Muhibbiin...aku?


Muhibbiin...

Ada di antara umat yang menerima Rasulullah صلى الله عليه وسلم  setakat seorang utusan Allah sahaja. Mengaku & beriman bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Hanya setakat itu. Full stop.
(So, mereka mampu bicara apa sahaja tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم tanpa perasaan sensitif & adab <--- ini kata saya).

Ada pula umat yang menerima Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai seorang utusan Allah, namun tidak terhenti di situ sahaja bahkan mereka beriman dengan rasa cinta, kasih & sayang yang luarbiasa.
(Dengan itu, adab dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dititikberatkan <--- ini juga kata saya).

Mereka mengikuti segala sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم & menghidupkannya di dalam hidup mereka dengan penuh ta'zim pada setiap sunnahnya. Berusaha meneruskan perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sehingga Islam kembali berada di tempat yang selayaknya.

Itulah Muhibbiin...

~ Nota mafhum dipetik dari kalam Dr. Farouq Hammadah (foto: berkopiah merah) di Seminar Antarabangsa 080412.

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan