Posts

Orang Yang Bahagia

Image
"Orang yang bahagia adalah orang yang Allah anugerahi kalbu yang berfikir, mata yang selalu mengambil pelajaran, telinga yang mendengar dari Allah, dan diri yang bersemangat mengabdi kepada Allah. Di antara hak Allah yang paling layak diperhatikan oleh hamba adalah syukur kepada-Nya, secara lahir mahupun batin. Secara lahir dengan mematuhi-Nya dan secara batin dengan menyaksikan nikmat dari-Nya. Belum bersyukur orang yang tidak melaksanakan perintah dan batas-batas-Nya. Tidak disebut menjaga-Nya orang yang menyia-nyiakan perjanjian dengan-Nya. Kerana itu, kamu harus mensyukuri semua nikmat-Nya atas diri kamu." Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 2

لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون (Tiada tuhan melainkan Allah. Kami tidak melakukan ibadah kecuali kepada-Nya. Kami ikhlas (melakukan segala perintah) demi Allah dan agama-Nya, walaupun ditentang oleh kaum kafirun) - Rahsia kejayaan yang tersirat di sebalik kalimah in i: 1. Kekuatan tauhid yang tiada tandingannya. 2. Pengakuan ubudiyyah yang terpancar dari hati yang ikhlas dan benar dalam mencari Tuhan. 3. Semua yang dilakukan dalam hidupnya di dunia hanya semata2 untuk kepentingan agamanya . 4. Tidak gentar malah punyai jiwa berani yang luarbiasa walaupun mendapat tentangan dari pihak musuh. Moto hidup hanya ; عش عزيزا أو مت شهيدا – ‘Hidup dalam kemuliaan atau mati sebagai syahid demi merebut cinta dan redha Tuhan Yang Maha Penyayang’. Allaaah. 5. 3 elemen terbesar yang diperlukan manusia untuk ‘ menang ’ dalam hidupnya: - Tauhid yang jitu : Bahawa tiada tuhan melainkan Alla...

Love is Eternel

Image
" Lov e is eternal because love is the reason you were created. You were created to adore Allah. You were created to worship Allah, in other words, to love Him because you can't truly adore something or worship something that you don't love." Shaykh Hamza Yusuf

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 1

الله أكبر الله أكبر الله أكبر (Allah Maha Besar) - Menggerakkan minda dan seluruh jiwa manusia agar membesarkan Allah. Proses untuk menjiwai Allah Maha Besar itu memerlukan jalan mujahadah, muraqabah, muhasabah, mua’qabah dan istiqamah. Apabila sudah sebati dan benar2 faham maka jiwa kita akan berkata bahawa: ‘Hanya Allah Yang ada kuasa, makhluk tiada kuasa’. Jika demikian, mahukah lagi bertuhankan selain Allah??? لا إله إلا الله هو الله أكبر (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dia; Allah Maha Besar) - Memantapkan tauhid. Tauhid sudah ada tapi perlu diperbaharui setiap masa dan saat selama hayat dikandung badan. Mengingatkan hamba2-Nya bahawa Dia bersifat dengan sifat Assomadiyyah; Istighna’ dan iftiqaar. Istighna’- Allah tidak berhajat kepada mana2 makhluk sekalipun. Manakala iftiqaar – Semua makhluk berhajat kepada-Nya. ألله أكبر ولله الحمد (Allah Maha Besar. Hanya milik Allah dikembalikan segala kepujian) - Apabila si hamba sudah dap...

Sayyidatina Khadijah Ratu Hatiku

Image
Sayyidatina Khadijah Al-Kubra, wanita hebat yang luar biasa, imannya kuat, firasatnya tajam, akalnya cerdas, bijaknya sempurna, pandangannya luas, azamnya tinggi, pilihannya tepat, akhlaknya indah, jiwanya mantap, tiada wanita yang dapat menandinginya, dulu kini dan selamanya. Wahai Sayyidatina Khadijah, kerana akhlak yang ditunjukkan Nabi, kerana amanahmu dijalankannya dengan terpuji , hatimu melihat Nabi saw umpama mutiara yang tersembunyi, lantas engkau menempatkannya di dalam hatimu yang paling dalam dan di tempat yang paling tinggi. Allaaah, engkau dimuliakan Allah kerana dipilih berkongsi kehidupan dengan insan agung pilihan Tuhan. Cinta, kasih & kejujuran yang engkau tunjukkan tiada tandingan, khidmatmu penuh keikhlasan, ketika senang engkau tunjukkan dengan kesyukuran, ketika susah engkau warnai dengan kesabaran, ketiadaanmu tidak pernah dilupakan, ingatan Rasul saw kepadamu tidak dapat dilukiskan dalam apa jua gambaran, dan tidak juga bisa ...

Kuala Lumpur Berselawat 2

Nota 4: Rahsia Takbir 2 Hari Raya. Syeikh Dr. Mahmoud memberitahu kepada kita bahawa takbir yang kita sering laungkan setiap kali 2 hari raya umat Islam itu berasal daripada ucapan Jibril as dan 2 orang nabi iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam ketika pembinaan Kaa'bah. Ia adalah seperti berikut: الله أكبر ألله أكبرالله أكبر (Ini ucapan Sayyidina Jibril as) ا لله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله (Ditambah tahlil oleh Sayyidina Ibrahim as) الله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله والله اكبر الله أكبر ولله الحمد (Disudahkan oleh Sayyidina Ismail as dgn hamdalah) Rasul saw mengekalkan ucapan puji-pujian demikian adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa mengambil tabarruk dengan perkara yang terpuji itu dibolehkan dan ia sebahagian daripada ajaran Islam. Nota 5: Maqam bagi mereka yang suka berselawat. Terdapat hadis yang menceritakan berkenaan pertanyaan Jibril as kepada Rasul saw beberapa perkara tentang soal agama. Antara...

Kuala Lumpur Berselawat 1

Nota 1: Maksud Zikir dan Syukur dalam Surah Al-Baqarah : 152 فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلَا تَكْفُرُوْنَ Maksud ay at: Mak a hendaklah kalian mengingati-Ku, nescaya Aku juga akan mengingati kalian, bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kalian ingkar kepada-Ku. Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani (dari Madinah Al Munawwarah) menjelaskan bahawa اذْكُرُونِي itu bermaksud zikir dan ingat kepada Allah, manakala اشْكُرُواْ لِي pula ialah bersyukur di atas ni'mat anugerah Allah dengan mengutuskan Muhammad saw ke dunia ini. - Oleh itu, kita perlu sedar bahawa datangnya Rasul saw kepada kita merupakan ni'mat yang diperintahkan Allah untuk kita mensyukurinya. Allahu Allah... Nota 2: Nama Muhammad disebut 2 kali di dalam Al-Quran. 1. Surah Al-Ahzab: 40 مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً Maksud ayat: Bukanlah Muhammad itu merupakan bapa dari seseorang...