Hilangkan resahmu dengan tangisan

✿ ܓSahabat, kamu resah? Ya, aku juga T_T.

Tindakan---> Perlu mencari tempat² yang diturunkan rahmat Allah; solat, membaca Al-Quran, hadir majlis² ilmu & zikr, berdamping/ziarah orang² yang soleh & bertaqwa dll perkara yang baik.

~ Pasti kamu tertanya bukan, apa perlu dicari semua itu?

♥ Ya sahabatku. WAJIB mencarinya. Perkara² yang baik itu dapat melembutkan hatimu & ia mudah disentuh rahmat Ilahi. Kamu akan menangis. Dengan tangisan itu kamu akan tenang & resahmu hilang.

* Bukankah jika kamu lapar, kamu cari makanan. Jika dahaga, kamu cari minuman. Jika kamu mahu tahu sesuatu, kamu belajar. Maka jika kamu mahu menangis kerana-Nya, cari tempat² yang Allah turunkan rahmat padanya. Rahmat Allah tidak terpisah dari kebaikan & ketaatan. Yakinlah dengan rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang.

Namun...

♥ Jika kamu masih belum mampu juga menangis walaupun sudah berada di kondisi itu, ku terus menasihatimu dengan kaedah yang disebut Rasul صلى الله عليه وسلم iaitu BUAT²LAH MENANGIS.

♥ Jika masih tidak mampu, maka menangislah di atas ketidakmampuanmu itu. Berusahalah sahabatku, ku doakanmu mampu...

♥ Foto: Masjid An-Nabawi sumber inspirasi diri kerana di dalamnya Maqam Kekasih Ilahi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Habib Ali Al-Jufri seorang Murabbi yang cintakan Nabinya dengan cinta yang luarbiasa, cintanya sampai ke hatiku ini. Allahu Robbi ♥.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan