Di Masjid N9...


•• Sayyiduna Hassan bin Thabit ditegur kerana melantunkan syair memuji Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di dalam masjid. Lantas beliau berkata bahawa beliau pernah melakukan perkara yang sama di hadapan insan yang paling mulia; Rasulullah صلى الله عليه وسلم, namun tidak dilarang oleh Baginda.

•• Tiada apa yang diharapkan oleh para sahabat kecuali Allah semata.

•• Jauhilah diri daripada manusia yang berpaling dari majlis ilmu.

•• Tiada sesuatu pun yang dapat melawan kekuasaan Allah. TIADA. Hatta kaum A'd & Thamud yang terkenal dengan memiliki kecanggihan teknologi & kepintaran akhirnya dihancurkan kerana keangkuhan mereka kepada Allah.

•• Jangan sesekali meringankan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم walaupun hanya 1 sunnah sahaja, sehingga mengambil gaya hidup kafir sebagai penggantinya.

~ Nota mafhum dari kalam Habib Omar Benhafidz di Masjid Negeri, N9 220412.

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan