Hidup Tak Selalunya Indah Seperti Yang Engkau Mahukan
Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kesedihan melanda. Itu lumrah kehidupan. Sifir yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Apa yang perlu kita lakukan hanya bersedia menerima kunjungan setiap keduanya. Kedua hal itu diciptakan kerana ia saling berkait rapat. Saling memberi faham kepada manusia bahawa ketika ni'mat dianugerahkan perlu dirasakan 'syukur'. Ketika didatangkan musibah diajarnya 'sabar & redha'. Allahu Allah. Allah itu Maha Penyayang, kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya tidak terlafazkan dengan ucapan, tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan tidak terlaksana dengan perbuatan untuk menunjukkan bahawa kita benar-benar faham. Tanpa Allah yang fahamkan kita tentang-Nya maka kita tidak mampu untuk mengenali sifat-Nya Yang Maha Pengasih itu. Oleh itu, jika kita mampu untuk syukur apabila diberi ni'mat dan sabar apabila didatangkan musibah maka itu merupakan kelebihan yang amat-amat besar nilainya dari dunia dan ...