Posts

Allah Maha Besar

Image
~ Jika kamu telah menjelmakan kebesaran Allah di dalam dirimu, maka tiada lagi kebesaran makhluk untuk kamu takuti. ♥ Muhasabah setiap kali hilang keyakinan diri untuk berada di hadapan khalayak atau bertemu dengan insan hebat. Allahu Robbi, alhamdulillah ツ.

CCTV

✿ ~Jika kamu sentiasa merasakan diri diperhatikan oleh CCTV Allah, maka kamu tidak lagi merasa risau dengan CCTV manusia. Hakazal hayah -dc ツ.

Hidup Tak Selalunya Indah Seperti Yang Engkau Mahukan

Image
Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kesedihan melanda. Itu lumrah kehidupan. Sifir yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Apa yang perlu kita lakukan hanya bersedia menerima kunjungan setiap keduanya. Kedua hal itu diciptakan kerana ia saling berkait rapat. Saling memberi faham kepada manusia  bahawa ketika ni'mat dianugerahkan perlu dirasakan 'syukur'. Ketika didatangkan musibah diajarnya 'sabar & redha'. Allahu Allah. Allah itu Maha Penyayang, kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya tidak terlafazkan dengan ucapan, tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan tidak terlaksana dengan perbuatan untuk menunjukkan bahawa kita benar-benar faham. Tanpa Allah yang fahamkan kita tentang-Nya maka kita tidak mampu untuk mengenali sifat-Nya Yang Maha Pengasih itu. Oleh itu, jika kita mampu untuk syukur apabila diberi ni'mat dan sabar apabila didatangkan musibah maka itu merupakan kelebihan yang amat-amat besar nilainya dari dunia dan ...
Image
"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah, dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah (Rasulullah s.a.w.)." "Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada-Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari-Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk-Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan-Nya dan memandang kepada-Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?" [Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Orang Yang Bahagia

Image
"Orang yang bahagia adalah orang yang Allah anugerahi kalbu yang berfikir, mata yang selalu mengambil pelajaran, telinga yang mendengar dari Allah, dan diri yang bersemangat mengabdi kepada Allah. Di antara hak Allah yang paling layak diperhatikan oleh hamba adalah syukur kepada-Nya, secara lahir mahupun batin. Secara lahir dengan mematuhi-Nya dan secara batin dengan menyaksikan nikmat dari-Nya. Belum bersyukur orang yang tidak melaksanakan perintah dan batas-batas-Nya. Tidak disebut menjaga-Nya orang yang menyia-nyiakan perjanjian dengan-Nya. Kerana itu, kamu harus mensyukuri semua nikmat-Nya atas diri kamu." Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 2

لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون (Tiada tuhan melainkan Allah. Kami tidak melakukan ibadah kecuali kepada-Nya. Kami ikhlas (melakukan segala perintah) demi Allah dan agama-Nya, walaupun ditentang oleh kaum kafirun) - Rahsia kejayaan yang tersirat di sebalik kalimah in i: 1. Kekuatan tauhid yang tiada tandingannya. 2. Pengakuan ubudiyyah yang terpancar dari hati yang ikhlas dan benar dalam mencari Tuhan. 3. Semua yang dilakukan dalam hidupnya di dunia hanya semata2 untuk kepentingan agamanya . 4. Tidak gentar malah punyai jiwa berani yang luarbiasa walaupun mendapat tentangan dari pihak musuh. Moto hidup hanya ; عش عزيزا أو مت شهيدا – ‘Hidup dalam kemuliaan atau mati sebagai syahid demi merebut cinta dan redha Tuhan Yang Maha Penyayang’. Allaaah. 5. 3 elemen terbesar yang diperlukan manusia untuk ‘ menang ’ dalam hidupnya: - Tauhid yang jitu : Bahawa tiada tuhan melainkan Alla...

Love is Eternel

Image
" Lov e is eternal because love is the reason you were created. You were created to adore Allah. You were created to worship Allah, in other words, to love Him because you can't truly adore something or worship something that you don't love." Shaykh Hamza Yusuf