6 Hal Penting
Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis. Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini; 1. Tetaplah berada di rumah anda. Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda. "Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka". 2. Miliki lidah anda. Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah ...