بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

ummumuhammadmenulis...

25 April 2011

Hidup Tak Selalunya Indah Seperti Yang Engkau Mahukan



Hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kesedihan melanda. Itu lumrah kehidupan. Sifir yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Apa yang perlu kita lakukan hanya bersedia menerima kunjungan setiap keduanya. Kedua hal itu diciptakan kerana ia saling berkait rapat. Saling memberi faham kepada manusia  bahawa ketika ni'mat dianugerahkan perlu dirasakan 'syukur'. Ketika didatangkan musibah diajarnya 'sabar & redha'. Allahu Allah.

Allah itu Maha Penyayang, kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya tidak terlafazkan dengan ucapan, tidak dapat digambarkan dengan perasaan dan tidak terlaksana dengan perbuatan untuk menunjukkan bahawa kita benar-benar faham. Tanpa Allah yang fahamkan kita tentang-Nya maka kita tidak mampu untuk mengenali sifat-Nya Yang Maha Pengasih itu. Oleh itu, jika kita mampu untuk syukur apabila diberi ni'mat dan sabar apabila didatangkan musibah maka itu merupakan kelebihan yang amat-amat besar nilainya dari dunia dan seisinya. Kerana Dia telah memperkenalkan kepada kita Zatnya yang tidak akan sekali-kali berlaku zalim. Dengan kehendak-Nya sahaja kita akan faham bahawa Allah itu Maha Penyayang. Ya, Dia benar-benar Maha Penyayang.

Wujudnya musibah kerana ni'mat dan terciptanya ni'mat kerana musibah. Saling lengkap-melengkapi. Tanpa salah satunya kita takkan mengerti apa istimewanya ni'mat dan apa siksanya musibah. Semoga kita dipilih Allah untuk menjadi hamba-hamba-Nya yang bersyukur dan bersabar amin. Hakaza syukur & sabar -dc.