Safiyyah Binti Abd Muttolib Srikandi Islam
♥ Kisah wanita muslimah yang berani ツ.
Dalam peperangan Ahzab, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membawa
tenteranya keluar dari Kota Madinah. Yang ada di dalam Kota hanyalah
wanita, kanak² & yang tidak layak untuk berperang.
>> 10 ribu orang bakal serang Madinah, bayangkan T_T.
Di dalam Kota Madinah seorang lelaki Bani Yahudi Bani Quraizah (kaum
ini telah mengisytiharkan perang terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم)
berlegar² di sekitar kubu yang dihuni oleh kaum wanita & kanak².
Dia seorang pengintip.
Safiyyah binti Abdul Muttolib
mengarahkan Hasan bin Thabit membunuhnya kerana bimbang rahsia
pertahanan di dalam Kota dibocori kepada musuh. Jika apa² berlaku
terhadap mereka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat di
luar Kota tidak sempat datang menyelamatkan.
>> Allahu Robbi, keadaan yang sangat getir T_T.
Hasan menjawab: "Demi Allah, engkau sendiri pun tahu bahawa aku bukan seorang yang mahir membunuh."
>> Beliau masih kanak².
Tahukah apa tindakan Sayyidatuna Safiyyah? Beliau sendiri turun dan
memukul lelaki itu sampai mati. Dan naik semula ke kubu & berkata:
"Wahai Hasan, turunlah ke bawah & tarik masuk mayatnya. BUKAN AKU
TIDAK MAMPU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN TETAPI KERANA DIA SEORANG LELAKI."
>> Tindakan berani ibu saudara Rasul صلى الله عليه وسلم ini telah
menyelamatkan wanita dan kanak² yang ada bersamanya. Ia juga membuatkan
musuh bersangka bahawa kubu itu dikawal ketat oleh tentera walaupun
pada hakikatnya kosong sama sekali dari sebarang kawalan. Ini
menyebabkan pembelot itu tidak berani lagi untuk mengintip kali ke2.
Allahu akbar ツ.
Semoga anak saudaraku Syarifah Safiyyah Zahra binti Syed Abd Mutolib Abd Kadir menjadi seperti "wanita solehah yang berani itu", amin.
✿ ܓ Sahabat²ku muslimah, jom kita jadi berani ツ.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment