada kaum wanita. Berbuat baik kepada kaum wanita itu syiar seorang lelaki yang sebenar.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan