Di Masjid Al-Falah...



✉ Di akhirat kelak, tiada seorang pun yang akan mencari ahli korporat, orang kenamaan, orang hebat & sesiapa yang mencipta nama ketika di dunia. Tiada pun yang mahu menjalin hubungan dengan mereka. Apa yang mereka cari saat itu ialah HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.

✉ Jika di dunia bersahabat hanya soal dunia, maka di akhirat kelak akan menjadi musuh. Kerana akan saling salah menyalahkan semata² untuk menyelamatkan diri. (Oleh itu, "carilah" sahabat yang boleh mengingatkanmu kepada Allah & Rasul-Nya atau "bawalah" sahabatmu itu kepada redha Allah & kasih Rasul-Nya).

Daripada Sayyidina Ali kw berkata: 6 sifat ini baik untuk semua manusia namun ia menjadi LEBIH baik jika berada pada 6 golongan manusia;

✔ 1. ADIL - ia lebih baik jika ada pada seorang HAKIM/PEMERINTAH.

✔ 2. DERMAWAN - ia lebih baik jika ada pada seorang KAYA.

✔ 3. SABAR - ia lebih baik jika ada pada seorang FAQIR.

✔ 4. WARA' - ia lebih baik jika ada pada orang ALIM.

✔ 5. MALU - ia lebih baik jika ada pada seorang PEREMPUAN.

✔ 6. TAUBAT- ia lebih baik jika ada pada orang MUDA.

••► Pengikut para Nabi akan sentiasa bersama mereka (para Nabi) di bawah panji Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
(Ya Allah, himpunkan kami di sini bersama mereka, amin).

••► Guna apa sahaja kemudahan IT yang canggih TANPA memutuskan hubungannya dengan Allah. Gabungkannya dengan kebaikan Islam. Ia menguntungkan.

••► Dinyatakan di dalam surah Al-Imran:164 sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu;

1. Membacakan ayat² Allah.
2. Menyucikan jiwa manusia.
3. Mengajar kitab & hikmah.

~ Nota mafhum dari kalam Habib Omar Benhafidz di Masjid Al-Falah 170412.

Comments

Popular posts from this blog

Perjuangan itu Memerlukan Jiwa Yang Tabah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan