Sayyidatina Khadijah Ratu Hatiku
Sayyidatina Khadijah Al-Kubra, wanita hebat yang luar biasa, imannya kuat, firasatnya tajam, akalnya cerdas, bijaknya sempurna, pandangannya luas, azamnya tinggi, pilihannya tepat, akhlaknya indah, jiwanya mantap, tiada wanita yang dapat menandinginya, dulu kini dan selamanya. Wahai Sayyidatina Khadijah, kerana akhlak yang ditunjukkan Nabi, kerana amanahmu dijalankannya dengan terpuji , hatimu melihat Nabi saw umpama mutiara yang tersembunyi, lantas engkau menempatkannya di dalam hatimu yang paling dalam dan di tempat yang paling tinggi. Allaaah, engkau dimuliakan Allah kerana dipilih berkongsi kehidupan dengan insan agung pilihan Tuhan. Cinta, kasih & kejujuran yang engkau tunjukkan tiada tandingan, khidmatmu penuh keikhlasan, ketika senang engkau tunjukkan dengan kesyukuran, ketika susah engkau warnai dengan kesabaran, ketiadaanmu tidak pernah dilupakan, ingatan Rasul saw kepadamu tidak dapat dilukiskan dalam apa jua gambaran, dan tidak juga bisa ...