Apa ni??? >>> safayafa takfakbohfoh gifi...
Saya mahu mengajak anda BERFIKIR tentang 'RAHSIA TERSIRAT', jom 【ツ】
Cuba baca; "safayafa takfakbohfoh gifi".
>>> Haaaa, tak dapat kan (-‿-). Ia adalah kalimah rahsia &
rekaan segolongan manusia. Mereka cipta kod ini agar difahami sesama
mereka sahaja. Atau akan difahami oleh mereka yang biasa guna.
❀ ܓ Saya ulangi---> Ia hanya dapat dibaca oleh yang "mengetahuinya" sahaja. Begitulah dikiaskan dengan rahsia² alam ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬▬
Imam Ibnu A'thoillah berkata: "Hati yang tidak diikat nafsu dan yang
sentiasa bertaubat dari kealpaan, ia akan mampu memahami rahsia² yang
tersembunyi."
------------------------------ ------------“♥ ~ ❀~ ♥”---------------------------- ----------
Anda masih belum faham? Senyum sunnah dulu ◕ ‿ ◕, macam ni...
~ Pada awalnya saya tidak faham jumlah ayat itu (sebagai contoh kerana
saya tidak biasa menggunakannya), namun setelah diperhatikan semula maka
jelas rahsia kalamnya & saya dapat baca direct; "Saya tak boh gi."
Yang bagi saya nampak rahsia itu ialah ALLAH. Apabila Allah membuka
pintu pencerahan-Nya, maka kita akan nampak apa yang orang lain tidak
nampak.
♥ Allah mempunyai banyak rahsia. Apa yang saya &
anda tahu hanya sedikit sahaja. Namun ada segelintir manusia yang
dipilih Allah untuk melihat & mengetahui rahsia²-Nya.
Oh,
jika ada yang bertanya: "Tuhan ada rahsia juga ke?." Jawapannya:
"Banyak. Antaranya---> Anda tahu di mana syurga? Tak tahu kan. So,
itulah rahsia namanya. Wa Allahu a'lam.
* Hakaza tersurat yang tersirat (◠‿ ◠).
- Get link
- X
- Other Apps
Maksud "safayafa takfakbohfoh gifi" ialah:
ReplyDeleteSaya takboh gi (Dialek Orang Terengganu)
Dalam bahasa baku ialah Saya tak nak pergi.