1. Aiskrim.
Di Syria semua lapisan masyarakat sukakan aiskrim. Jika musim panas, kebanyakan kedai pasti ada peti aiskrim. Sangat seronok bagi pencinta aiskrim seperti saya ツ. Ditambah pula saya punyai 2 orang sahabat yang tidak pernah lupa belanja saya aiskrim. Untung, kan ツ. Cuma musim sejuk, peti itu akan disimpan di belakang kedai.
Saya? Haha, saya cari walaupun musim sejuk ツ. Pernah Ammu (panggilan untuk pakcik) sebuah kedai berkata ketika saya bertanya
:
"Aiskrim ada?." Dia berkata sambil tersenyum: "Haram alaik, haza
syita'." (Ish, tak elok untuk kamu. Ini kan musim sejuk). Saya cakap:
"Syita' ke tak, saya nak jugak." ツ. Itulah saya dengan aiskrim Syria.
------------------------------------------------
2. Nahu.
Saya memang tidak suka ke kuliah ketika di Syria. Kerana saya tidak faham bahasa ammi yang digunakan pensyarah. Dan saya pelajar malas tahap gaban (gaban pun tak sampai tahap macam saya hihi) tidak suka mencabar diri. Kalau saya tidak dapat kuasai sepenuhnya, saya biarkan macam tu jelah. Antara subjek yang saya tidak suka ialah Nahu kerana saya tidak dapat benar² faham tentangnya sebagaimana saya faham mantiq & usul feqh ツ.
Sahabat, saya tidak pernah gagal dalam belajar, tak pernah ada pen merah untuk subjek yang saya belajar. Tapi Allah uji saya dengan gagal kali pertama di dalam hidup di bumi Syria. Ya, saya gagal 1 tahun, kerana kecuaian. Kawan² saya ada yang menangis kerana kegagalan saya ini. Riuh 1 madrasah yang lama. Saya cool je kerana tak suka menangis depan orang. Hero katakan :p
Antara hikmah saya gagal walaupun itu adalah kecuaian saya ialah saya faham Nahu. Saya faham. Entah bagaimana saya baca & baca, then saya buat nota & formula. Alhamdulillah Allah bagi saya faham hatta ada sahabat yang sentiasa ke kuliah pun berani belajar dengan saya ツ. Itulah saya dengan subjek Nahu di bumi yang saya cintai sepenuh hati; Syria. Allahu Allah T_T.

3. Pensyarah² di Jami'ah Abu Nour.
Sahabat, jika seseorang itu menjadi pensyarah di Malaysia pasti mampu untuk membeli rumah, kereta & pelbagai barang yang dikehendaki. Namun ia tidak berlaku di Syria.
Menitis airmata saya apabila saya pernah terserempak beberapa kali dengan pensyarah² yang hanya menaiki kenderaan awam. Menunggu van pengangkutan/bas bersama dengan para pelajar & orang awam yang lain. Gaji mereka pun tidaklah banyak. Namun mereka sangat ikhlas, bersungguh² mengajar, beradab.
Ya, saya belajar daripada mereka semua itu. Walaupun saya jarang ke kuliah (sekarang sangat menyesal, Allahu Allah), namun apa sahaja yang saya dapat dalam jangkamasa yang singkat bertembung dengan mereka itu, saya belajar. Saya ingat sampai sekarang. Hidup apa adanya, bersyukur. Itulah saya dengan para pensyarah yang mulia. Semoga mereka diredhai Allah, amin. Rindu saya sudah terlambat kerana ni'mat bersama mereka sudah tiada lagi & sudah tidak mampu mengungkap kata² ini lagi buat mereka T_T.

4. Memberi salam.
Pernah di dalam hall kuliah, keluar seorang pensyarah perempuan yang diekori sebilangan besar para pelajar dari bilik kuliah. Bayangkan ketika itu, saya baru masuk pintu besar kuliah. Tak sempat saya nak kata: "Assalamualaikum." Pensyarah wanita itu terlebih dahulu memberi salam kepada saya. Tercengang saya sebagai penuntut tahun pertama. Orang sehebat itu memberi salam kepada saya?
Hal seperti ini bukan berlaku sekali dua bahkan berkali² hatta daripada pensyarah lelaki yang sudah berusia sekalipun. Allahu Allah, saya terpaksa merancang awal jika melihat mereka. Kerana saya mahu terlebih dahulu memberi salam. Walaupun kadang² merancang bukan main smart lagi, tetap jua mereka mulakan dulu. Mereka mengajar sunnah salam ini kepada saya hanya melalui akhlak & amalan mereka. Melekat sampai ke saat ini di hati saya. Semoga amalan saya yang saya contohi daripada diri mereka diterima Allah sebagai pahala yang berpanjangan buat mereka, amin.

5. Mahabbah (kasih sayang) & kebersihan.
Rakyat Syria kaya dengan kasih sayang. Menghormati & mengasihi para pelajar. Menganggap kami sebagai Muhajirin & mereka pula adalah Ansor. Alllahu Allah, hebat.
Dijemput makan di rumah mereka itu perkara biasa, mendapat hadiah berupa kain, seluar dll itu biasa. Mendapat duit raya juga biasa. Mereka juga kaya dengan kebersihan.
Salah seorang guru mengaji kami menyuruh kami bersihkan rumah kami. Jap, bukan rumah kami kotor tapi mereka mahu kami "basuh" rumah. Bayangkan basuh rumah. Walaupun beliau yang suruh, tapi segala perkakas membasuh hatta tangga pun beliau yang bawa. Dan beliau turut serta basuh rumah kami. Allahu Allah, rajin & ikhlas tahap gaban. Saya menjaga kebersihan insyaAllah & saya sukakannya tapi nak jadi macam beliau "tolong basuh rumah orang" masih belum dapat diusahakan lagi ツ".

Itu ANTARA kenangan indah saya di bumi Syria. Rakyatnya bukan sekadar baik, sopan, pemurah bahkan cantik & handsome. SubhanaAllah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah keluar dari Kota Mekah selain ke Madinah kecuali 3 tempat;
1. Busra (selatan Syria) 2 kali; ketika kecil bersama bapa saudara kesayangannya Abu Talib & ketika membawa barangan dagangan Khadijah.
2. Masjidil Aqsa, Palestin (peristiwa Isra' Mi'raj).
3. Thaif.
Wahai rakyat Syria, kalian sentiasa di dalam doa & ingatanku T_T.
Semoga mereka menang atau mati syahid, amin.
Foto: Masjid Umawi, Dimasyq Syria.