Bersama Habib Umar BenHafidz 2011
Nota ringkas:
- Rasul صلى الله عليه وسلم datang dengan satu tujuan untuk membawa manusia keseluruhannya keluar dari kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran.
- Wahyu itu adalah cahaya yang menyuluh akal. Manusia perlukan cahaya dalam hidup di dunia ini untuk memandu dan menunjukkan jalan pulang yang selamat bertemu Tuhan.
- Muslim menggunakan AKAL sebagai 'alat' untuk mendapat bimbingan ke jalan yang diredhai Allah, mengawal nafsu dan cuba membersihkan dosa noda di hatinya kerana orang yang mengotorkan nafsu dan jiwanya ialah orang yang RUGI. Manakala kafir pula menjadikan akal sebagai alat untuk berkhidmat kepada diri dan nafsunya semata-mata.
- Menceritakan kisah pengorbanan dan cinta Rasul صلى الله عليه وسلم kepada umat. Rasul صلى الله عليه وسلم jika disakiti, ianya merupakan penyakitian yang melebihi segala macam penyakitian yang pernah menimpa selainnya.
- Jika diberikan harta, ia akan dibahagikan segera kepada umat tanpa diambil sedikitpun untuk diri dan keluarga Baginda صلى الله عليه وسلم. Ya Rasulullah, betapa indah cintamu pada kami=(
- Suatu hari Sayyidatuna Fatimah ra menyediakan makanan di dalam bekas. Sayyiduna Ali kw bertanya untuk siapakah ini? S.Fatimah menjawab: Untuk Ayahandaku. Apabila dibawa kepada Rasul صلى الله عليه وسلم, Rasul pun makan dan berkata kepada anakandanya: "Ini adalah makanan pertama yang masuk ke perut ayahandamu ini selepas 3 hari tanpa makanan." Begitu juga yang pernah berlaku kepada S.Fatimah. Kasih sayang antara mereka amat kuat.
- Dunia ini merupakan perantaraan untuk berkhidmat kepada Allah bukan selain-Nya. Di hari kiamat kelak wajah Mu'min akan bercahaya.
- Bulan Safar Rasul صلى الله عليه وسلم menikahkan Anakandanya Sayyidah Fatimah ra dengan Sayyiduna Ali kw =,=. Serta mendoakan keturunan mereka berdua dengan kesejahteraan.
- Nikahlah ikut sunnah bukan ikut adat yang dicoretkan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.