Semoga aku dikasihi-Mu ya Allah, amin...

"Betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya dekat, namun hakikatnya ia jauh. Dan betapa ramai orang yang kelihatan jaraknya jauh, namun hakikatnya ia dekat."

Saya teringat kata² ini apabila mengimbas kembali situasi antara Murabbi saya Habib Ali Al-Jufri & diri saya.

2005- Habib Ali Al-Jufri datang ke UIAM. Dan saya salah seorang pelajar di sana.

Jarak <-- saya sudah hampir dengan beliau, namun kerana tiada ikatan ruh, yang dekat menjadi jauh. Saya tidak hadir ke majlis beliau tanpa sesal ketika itu.

2012- Habib Ali Al-Jufri datang lagi Ke UIAM. Dan saya bukan lagi pelajar di sana.

Jarak <--- saya sudah berada jauh, namun kerana ikatan ruh, yang jauh menjadi dekat. Alhamdulillah, saya dapat hadir ツ.

Jika dikatakan bahawa rezeki itu perlu dicari, maka benarlah hidayah & kebaikan pun sama.

••
Akan meneruskan lagi usaha mencari kebaikan yang membawa redha Allah tanpa kenal erti berhenti kecuali mati, insyaAllah.

Sahabat, kita sama² jangan berhenti dalam mencari kebaikan ya ツ. Semoga Allah sentiasa permudahkannya, amin.

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan