Abdullah bin Mubarak & Seorang Hamba Soleh

✿ ܓ Ketika Mekah mengalami kemarau, para penduduknya melakukan solat istisqa' (solat mohon hujan) & meminta agar Abdullah bin Mubarak berdoa. Abdullah pun berdoa, namun hujan tidak juga turun. Lantas seorang hamba abdi pun berdoa, hujan terus turun. Setelah kejadian ini, Abdullah mencarinya & mahu membelinya. Abdullah ke kedai tuan punya hamba itu.

Tuan: Kenapakah ulama' hebat sepertimu mahukan hamba pemalas sepertinya. Eloklah tuan mencari hamba yang lain sahaja. Dia tidak melakukan apa² kerja kecuali hanya makan, minum & beribadat. Kami pun dah bosan dengan perangainya sehingga kami membiarkannya sahaja.

Abdullah: Aku tetap mahu membelinya juga.

Tuan: Saya bagi majjanan (free) je kepadamu.

Abdullah: Aku tidak mahukannya secara percuma. Berapakan harga yang kamu belinya ketika dahulu?

Tuan: 250... (saya tidak pasti dirham atau dinar).

Abdullah: Baiklah, aku membelinya dengan harga 500....

Abdullah pun membawa pulang hamba itu & diletakkannya di bilik khas. Bilik yang cukup kelengkapannya & cantik. Hamba itu dilayan seperti VVIP. Dia sangat hairan dengan sikap Abdullah ini kerana seorang hamba sepertinya dilayan cukup hebat olehnya. Lantas dia bertanya.

Hamba: Apa yang perlu saya lakukan untuk berkhidmat kepada tuan?

Abdullah: Oh, kamu tidak perlu lakukan apa² kecuali makan, minum & beribadah di sini. Itu sahaja kerja yang harus kamu lakukan.

Hamba: (Semakin hairan) Apa yang tuan mahukan daripada saya sebenarnya?

Abdullah: Emmm, saya mahu bertanya kenapa kamu berdoa seperti itu? Kan wajar kita memohon "Demi cintaku pada-Mu, maka turunkanlah hujan." Tapi kamu pula berdoa: "Demi cinta-Mu padaku, maka turunkanlah hujan." Dan doamu diterima Allah. Apakah rahsianya & bagaimanakah kamu dapat berfikir tentang itu?

Barulah hamba itu faham...

Hamba: Bukankah di dalam Al-Quran Allah berkata: DIA mencintai mereka & mereka juga mencintai Allah? يحبهم ويحبونه. Allah dahulukan cinta-Nya terlebih dahulu, barulah disebutkan cinta mereka kepada Allah.

Setelah selesai berkata², hamba tersebut meminta izin daripada Adullah untuk tunaikan solat 2 rakaat. Selepas memberi salam si hamba berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya rahsia antara Engkau & aku telah Engkau khabarkan kepada salah seorang hamba-Mu. Maka Engkau ambillah nyawaku.

Hamba itu pun meninggal dunia.

~ Kisah dari kuliah Syeikh Yusuf Al-Hasani. Saya modified dengan uslub saya. So, jika ada salah fakta yang perlu diperbetulkan atau penambahan, saya alu²kannya. JazakumuLlah khairal jaza'.

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan