Posts
SEPULUH Kelebihan Solat Malam
- Get link
- X
- Other Apps
1. Dekat dengan Allah. 2. Menghapuskan dosa-dosa. 3. Terhindar dari dosa. 4. Dijauhkan dari penyakit (yang dapat mengganggu ibadah). 5. Itulah sebuah kemuliaan bagi seorang mu'min. 6. Mengusir/menolak dari jin. 7. Tanda dicintai Allah. 8. Masuk syurga tanpa hisab. 9. Mendapat pahala yang besar. 10. Tercapai apa yang diinginkan & terselamat dari apa yang menakutkan. Dipetik dari kuliah KH Muhammad Bakhiet hafizahullah di sini; https://www.youtube.com/watch?v=o7sNkW1GFTU
6 Hal Penting
- Get link
- X
- Other Apps
Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, zaman penuh fitnah. Namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah meninggalkan kita dalam keadaan terpinga-pinga sampai tidak tahu nak buat apa. Pasti akan ada PANDUAN daripada Baginda صلى الله عليه وسلم agar kita selamat. Saya kongsikan dengan anda secara ringkas dari sebuah hadis. Di sini terdapat ENAM perkara yang perlu anda lakukan ketika hidup di zaman seperti sekarang ini; 1. Tetaplah berada di rumah anda. Luangkan banyak masa di rumah, keluar rumah pun hanya jika perlu atau sebab mahu lakukan hal yang bermanfaat sahaja. Sentiasa fikirkan & mencari jalan (tindakan) bagi memastikan keselamatan diri & ahli keluarga. Bawalah masuk syariat Allah & sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke dalam rumah anda. "Jagalah diri anda & keluarga anda dari neraka". 2. Miliki lidah anda. Bila sebut sahaja perkataan MILIK, maknanya anda adalah pemilik. Anda tuan. Makanya anda perlu jadi tuan kepada lidah ...
5 Amalan Rutin Setiap Hari
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap hari AMALKAN 5 perkara ini; 1. Solat sunat (di siang hari & malamnya). 2. Membaca Al-Quran. 3. Menuntut ilmu. 4. Zikir & salawat. 5. Tafakkur. LIMA amalan di atas ini adalah saranan daripada Imam Abdullah al-Haddad rahimahullah. Semua amalan ini mampu dilakukan oleh SEMUA orang samada dia kaya, miskin, tua, muda, sihat atau sakit.
Peperangan Badr
- Get link
- X
- Other Apps
Kisah Peperangan Badr secara ringkas oleh Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid hafizahullah. Setiap video di bawah hanya berdurasi pendek sahaja. Jom dengar di hari Jumaat tentang sirah yang mulia ini. 1. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/638966703320283/?t=59 2. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/2641629846108419/?t=5 3. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/2678737635681174/?t=5 4. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/248892562981921/?t=2 5. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/850298018823961/?t=2 6. https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/718057159024211/?t=7 Semoga kita termasuk golongan yang mencintai Rasulullah solla Allahu alaihi wa sallam, kaum Muhajirin & Ansor, amin. # Jom sahabat, perbanyakkan SALAWAT di hari Jumaat 15 Ramadhan 1441H ini. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
11 Pembocor Amalan Soleh
- Get link
- X
- Other Apps
Tahukah anda kewujudan PEMBOCOR pahala amalan soleh kita? Di sini saya kongsikan dengan anda. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang bertaubat kepada Allah & memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang bertaqwa, amin. 11 dosa yang dapat memadamkan amalan soleh; 1. Menutup aurat tetapi perwatakan & pakaian menggoda. 2. Berpenampilan baik tetapi tidak menjaga mata. 3. Solat di awal waktu tetapi tergesa². 4. Baik kepada orang sekeliling tetapi kasar terhadap ahli keluarga. 5. Melayan orang lain dengan baik tetapi setelah mereka beredar anda mengatakan hal yang tidak baik terhadap mrk. 6. Anda melakukan kebajikan tetapi merendahkan & menyakiti hati mereka. 7. Anda bangun solat Tahajjud setiap malam, berpuasa, membaca Al-Quran tetapi memutuskan hubungan silaturrahim. 8. Berpuasa & memelihara makan minum tetapi tidak menjaga mulut & perkataan yang dikeluarkan. 9. Membantu orang lain demi mengharapkan balasan semula, bukan kerana Allah. ...
10 Manfaat Sedekah
- Get link
- X
- Other Apps
Sedekah yang dikeluarkan ketika kita masih hidup, sihat dan dalam keadaan kita juga memerlukannya itu LEBIH BAIK dari sedekah yang dikeluarkan selepas kita meninggal dunia (jadi wasiat) atau hampir ajal atau sedang sakit. 1 dirham (sedikit) yang disedekahkan ketika masih hidup itu jauh lebih baik dari 100 dirham (banyak) ketika sudah meninggal dunia (wasiat). Renungkanlah ... 10 manfaat sedekah, 5 manfaatnya diperoleh di dunia & 5 lagi di akhirat. # 5 manfaat di dunia; 1. Membersihkan harta. 2. Membersihkan badan dari dosa. 3. Menolak penyakit & bala bencana. 4. Mengembirakan hati orang Islam. 5. Hartanya berkat & rezekinya luas. # 5 manfaat di akhirat; 1. Mendapat naungan dari panas yang bersangatan. 2. Hisab menjadi mudah & ringan. 3. Timbangan amal kebajikan menjadi berat. 4. Lurus atas Titian Sirat. 5. Menambahkan darjatnya di dalam syurga. Rujukan dari pengajian KH Muhammad Bakhiet di sini; https://www.youtube.com/watch?v=F03r7E...