Rasa...

Dengan rasa, aku pernah gembira.
Dengan rasa, aku pernah duka.
Dengan rasa, kadang² aku ada seperti tiada.
Dengan rasa, kadang² aku tiada seperti ada.

Adanya rasa, aku sedar aku siapa.
Adanya rasa, aku tak nak putus asa.
Adanya rasa, aku faham hidup untuk apa.
Adanya rasa, aku hargai apa yang ada.

Rasa mendorongku memilih jalan bahagia.
Kerana rasa itu datangnya dari dalam Agama.
Dibawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم insan sempurna.
Daripada Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.
Walaupun rebah insyaAllah bangkit semula.

✿ ܓ Rasa membuatkanku memandang bunga Mawar Putihku penuh makna.
~ Cewah ◕‿   ◕.

Rasa mahu menulis , maka aku pun tulis apa yang aku rasa. Entah apa² pada zahirnya namun punya makna di sebalik kata². Hakaza rasa dc insan biasa ツ.
 

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan