Posts

Showing posts from November, 2010

Orang Yang Bahagia

Image
"Orang yang bahagia adalah orang yang Allah anugerahi kalbu yang berfikir, mata yang selalu mengambil pelajaran, telinga yang mendengar dari Allah, dan diri yang bersemangat mengabdi kepada Allah. Di antara hak Allah yang paling layak diperhatikan oleh hamba adalah syukur kepada-Nya, secara lahir mahupun batin. Secara lahir dengan mematuhi-Nya dan secara batin dengan menyaksikan nikmat dari-Nya. Belum bersyukur orang yang tidak melaksanakan perintah dan batas-batas-Nya. Tidak disebut menjaga-Nya orang yang menyia-nyiakan perjanjian dengan-Nya. Kerana itu, kamu harus mensyukuri semua nikmat-Nya atas diri kamu." Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari r.a.

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 2

لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون (Tiada tuhan melainkan Allah. Kami tidak melakukan ibadah kecuali kepada-Nya. Kami ikhlas (melakukan segala perintah) demi Allah dan agama-Nya, walaupun ditentang oleh kaum kafirun) - Rahsia kejayaan yang tersirat di sebalik kalimah in i: 1. Kekuatan tauhid yang tiada tandingannya. 2. Pengakuan ubudiyyah yang terpancar dari hati yang ikhlas dan benar dalam mencari Tuhan. 3. Semua yang dilakukan dalam hidupnya di dunia hanya semata2 untuk kepentingan agamanya . 4. Tidak gentar malah punyai jiwa berani yang luarbiasa walaupun mendapat tentangan dari pihak musuh. Moto hidup hanya ; عش عزيزا أو مت شهيدا – ‘Hidup dalam kemuliaan atau mati sebagai syahid demi merebut cinta dan redha Tuhan Yang Maha Penyayang’. Allaaah. 5. 3 elemen terbesar yang diperlukan manusia untuk ‘ menang ’ dalam hidupnya: - Tauhid yang jitu : Bahawa tiada tuhan melainkan Alla...

Love is Eternel

Image
" Lov e is eternal because love is the reason you were created. You were created to adore Allah. You were created to worship Allah, in other words, to love Him because you can't truly adore something or worship something that you don't love." Shaykh Hamza Yusuf

Menyingkap 'Rahsia' Takbir 2 Hari Raya- Part 1

الله أكبر الله أكبر الله أكبر (Allah Maha Besar) - Menggerakkan minda dan seluruh jiwa manusia agar membesarkan Allah. Proses untuk menjiwai Allah Maha Besar itu memerlukan jalan mujahadah, muraqabah, muhasabah, mua’qabah dan istiqamah. Apabila sudah sebati dan benar2 faham maka jiwa kita akan berkata bahawa: ‘Hanya Allah Yang ada kuasa, makhluk tiada kuasa’. Jika demikian, mahukah lagi bertuhankan selain Allah??? لا إله إلا الله هو الله أكبر (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dia; Allah Maha Besar) - Memantapkan tauhid. Tauhid sudah ada tapi perlu diperbaharui setiap masa dan saat selama hayat dikandung badan. Mengingatkan hamba2-Nya bahawa Dia bersifat dengan sifat Assomadiyyah; Istighna’ dan iftiqaar. Istighna’- Allah tidak berhajat kepada mana2 makhluk sekalipun. Manakala iftiqaar – Semua makhluk berhajat kepada-Nya. ألله أكبر ولله الحمد (Allah Maha Besar. Hanya milik Allah dikembalikan segala kepujian) - Apabila si hamba sudah dap...