Kuala Lumpur Berselawat 2
Nota 4: Rahsia Takbir 2 Hari Raya. Syeikh Dr. Mahmoud memberitahu kepada kita bahawa takbir yang kita sering laungkan setiap kali 2 hari raya umat Islam itu berasal daripada ucapan Jibril as dan 2 orang nabi iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam ketika pembinaan Kaa'bah. Ia adalah seperti berikut: الله أكبر ألله أكبرالله أكبر (Ini ucapan Sayyidina Jibril as) ا لله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله (Ditambah tahlil oleh Sayyidina Ibrahim as) الله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله والله اكبر الله أكبر ولله الحمد (Disudahkan oleh Sayyidina Ismail as dgn hamdalah) Rasul saw mengekalkan ucapan puji-pujian demikian adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa mengambil tabarruk dengan perkara yang terpuji itu dibolehkan dan ia sebahagian daripada ajaran Islam. Nota 5: Maqam bagi mereka yang suka berselawat. Terdapat hadis yang menceritakan berkenaan pertanyaan Jibril as kepada Rasul saw beberapa perkara tentang soal agama. Antara...