Posts

Di Masjid N9...

Image
•• ► Sayyiduna Hassan bin Thabit ditegur kerana melantunkan syair memuji Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di dalam masjid. Lantas beliau berkata bahawa beliau pernah melakukan perkara yang sama di hadapan insan yang paling mulia; Rasulullah صلى الله عليه وسلم , namun tidak dilarang oleh Baginda. •• ► Tiada apa yang diharapkan oleh para sahabat kecuali Allah semata. •• ► Jauhilah diri daripada manusia yang berpaling dari majlis ilmu. •• ► Tiada sesuatu pun yang dapat melawan kekuasaan Allah. TIADA. Hatta kaum A'd & Thamud yang terkenal dengan memiliki kecanggihan teknologi & kepintaran akhirnya dihancurkan kerana keangkuhan mereka kepada Allah. •• ► Jangan sesekali meringankan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم walaupun hanya 1 sunnah sahaja, sehingga mengambil gaya hidup kafir sebagai penggantinya. ~ Nota mafhum dari kalam Habib Omar Benhafidz di Masjid Negeri, N9 220412.

Isikan kantung amalmu dengan amalan soleh...

Image
Wahai diri, jika kamu tidak mampu untuk mengisi bekas amalanmu dengan amalan soleh, maka jangan penuhkan ia dengan maksiat kepada Tuhanmu. Allah berkata di dalam surah Hud: 114: "Sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan." أستغفر الله العظيم Muhasabah diri...

Di Masjid Al-Falah...

Image
✉ Di akhirat kelak, tiada seorang pun yang akan mencari ahli korporat, orang kenamaan, orang hebat & sesiapa yang mencipta nama ketika di dunia. Tiada pun yang mahu menjalin hubungan dengan mereka. Apa yang mereka cari saat itu ialah HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم . ✉ Jika di dunia bersahabat hanya soal dunia, maka di akhirat kelak akan menjadi musuh. Kerana akan saling salah menyalahkan semata² untuk menyelamatkan diri. (Oleh itu, "carilah" sahabat yang boleh mengingatkanmu kepada Allah & Rasul-Nya atau "bawalah" sahabatmu itu kepada redha Allah & kasih Rasul-Nya). Daripada Sayyidina Ali kw berkata: 6 sifat ini baik untuk semua manusia namun ia menjadi LEBIH baik jika berada pada 6 golongan manusia; ✔ 1. ADIL - ia lebih baik jika ada pada seorang HAKIM/PEMERINTAH. ✔ 2. DERMAWAN - ia lebih baik jika ada pada seorang KAYA. ✔ 3. SABAR - ia lebih baik jika ada pada seorang FAQIR. ✔ 4. WARA' - ia lebih baik jika ...

Seminar Antarabangsa 080412...

Image
✿ Habib Husin: Dengan ni'mat yang datang daripada Allah sahaja, segala kebaikan akan sempurna. Dan Iman sahaja tidak cukup tanpa mahabbah kerana seseorang itu akan dihimpunkan bersama orang yang dikasihinya. ✿ Prof Dr. Farouq Hamadah: 3 aspek dalam diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم ; anggota fizikalnya yang mulia, akhlaknya yang terpuji & syariahnya yang sempurna lagi menyeluruh. ✿ Dr. Ahmad Abd Qadir Ar-Rifa'ei: Umat hari ini perlu mempelajari sirah & peribadi Rasulullah ص لى الله عليه وسلم dengan serius bagi membetulkan semula salah faham yang timbul di tengah masyarakat. ✿ Habib Ali Al-Jufri: Salafussoleh mempelajari sirah Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah bertujuan mahu mengikat hubungan ruh & hati dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم . ✉ Nota di Seminar Antarabangsa 8/4/12 Ahad. Sahabat, jika salah perbetulkan kerana saya dengar tanpa "earphone", so pasti ada salahnya ツ. Jazakumullah khairal jaza'. اللهم صل على سيدنا محمد و...

Semoga aku dikasihi-Mu ya Allah, amin...

Image
"Betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya dekat, namun hakikatnya ia jauh. Dan betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya jauh, namun hakikatnya ia dekat." Saya teringat kata² ini apabila mengimbas kembali situasi antara Murabbi saya Hab ib Ali Al-Jufri & diri saya. 2005- Habib Ali Al-Jufri datang ke UIAM. Dan saya salah seorang pelajar di sana. Jarak <-- saya sudah hampir dengan beliau, namun kerana tiada ikatan ruh, yang dekat menjadi jauh. Saya tidak hadir ke majlis beliau tanpa sesal ketika itu. 2012- Habib Ali Al-Jufri datang lagi Ke UIAM. Dan saya bukan lagi pelajar di sana. Jarak <--- saya sudah berada jauh, namun kerana ikatan ruh, yang jauh menjadi dekat. Alhamdulillah, saya dapat hadir ツ. ✔ Jika dikatakan bahawa rezeki itu perlu dicari, maka benarlah hidayah & kebaikan pun sama. •• ► Akan meneruskan lagi usaha mencari kebaikan yang m embawa redha Allah tanpa kenal erti berhenti kecuali mati, insyaAllah. Sahabat, kita sama² jangan...

Nafsu itu pemaksa

Image
✉ Hati² dengan NAFSU kerana ia bersifat PEMAKSA. ✉ Ia mengajak manusia melanggar undang² Allah. Berbahagialah bagi mereka yang terselamat dari diperkotak-katikan oleh nafsu apabila jiwanya suci. Sebagaimana Allah telah memuji di dalam surah As-Syams: 9-10 yang bermaksud; "Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya." ✉ Sebab pembunuhan Qabil terhadap Habil ialah kerana hawa nafsunya memaksanya berbuat demikian dan dia menurutinya, maka binasalah. ~ Syeikh Mahmud Al-Mahdi. Foto: Habib Ali Al-Hamid (berjubah putih) & Syeikh Mahmud Al-Mahdi (berserban putih) ツ. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم