Posts

Showing posts from April, 2012

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Image
Sejauh-jauh mata memandang, Sedalam-dalam hati merasakan, Hanya setitik debu yang tertuang, Dalam syair pujian... Lepas hati memandang laut-Mu, Terheran diri pada langit-Mu, Berjuta kata tak cukup untuk, Melukis indah-Mu... * Tafakkur by Opick. Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri... Doa ketika melihat langit;  رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَقنَا عَذَابَ النَّارِ  Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka. ~ Al-Imran: 191. --------------------------------------------------------------------------------------- Cerita tentang langit & bintangnya... Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yan...

Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...

Image
Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:        اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ (Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu ² rahmat-Mu buatku).  Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah:  اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam). ~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah. •• ► Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki. ★ Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya. Ketika masuk; بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ الل...

Yang paling...di kalangan para sahabat

Image
Ketika talaqqi di Bogor, di dalam kelas saya sempat menulis secara ringkas (berdasarkan hadis ² riwayat Imam Tirmidzi) tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum . Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr. Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar. Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman. Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali. Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab. Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal. Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit. Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah. ~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat ツ . اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم

Jom ke taman syurga ツ

Image
Menghadiri majlis zikir SAMA tuntutannya dengan suruhan agar berzikir. Majlis yang membesarkan nama Allah, menceritakan tentang perintah & larangan-Nya. Majlis seperti ini diumpamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai taman syurga. Allahu Allah, indahnya ツ . Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah صلى لله عليه وسلم berkata: “Jika kamu melalui taman² syurga, maka singgahlah/bersenang² di dalamnya.” Sahabat bertanya: “Di manakah terdapatnya taman² syurga itu di dunia ini?” Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: “Taman² syurga itu terdapat di dalam majlis² zikir.” Apakah kelebihan yang ada di dalam majlis² zikir/ilmu ini? Saya himpunkannya di sini tanpa menyebut hadis² yang saya ambil darinya. Antaranya; ✔ Para MALAIKAT akan mengelilingi bulatan majlis tersebut. ✔ Mereka yang hadir majlis itu akan diselubungi dengan RAHMAT ALLAH, tiada siapapun yang akan mendapat kecelakaan apabila duduk bersama mer...

Ceritakan tentang Insan yang kamu cintai...

Image
♥ ✉ Ceritakan kepada kedua orang tuamu, suamimu, isterimu, anak²mu , jiran tetanggamu, para pelajarmu, para pekerjamu & orang² yang berada di sekelilingmu tentang insan yang paling dikasihi Allah; ♥ •• ► RASULULLAH صلى الله عليه وسلم . ✔ Cer itakan & sebarkan mahabbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke seluruh alam agar semua tempat disirami rahmat Ilahi yang didambakan. ♥ ✉ K erana apabila kamu menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم , ia mampu membina peribadi mulia. ❀ Dari jahat menjadi baik, kontra menjadi pro, marah menjadi tenang, keras menjadi lembut, bermusuh menjadi bersaudara, benci menjadi sayang, berfikiran negatif tentang Islam menjadi positif & berpecah menjadi bersatu. ♥  Terjemahan foto:  "Cintamu ya Rasulallah menyatukan kami." اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Amal & sebarkan ilmu...

Image
♥ ✉♥ Buat sahabatku yang dapat hadir ke majlis² ilmu dengan mudah tanpa hala ngan, BERSYUKURLAH. ✿ Amalkan ilmu itu & sebarkan kepada yang lainnya. Berhati² dengan musuh yang sering mendatangi ahli ilmu iaitu ujub, riya' & takabbur. ♥ ✉♥ Buat sahabatku yang tidak berpeluang ke majlis ilmu keran a halangan, tanamkan niat & azam sungguh² di hatimu untuk turut terpilih bersama golongan yang beruntung. ✿ Niat kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu dikumpulkan kelak bersam a Rasulullah صلى الله عليه وسلم & kaum muslimin yang lain. ✿ Jika di hatimu timbul kecemburuan melihat sahabat² lain ke majlis ilmu, itu tandanya hatimu masih hidup. Mohon & mohon pada Allah agar dimudahkan jalan buatmu menuju-Nya. Don't be sad, Allah knows. •• ► Siapapun kita, atas nama Isla m & Iman kita bersaudara. Diibaratkan seperti jasad. Sakit satu anggota, anggota lain turut terasa. Saling mendoakan agar kita semua ditempatkan di tempat yang bahagia di ...

Seolah-olah matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم

Image
~::♥ ::~~:: ♥ ::~~:: ♥ ::~ JUMUA'H MUBARAKAH ツ ~::♥ ::~~:: ♥ ::~~:: ♥ ::~ >>> Sayyiduna Abu Hurairah ra berkata: "Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , seolah² matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم . Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , seolah² bumi ini dilipat untuknya. Kami selalu berusaha sedaya upaya (melakukan hal yang sama), namun Baginda صلى الله عليه وسلم tidak perlu bersusah payah untuk itu." ~ Riwayat Imam Tirmidzi rahimahullah. ♥ Hari Jumaat, Baginda صلى الله عليه وسلم akan menjawab salam anda secara langsung. So, jom salawat 1k ツ . اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Allah itu Maha Memahami

Image
♥ Hatiku berkata: "Seseorang yang mengasihi saudaranya kerana Allah tidak akan pernah takut pada sebuah kehilangan." ✉ Aku bertanya: "Bagaimana hal seperti itu boleh berlaku?." ♥ Hatiku menjawab: "Kerana "sebab" tercetus kasihmu itu bersifat kekal . ✉ Aku kehairanan: "Aku masih tidak mengerti." ♥ Hatiku menjelaskan: "Yang kamu kasihi itu makhlu k & sudah tentu ia bersifat baharu & tidak kekal. Namun Allah sebagai Khaliq yang kerana-Nya kamu kasihkan saudaramu itu bersifat kekal selama²nya. Itulah maksudku. ♥ Oleh itu, kamu akan lebih tenan g & bahagia jika kamu mengasihinya kerana Allah. Dan  sesungguhnya kasih seperti itu dapat melapangkan tempatku ini sebagai salah satu anggota penting di dalam badanmu." ✉ Aku muhasabah diri atas bicara hati ini. Kasih kerana Allah sahaja yang membuatkan aku & hatiku bahagia walaupun aku perlu berdepan dengan kehilangan orang yang aku kasihi kerana "...

Manusia itu Pasti Mati...

Image
Sahabat, IKATKAN setiap ILMU yang kamu dengar dari majlis ta'lim dengan PEN & KERTAS. Ia HARTAMU. Ingat! HARTAMU yang sangat besar nilainya... Dan turutilah apa yang dinasihatkan oleh Habib Omar Benhafidz ini. Moga bermanfaat buatmu...