Posts

Showing posts from May, 2012

Jadilah pendakwah seperti doktor ツ.

Image
  Warkah buat pendakwah. ❀ ܓ Moto seorang pendakwah---> "Kami seperti doktor, bukan seperti penghukum." ♥ DAKWAH manusia mengenal Allah, mentaati-Nya & mengikuti sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu adalah TUGAS SEMUA MANUSIA BERAKAL & MUSLIM. ♥ Dakwahlah setakat kemampuanmu, setakat ilmumu & setaraf dengan orang yang diseru olehmu. Namun jangan dilupa untuk sentiasa UPGRADE kualiti diri & dakwah dengan BELAJAR menuntut ILMU AKHIRAT tanpa jemu. ♥ Pandanglah kawanmu yang diseru itu seperti pandangan seorang doktor kepada pesakitnya bukan pandangan penghukum terhadap penjenayah. ♥ Doktor akan berusaha habis²an menyelamatkan pesakit. Manakala penghukum akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan penjenayah ke penjara. ♥ Membetulkan kawanmu yang salah itu dengan cara lembut. Walaupun kadangkala perlukan juga ketegasan namun biarlah ketegasan yang tidak keras tapi menampakkan jati diri & pendirian. Pandanglah dia sebagai kaw...

Zikir Sayyidah Fatimah ra...

Image
Sayyidah Fatimah diajar oleh Ayahandanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم zikir untuk diamalkan sebelum tidur. Ia lebih baik dari mendapatkan seorang khadim & segala-galanya.    33 kali -----> سُبْحَانَ اللهِ   33 kali -----> الحَمْدُ للهِ  34 kali -----> اللهُ أَكْبَرُ Zikir ini masyhur namun berapa ramaikah yang mengamalkannya? Muhasabah diri sendiri...

Atas nama Islam, kita bersaudara...

Image
Siapapun mereka atas nama Islam, maka kita adalah bersaudara. Di dalam Islam kita dianjurkan saling bantu-membantu & berkasih sayang. Apatah lagi terhadap orang² miskin. Berkawan dengan mereka menjadikan diri ini bersyukur, tidak angkuh, hati tenang, belajar sifat tawadhu' & tidak tamak kepada dunia. Jiwa sihat. Teringat kalam Ust Sufian di Bogor bahawa orang yang qana'ah (cukup dengan apa yang ada) & tidak berhajat melebihi keperluan hidupnya itu adalah orang yang kaya. Manakala orang kaya yang masih mahu kaya itu adalah orang yang miskin. Wahai orang kaya, sudahkah kamu berkongsi kekayaanmu di tempat sebenar? Zakat sudah kau tunaikan? Sedekah sudah kau hulurkan? Hadiah sudah kau carikan? Mereka saudaramu, jangan biarkan mereka mati kelaparan disebabkan kebakhilanmu atau kecuaianmu di dalam melaksanakan amanahmu sebagai orang kaya. Saling mengingatkan.