Makan dan Diet Cara Sunnah
Saya membuat sedikit kajian tentang makan dan diet yang berkesan, sihat dan tidak perlu berbelanja lebih. Banyak juga saya temui cara dan info ilmiah berkenaan perkara ini. Namun demikian, saya lebih tertarik cara sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul saw. Ia ringkas tapi ilmiah. Hasil daripada kajian tersebut dapatlah saya merumuskannya seperti berikut. 1. Aturkan cara pemakanan. a) Sarapan: Makan makanan yang berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan aktiviti harian. b) Makan tengah hari: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. c) Makan malam: Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Makan malam penting kerana ia akan melambatkan proses penuaan dan dapat menghasilkan tidur yang nyenyak. Rasul saw menganjurkan makan malam walaupun dengan hanya sebiji kurma. 2. Ikut saranan Rasul saw. a) Mempelbagaikan jenis makanan yang bersifat panas dan sejuk. Sebagai contoh: Buah rutob dan tembikai. Ra...