Posts

Cari Rezeki Halal

Image
Sahabat, saya bukan nak berceramah, tapi nak cakap sikiiiiiiiiiit je -‿-. ◆ Saya nak ingatkan jika awak mahu cari kerja, maka carilah kerja yang HALAL di sisi syara'. Kerana rezeki yang halal itu dapat menyebabkan awak selamat dunia, selaaaaamat akhirat ツ". Cuba bayangkan... ◆ Jika seseorang bekerja sebagai pencuri, mana ada aman hidupnya. Asal nampak polis je, berdebar jantungnya walaupun dia sudah kaya ツ. Cuba faham... ◆ Pernah dengar tak kaum Khuza'ah? Ya, kaum Khuza'ah inilah yang merampas bumi Mekah dari kaum Jurhum (penduduk tempatan) di situ. Walaupun lebih 500 tahun memerintah Mekah sekalipun, mereka tetap digelar perampas. Betul kan? Alhamdulillah akhirnya Qusai bin Kilab; salah seorang moyang Baginda صلى الله عليه وسلم dapat mengambil kembali hak mereka & memerintah Mekah dengan aman & bijaksana. ◆ Rezeki yang halal apabila sedikit ia mencukupi. Kalau tak cukup pun, tidak sampai memaksa kita membuat sesuatu yang dilarang Al...

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.

Image
  Warkah buat pendakwah. ❀ ܓ Moto seorang pendakwah---> "Kami seperti doktor, bukan seperti penghukum." ♥ DAKWAH manusia mengenal Allah, mentaati-Nya & mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah TUGAS SEMUA MANUSIA BERAKAL & MUSLIM. ♥ Dakwahlah setakat kemampuanmu, setakat ilmumu & setaraf dengan orang yang diseru olehmu. Namun jangan dilupa untuk sentiasa UPGRADE kualiti diri & dakwah dengan BELAJAR menuntut ILMU AKHIRAT tanpa jemu. ♥ Pandanglah kawanmu yang diseru itu seperti pandangan seorang doktor kepada pesakitnya bukan pandangan penghukum terhadap penjenayah. ♥ Doktor akan berusaha habis²an menyelamatkan pesakit. Manakala penghukum akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan penjenayah ke penjara. ♥ Membetulkan kawanmu yang salah itu dengan cara lembut. Walaupun kadangkala perlukan juga ketegasan namun biarlah ketegasan yang tidak keras tapi menampakkan jati diri & pendirian. Pandanglah dia sebagai kaw...

Zikir Sayyidah Fatimah ra...

Image
Sayyidah Fatimah diajar oleh Ayahandanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم zikir untuk diamalkan sebelum tidur. Ia lebih baik dari mendapatkan seorang khadim & segala-galanya.    33 kali -----> سُبْحَانَ اللهِ   33 kali -----> الحَمْدُ للهِ  34 kali -----> اللهُ أَكْبَرُ Zikir ini masyhur namun berapa ramaikah yang mengamalkannya? Muhasabah diri sendiri...

Atas nama Islam, kita bersaudara...

Image
Siapapun mereka atas nama Islam, maka kita adalah bersaudara. Di dalam Islam kita dianjurkan saling bantu-membantu & berkasih sayang. Apatah lagi terhadap orang² miskin. Berkawan dengan mereka menjadikan diri ini bersyukur, tidak angkuh, hati tenang, belajar sifat tawadhu' & tidak tamak kepada dunia. Jiwa sihat. Teringat kalam Ust Sufian di Bogor bahawa orang yang qana'ah (cukup dengan apa yang ada) & tidak berhajat melebihi keperluan hidupnya itu adalah orang yang kaya. Manakala orang kaya yang masih mahu kaya itu adalah orang yang miskin. Wahai orang kaya, sudahkah kamu berkongsi kekayaanmu di tempat sebenar? Zakat sudah kau tunaikan? Sedekah sudah kau hulurkan? Hadiah sudah kau carikan? Mereka saudaramu, jangan biarkan mereka mati kelaparan disebabkan kebakhilanmu atau kecuaianmu di dalam melaksanakan amanahmu sebagai orang kaya. Saling mengingatkan.

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Image
Sejauh-jauh mata memandang, Sedalam-dalam hati merasakan, Hanya setitik debu yang tertuang, Dalam syair pujian... Lepas hati memandang laut-Mu, Terheran diri pada langit-Mu, Berjuta kata tak cukup untuk, Melukis indah-Mu... * Tafakkur by Opick. Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri... Doa ketika melihat langit;  رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَقنَا عَذَابَ النَّارِ  Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. ~ Al-Imran: 191. --------------------------------------------------------------------------------------- Cerita tentang langit & bintangnya... Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yan...

Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...

Image
Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:        اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu ² rahmat-Mu buatku).  Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:  اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam). ~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah. •• ► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki. ★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya. Ketika masuk; بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ الل...

Yang paling...di kalangan para sahabat

Image
Ketika talaqqi di Bogor, di dalam kelas saya sempat menulis secara ringkas (berdasarkan hadis ² riwayat Imam Tirmidzi) tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum . Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr. Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar. Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman. Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali. Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab. Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal. Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit. Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah. ~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat ツ . اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم